Make your own free website on Tripod.com
ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
Bank tanah selesai masalah

MARANG, 12 Okt- Kerajaan Terengganu akan menubuhkan bank tanah bagi mengurus dan menyelesaikan tanah yang menghadapi masalah, kata Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, langkah itu diambil dalam usaha untuk melengkapkan satu perancangan yang menyeluruh.

"Keadaan ini boleh dikaitkan dengan cadangan guna tanah yang komprehensif seperti cadangan dalam Draf Rancangan Tempatan Marang ini," ujarnya ketika berucap merasmikan Seranta dan Pameran Draf Rancangan Tempatan Marang di Dewan Majlis Daerah, di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga bercadang untuk menyusun semula penempatan penduduk dalam konsep pembangunan yang tersusun dan lengkap dengan kemudahan asas, rekreasi dan lain-lain.

"Dengan itu, rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti," ujarnya yang juga Ahli parlimen Marang.

Mengenai draf itu, katanya ia bermanfaat kepada merek yang berkepentingan dan mempunyai kaitan dengan pembangunan Majlis Daerah Marang sepperti tuan punya tanah, pemaju hartatanah, ahli-ahli korporat dan para pelabur.

Sehubungan itu, beliau mengajak masyarakat supaya menyemak cadangan yang dikemukakan di dalam draf pembangunan itu.