Make your own free website on Tripod.com
 

Kalau salah kata salah, kalau benar kata benar 
- MB Terengganu

JANGAN MENGAMPU

 

 

Tuan Guru Haji Abdul Hadi... kerajaan negeri sedia menerima teguran rakyat dalam semua aspek dengan mengamalkan prinsip akauntabiliti dalam pentadbiran. 

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan pegawai dan kakitangan kerajaan supaya tidak mengampu dalam melaksanakan tugas masing-masing. 

"Jangan mengampu, kalau (kerajaan) buat salah, kata salah, kalau seleweng kata seleweng, kalau benar kata benar," ujarnya. 

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan yang pertama selepas dilantik sebagai Menteri Besar dengan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, di sini, Khamis lalu. 

Katanya kerajaan negeri mahu membuang dasar tertutup yang berlaku selama ini bagi membolehkan para pegawai kerajaan memberikan kritikan secara terbuka. 

"Para pegawai kerajaan boleh memberi pandangan dan nasihat kepada kerajaan berdasarkan syura yang dikemukakan oleh Islam," ujarnya. 

Tambahnya, kerajaan negeri juga menerima teguran rakyat dalam semua aspek dengan mengamalkan prinsip akauntabiliti dalam pentadbiran. 

Beliau berkata, kerajaan negeri juga memberi kebebasan kepada para pegawai kerajaan untuk melaksanakan dasar kerajaan negeri bagi mewujudkan hubungan dua hala. 

Pegawai Kanan diminta komited dengan tugas

Hadir sama dan berucap pada majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Che Mat Jusoh. 

Semasa berucap sebelum itu, Che Mat Jusoh meminta ketua-ketua jabatan supaya komited dengan tugas yang diamanahkan dan memberi taat setia kepada kerajaan yang memerintah. 

 

Ke Laman Utama