MEDIA  DIMINTA BERSIKAP ADIL

KUALA TERENGGANU 6 JUN : Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri 
Terengganu,sdr Ariffin bin Draman mengharapkan agar media arus perdana
bersikap adil serta jujur didalam menyiarkan berita tentang PAS serta
Kerajaan Negeri.
   Beliau berkata demikin ketika mengulas tindakan beberapa akhbar berbahasa
melayu beberapa hari kebelakangan ini seringkali memutarkan isu-isu yang berlaku terhadap PAS dan kerajaan Terengganu.
         "Sepatutnya kejadian minta maaf oleh sebuah akhbar baru-baru ini
menjadi iktibar kepada semua pehak"kata beliau."Kes saman malu oleh YB
 Tuan Haji Mustaffa Ali terhadap salah lapur oleh sebuah akhbar pada tahun lalu ,walaupun ianya masih berjalan dan  keputusan belum diketahui,ianya menyusahkan banyak pehak."tambah beliau.
         "Walaupun YB Dato'Fadzil Mohd Nor ketika menggulung ucapan penangguhan dalam Muktamar tahunan PAS ke-46 yang berakhir semalam,mengucapan terima kasih kepada wartawan yang membuat liputan
yang luas ,ini bukanlah bermakna mereka boleh membuat lapuran sembarangan"
tegas beliau.
               Ketika menjawab satu soalan dari seorang wartawan dalam sessi
persidangan akhbar sebaik sahaja muktamar ke46 selesai Dato'Presiden 
menegaskan bahawa ucapan beliau itu bukanlah bermakna beliau setuju dengan
semua berita yang dilapurkan."Anda mungkin melapur dengan baik,cuma berita tersebut telah dirosakan oleh editor kamu"