Make your own free website on Tripod.com
 
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"

AMANAT HADI DIMANA SILAPNYA:
 

Dato' Hamid Othman hamid ,didalam akhbar hari ini cuba menheret rakyat
untuk membincangkan semula "Amanat Hadi".Amanat Hadi yang dimaksudkan
oleh beliau adalah merupakan sedutan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
saketika yang lampau.Beliau menyatakan walaupun disudut agama tiada apa-apa
namum disudt keselamatan negara ianya amat bahaya.
Saya mancarai semula sedutan ucapan tersebut yang dibuat dalam bentuk poster,
tidak cukup dengan itu saya mencari semula pita rakaman ucapan tersebut.
Saya mendengar dan mengamati semula ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi
dengan penuh teliti.
Namum pada saya sedikitpun tiada cacat cela nya pada ucapan tersebut,
malah ianya semakin menambah semangat saya untuk terus berjuang
bersama PAS.Didalam ucapan tersebut antara lain beliau menyebut bahawa
"kita tidak perlu masuk hindu,kita tidak perlu masuk Budha,kita tidak perlu
masuk Kristian untuk menjadi Kafir,kita boleh menjadi Kafir dengan berkata
Politik suku Agama Suku"Disini menunjukkan ianya suatu ilmu tauhid yang
mengajar bahawa antara perkara yang membolehkan membatalkan Aqidah
adalah dengan memisahkan agama dan politik.Hal ini juga jelas dinyatakan
didalam Kitab Mustika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri.
    Sebelum daripada itu Tuan Guru ada menyebut bahawa "Kita menentang
Umno bukan kerana namanya Umno,kita menentang BN bukan kerana namanya
BN.Kita menentang Mereka kerena mereka mengekalkan perlembagaan Jahiliah,
mengekalkan perlembagaan sesat,percayalah kalau kita mati menentang golongan
ini nescaya mati kita mati Syahid"Disini juga jelas ,tiada kekeliruan yang dibawa
oleh PAS.Bukanlah PAS mengajak Ahlinya berperang degan orang Umno.
Kalau PAS betul mengajak berperang sudah cukup dengan Peristiwa Memali,
Namum PAS tidak bertindak agresif,kami boleh  bersabar ahli kami dibunuh di Memali
pimpinan kami tidak mengerahkan ahli supaya menyerang Umno.Kalau nak serang umno
pun dah kira patut dah ,namum selagi pintu demokrasi terbuka pemimpin terus
mendidik kami untuk menyertai demokrasi tersebut walaupun  prosesnya dijalankan
dengan penuh tipudaya.
 Tapi perlu diingat bahawa kesabaran kami juga ada had,kalau ditakdirkan
gendang peperangan yang dipalukan,maka dengan arahan pimpinan
kami tidak akan bertolak ansur lagi.
Apajua alasan yang ditimbulkan oleh Hamid Othman ,Dollah Badawi,Rais
Yatim namum namum hakikat sebenarnya adalah Umno semakin takut
terhadap kesedaran Islam yang dibangkitkan oleh PAS.Mereka sudah
tidak mampu untuk menghadapi Kerja-kerja Islam yang dilaksanakan
oleh PAS.Semenjak PAS menawan Terengganu pelbagai perubahan
kearah menjadikan negeri tersebut sebuah negeri Islam.Umno takut
dengan perubahan tersebut,tambah pula rakyat semakin nampak
kesyumulan Islam yang hendak ditegakkan oleh PAS.malahan sejak akhir-akhir ini
PAS mampu menarik rakyat bukan Islam untuk menerima keadilan dan
kemurnian Islam.Mereka sedar bahawa pengaruh mereka semakin pupus.
Tidak boleh tidak mereka merancang untuk menghapuskan perkataan Islam
dari PAS,lantas AMANAT HADI mesti dikaitkan,kononya itulah antara alasanya
mengapa Islam Perlu dibuang dari PAS.Kenapa lebih 20 tahun perkara tersebut
baru ditimbulkan.Sebenarnya itulah hebatnya pemimpin Islam ,ucapan beliau
lebih 20 tahun yang lampau masih terpahat rapi disanubari umat.
 
 
 

TENTERA PANJI HITAM.....