TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
BERSAMA MENGISI KEMENAGAN

 

AMANAT TOK GURU : KEJAHILAN DAN KEJAHATAN ULAMA' UMNO

Isu Amanat Tok Guru merupakan satu perkara yang telah lama berlalu. Ditimbulkan kembali setelah Tok Guru
Haji Hadi memegang jawatan Menteri Besar bagi Negeri Terengganu Darul Iman. Jangkamasa selama 19 tahun yang
lalu membuktikan kepada kita bagaimana pihak UMNO menimbulkan kembali perkara ini setelah tidak
mempunyai sebarang isu untuk menentang dan mengkhianati PAS terutamanya.

Hamid Othman pernah ditanya oleh salah seorang mahasiswa Al-Azhar dari Negeri Terengganu Saudara
Hisyamudin Abd Karim semasa satu Majlis Ramah Mesra bersama beliau di perkampungan pelajar-pelajar
Malaysia di Kaherah yang antara lain, kenapa pihak Jabatan Perdana Menteri tidak menyahut pelawaan PAS
untuk bermuzakarah demi memastikan kesatuan ummah terbina dan kenapakah isu ini ditimbulkan dalam
keadaan isinya sama dengan kandungan di dalam kitab Mastika Hadith jilid pertama.

Jawapan yang dikemukakan oleh Hamid Othman amat mendukacitakan. Malah terdapat jugak soalan yang tidak
dijawab oleh beliau terutama berhubung dengan persamaan kandungan di dalam Mastika Hadith. Antara
alasan yang dikemukakan oleh beliau kenapa tidak bersedia menyahut pelawaan PAS adalah kerana
dibimbangi muzakarah tersebut (mengikut beliau bukan muzakarah tapi debat) akan membawa kepada sikap emosi
sebilangan yang terlibat. Mungkin pada anggapan beliau yang emosinya adalah PAS bukan UMNO.

Pada kami, bukan kerana emosi yang bakal timbul tapi kerana masyarakat akan sedar betapa pimpinan UMNO
terlalu jahil dalam ilmu agama walaupun dah bergelar seorang Doktor Falsafah. Jawapan yang dikemukakan oleh
Hamid Othman semasa dialog bersama pelajar di Mesir amat mendukacitakan. Banyak fakta yang kurang tepat
dikemukakan oleh beliau terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar.

Bukan Hamid Othman aja yang banyak memutar belitkan ajaran agama, malahan Dasuki Ahmad (S/U Politik PM),
Yusof Nor (Yes) dan kawan-kawannya merupakan antara tenaga yang banyak nak hancurkan Islam daripada
melihat keagungan Islam kembali tertegak. Sanggup bersama seorang PM yang zalim dan tak tahu apa-apa
tentang agama malahan mempermainkan agama daripada mempertahankan agama.

Jangankan pimpinan PAS sanggup untuk bermuzakarah dengan pimpinan UMNO, malahan kami anak-anak
perantauan di bumi Mesir jugak bersedia untuk bermuzakarah dengan mereka. Demi melihat kesepaduan
dan kesatuan ummah, kami yakin untuk bermuzakarah. Sila JPM (Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah)
anjurkan pertemuan bersama beliau untuk kita sama-sama berbincang dan bermunaqasyah secara lebih profesional.
Cumanya, di dalam Majlis tersebut Mahasiswa Al-Azhar tidak diberi peluang untuk kembali bersoal jawab.

Pada kami, pimpinan seperti Hamid Othman memang tidak bersungguh-sungguh untuk memastikan perpaduan di
kalangan ummah terbina. Malahan beliau sendirilah yang banyak menimbulkan perkara perpecahan dan
pertelingkahan di kalangan masyarakat. Apa untungnya isu FATWA atau AMANAT TOK GURU ini ditimbulkan kembali
?? Tidakkah ianya mempunyai motif politik yang tertentu ?

Isu Astora Jabat juga ditimbulkan. Malangnya, Astora Jabat dibandingkan dengan Saidina Umar. Siapalah
Astora Jabat jika dibandingkan dengan Saidina Umar ? (Meminjam kata-kata Saudara Anhar Opir yang
berkesempatan untuk membacakan memorandum Mahasiswa kepada beliau). Beliau mempertahankan manusia seperti
Astora Jabat yang terlalu menggunakan aqal di dalam hujah-hujahnya. Kalau beginilah cara pemerintah dan
pimpinan negara kita, tentunya Islam di Malaysia akan terhapus.

Saya bersetuju dengan pandangan Tok Ayah (webmaster Tranung Kite) atas cadangan mengkaji balik kenyataan
yang dikeluarkan oleh PM yang lebih ternyata bercanggah dengan agama dan aqidah. Kenapa Hamid
Othman tidak membetulkan beliau dalam hal ini.

Apapun kami kagum dengan Tok Guru Haji Hadi kerana dengan ucapan yang sebegitu mampu menggerunkan segenap
lapisan musuh. Kami bangga dengan penegasan YAB Tok Guru untuk tidak menarik balik Amanat tersebut.

Wahai Hamid Othman, Dasuki Ahmad dan ulama' - ulama' UMNO yang lain, cukuplah kalian memperkosakan agama
kerana kerakusan mendapatkan nilai-nilai matabenda dunia yang tidak berkekalan. Usahlah memutarbelitkan
ajaran Islam kerana kepentingan politik. Kami pelajar agama dapat membezakan siapakah sebenarnya yang
menggunakan agama demi kepentingan politik.

Sebagai penegasan kami, PAS tidak memperalatkan agama demi kepentingan politik. Tapi UMNO cukup jelas
menggunakan agama untuk kepentingan politik. PAS mengemukakan kaedah dan prinsip keagamaan yang jelas
berbanding UMNO.
 

Oleh : Pejuang Adil