Make your own free website on Tripod.com
 
MEDIA SENGAJA BESARKAN ISU MUSLIMAT

Kuala Terengganu : Media dinegara ini sengaja menimbulkan isu ,apa yang dibahaskan oleh muslimat PAS dalam muktamar PAS ke46 yang selesai semalam.
   Isu ini sengaja  dibesarkan oleh media bagi menutupi beberapa isu yang lebih besar yang ditimbulkan oleh beberapa perwakilan serta pemimpin PAS.
Selian itu mereka juga ingin menutup beberapa keparahan yang timbul didalam umno itu sendiri.Isu penghapusan perkataan Islam yang ditegaskan oleh 
YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang langsung tidak diulas.Sedangkan dengan tegas beliau menyebut "Kalau mereka bertegas hendak menghapuskan nama Islam,kita akan jual dengan harga yang MAHAL!!!"Kenapa mereka 
tidak menimbulkan hal MAHAL ini.Apakah yang dimaksudkan dengan MAHAL?
      Sepertimana juga berita sebuah stesyen TV yang menemubual YB Senator
Ustazah Jamilah,kenapa temubual tersebut tidak disiarkan dengan penuh."Bukan soal bersedia atau tidak yang dibangkitkan,itu soal kecil,agenda
yang penting  ialah menentang musuh Islam,kita ada Majlis Syura Ulamak,mereka yang berhak memutuskan mengikut syarak"."apa yang jelas
Wanita Umno banyak melakukan kemukaran"tegas salah seorang muslimat
yang menjadi pemerharti dalam muktamar yang lalu.