KESESAKAN DI MASJID RUSILA
Saya merasa bangga di atas kejayaan Parti PAS mengambil alih
pemerintahan Negeri Terengganu. Alhamdulillah.... kejayaan ini sungguh
menakjubkan. Saya juga sempat mengundi di sana almaklumlah pertama
mengundi dapat pangkah empat kertas. 2 kertas mengundi bagi pihak.
Semasa balik ke Terengganu melintas di kampung Rusila kampung Tuan Guru
Menteri Besar terdapat kesesakan jalan raya dari kedua2. Hari tersebut
Jumaat  jam 11.30 pagi. Kesibukan tersebut disebabkan mereka yang
mendengar kuliah Jumaat balik. Apa yang saya kesalkan tidak ada kawalan
menyebabkan saya terperangkap hampir setengah jam. Tidak kah ada
pengawal lalulintas di situ? Apa yang mendukacitakan peniaga-peniaga
yang meletak kenderan, malah gerai mereka dibahu jalan menyebabkan
kesesakan lalu lintas tersebut. Dimanakah kawalannya. Perkara ini juga
akan menyebabkan kemarahan pengguna lain yang ada urusan penting dan
juga untuk saya pada ketika itu hendak ke Dungun dan bersembahyang
jumaat di sana. Diharapkan pada masa hadapan adakan kawalan dan
penguatkuasaan bagi melicinkan perjalanan pengguna lain. Saya berbangga
dengan perkembangan pengunjung ke Mimbar Rusila mendengar setiap ceramah
dan kuliah di situ tetapi sumbangan pengunjung dapatlah digunakan bagi
memberi perkhidmatan untuk membangunkan lagi tempat itu. 
sekian Wassalam

ZAHAN

TERENGGANU DARUL IMAN®