Make your own free website on Tripod.com
 



SOALAN DARI DATI SERI WAN AZIZAH UNTUK PERSIDANGAN PARLIMEN KE 10 PENGGAL KE 3

Y.B.  Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
Ahli Parlimen Kawasan Permatang Pauh
Soalan-Soalan Untuk Jawapan Lisan

1. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Perdana
Menteri menyatakan kenapa jabatan-jabatan dibawah
Jabatan Perdana Menteri seperti Unit
Perancang Ekonomi dan sebagainya  tidak mempunyai
laporan audit. Bagaimana jabatan-jabatan ini
boleh dipertanggongjawabkan dari segi  'acountability'
, kredibiliti  dan ketelusan dalam
keputusan-keputusan yang dibuat.

2.  Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Perdana
Menteri menyatakan mengapa kerajaan membeli saham MAS
dari Tan Sri Tajuddin Ramli dengan
harga RM8.00 sedangkan dua minggu sebelum itu kerajaan
membeli saham yang sama dengan harga
RM4.00 dari Kerajaan Brunei. Berapa jumlah hutang MAS
yang tetunggak yang terpaksa ditanggong
oleh pemegang saham baru.

3  Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh]  minta Menteri
Kesihatan menyatakan apakah kerajaan akan
mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh
Persatuan Perubatan Malaysia dan Citizens Health
Initiative (CHI) untuk memperkenalkan insuran
awam sebagai program untuk membiayai kos pengendalian
kesihatan awam. Apa masaalah yang
dihadapi sehingga tertangguh pelaksanaan program ini.

4. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri
Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial  menyatakan
beberapa kalikah Lembaga Penasihat
Perpaduan Negara bermesyuarat sejak ditubuhkan.
Apakah dasar-dasar dan program-program
perpaduan yang telah dicadangkan dan implikasinya
terhadap masyarakat.

5. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Luar
menyatakan apakah pendirian Kerajaan kepada permohonan
Chechnya untuk mendapat status
pemerhati dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC).

6. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri
Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang
sedang diambil untuk mengatasi kekurangan
guru di sekolah-sekolah rendah Tamil yang pada bulan
Ogos 1999 sekolah-sekolah tersebut
berkurangan 1000 guru.

7. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti  Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri
Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang sedang dan
akan diambil untuk menambah maklumat
dan bahan tentang Sarawak dan Sabah dalam sukatan
pelajaran sekolah-sekolah menengah,
terutamanya dalam geografi dan sejarah.

8. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan pencapaian
matlamat penduduk mendapat rumah
dalam katogeri rumah kos rendah dan sederhana. Berapa
jumlah projek perumahan rumah kos rendah
yang terbengkalai.

9.  Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri
Kewangan menyatakan apakah kerajaan akan terus
mengeluarkan bon untuk membiayai perbelanjaan
kerajaan dan projek-projek pembangunan. Apa polisi
kerajaan terhadap syarikat swasta yang
membiayai keperluan kewangan mereka melalui
pengeluaran bon.

10. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri
Pengangkutan menyatakan berapa kerugian yang dialami
oleh MAS akibat melaksanakan dasar
Selatan-selatan untuk menerbangkan MAS ke
destinasi-destinasi  negara Selatan. Apakah kerajaan
akan meneruskan penerbangan kedestinasi ini.
 

                     Soalan-Soalan Untuk Jawapan Tulis
 

1. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Dalam
Negeri menyatakan kenapa permit untuk penerbitan
Berita KeADILan masih belum diluluskan.

2. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan
menyatakan bagaimana Tabong Amanah Pencen dan
Permodalan Nasional Berhad boleh memberi
jaminan kepada 'underwriter bank' dalam penerbitan
saham TimeDot.com. Apa hubungan antara
institusi tersebut dengan TimeDot.com.

3. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan
menyatakan berapa banyak pinjaman yang dikeluarkan
oleh Bank Pembangunan kepada
syarikat-syarikat  tanpa dikenakan faedah. Sila
nyatakan bagaimana Bank Pembangunan mendapat
sumber kewangan untuk membiayai pinjaman-pinjaman ini.
 

4. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Dalam
Negeri menyatakan kenapa polis bertindak provokatif
dalam dalam beberapa program ceramah yang
dianjurkan oleh parti komponen Barisan Alternatif
seperti di Kulim dan sebagainya.

5. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Dalam
Negeri menyatakan justifikasi penambahan kakitangan
polis pencegah rusuhan sehingga tiga kali ganda.
Apakah ini sebahagian dari program mesra rakyat yang
hendak dilaksanakan oleh pihak polis.