HIDUP INI BAGAI LAMPU DINDING......
YANG DINYALAKAN DIMALAM HARI......
APABILA MINYAK SUDAH KERING.........
AI KAN PASTI PADAM SENDIRI...........
 

YANG JUJUR MENJADI MANGSA.....
PANDAI MENIPU CEPATLAH KAYA........
 
 

Soalan :  Mengapakah PAS beria-ia benar mempertahankan DSAI,sedangkan beliau adalah manusia biasa dan tidak lari dari

melakukan dosa seperti zina dan liwat.Apakah PAS mempunyai bukti kukuh bahawa sememangnya DSAI tidak melakukan kerja
tersebut.
 

Jawapan:

           PAS adalah Parti Islam,sandaranya mestilah mengikut ajaran Islam.PAS mestilah menghukum mengikut ajaran Islam.
Perkara kemungkinan yang tersembunyi adalah bukan urusan kita.Ini berpandukan kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

                                    "Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja
                                      yang mengendalikan apa yang tersembunyi.Perkara yang tersembunyi
                                      Kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"

Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja.
        Mengikut kaedah hukum hudud,seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat  dengan adanya ikrar
secara  sukarela secara rasmi dihadapan hakim,sebanyak 4 kali.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
                      "Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"

Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut
mazahab hanafi).Didalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal
daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia.Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku
keatas Maiz bin Malik.
    Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata"Hukumlah aku,kerana aku telah berzina"ketika itu
Rasullah tidak mengambil perhatian keatas permintaan Maiz.Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan
"Hukumlah aku,kerana aku telah berzina" .Kemudia Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila?Sahabat mengatakan
bahawa beliau tidaak mabuk atau gila.Selepas itu Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asyar bersama
Rasulullah.Selepas solat Asyar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata"Hukumlah aku kerana aku telah berzina"
Rasulullah menjawab"Bukan kah kamu telah bersolat bersama-sama dengan ku tadi,mudah-mudahan kamu Allah  mengampun
dosa kamu.beliau berkata"Ya,saya telah solat asyar tadi,tetapi,Hukumlah saya kerana saya telah berzina"kemudian Rasulullah
bertanya "adakah kamu telah kawin?"beliau menjawab
"ya"Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau.Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh
para sahabat dan merejamnya hingga mati.Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan
berkata"mengapa kamu mengejar beliau,mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya"Kesimpulanya
disini,seseorang yang membuat pengakuan ikrar,kemudia ketika hukuman dijalankan dan  pengakuan itu ditarik balik ,maka
hukumanya digugurkan.
   Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil.Ini berpandukan
Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:
                     " Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki)zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan  4
saksi    ,maka orang yan menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak  80 kali.dan jangan diterimaa orang yang menuduh
ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."

Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut
1.Islam
2.Adil(tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan
maruah)
3Lelaki(dalam kes  zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)
4.Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.

Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan
sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan.Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk  mengugurakan tuduhan.

Jelaslah dari hujjah diatas bahawa pertuduhan yang dilakukan terhadap DSAI tidak diselesaikan mengikut kaedah yang telah
ditetapkan oleh Islam.Dan inilah hujjah yang menjuruskan PAS menetang kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI,walaupun satu
ketika dulu DSAI adalah musuh no.2 PAS.....ini berpandukan Firman Allah yang bermaksud:

  "Janganlah dengan sebab kamu bermusuhan kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku adil.Berlaku adil lah kamu
,kerana itu lebih hampir kepada Taqwa"....Wallahua'lam.
 
----- Dipetik dari sedutan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di kg.Gelugor ,Marang
Terengganu.
OLEH  : TENTERA PANJI HITAM
PESANAN WARTAWAN TB:
DAN INGATLAH BARANG SIAPA YANG MENYIAKAN(MENYOKONG,MENGUNDI) TUDUHAN ZINA JUGA ADALAH BERSUBAHAT
MENUDUH SAMA.