Make your own free website on Tripod.com
 
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

Kewujudan Semula JKKK – Satu Pandangan.

Maka terjawablah segala tandatanya dengan tertubuhnya JKKK yang dinanti-nantikan oleh umat UMNO khususnya. Sibuklah mereka  sekarang ini untuk menunggu pemilihan untuk menjadi anggota JKKK terutama yang berfikiran jauh kerana duit akan berlambak-lambak sedang menanti mereka.

Apakah fungsi yang akan dijalankan oleh JKKK? Itulah persoalan yang timbul sekarang. Adakah mereka akan cuba untuk menjadi lebih baik dari JSR. Tetapi mengapa baru sekarang. Adakah mereka ingin berkhidmat kepada masyarakat setelah masyarakat telah menolak corak pentadbiran mereka. Adakah mereka ingin menjadi pengacau dalam kampung dan untuk lebih menrealisasikan lagi istilah JIN KACAU KAMPUNG(JKK).

Tapi dari segi adat, bila satu kapal itu dah ada nahkodanya dan datang nohkoda lain datang untuk ‘mengambil’ alih kuasa maka itu adalah cara LANUN. Jadi kedatangan mereka tentu sahaja akan MEMECAH-BELAHKAN masyarakat. Apakah laungan oleh UMNO selama ini yang mengatakan PASlah yang memecah belahkan masyarakat betul?. Mahathir perlu tanya diri dan jangan bercakap tak serupa bikin, serupa kaki putar alam. Apa jenis manusia Mahathir ini, dimanakah letaknya sifat kemanusian.

Matlamat Mahathir dalam perencanaannya kali ini tidak lain hanya untuk memecahbelahkan masyarakat Terengganu khasnya, tidak lebih dari itu. Ini adalah kerana sifat dendam dan busuk hati. Kerana dia tahu JKKK tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya untuk mentadbirkan kampung dan hanya sekadar untuk mengelirukan rakyat.

TAPI MAHATHIR PERLU JAWAB PERSOALAN INI.?
“MENGAPA BARU SEKARANG UMNO INGIN BERKHIDMAT DALAM KAMPUNG SETELAH KAMPUNG MEREKA MUSNAHKAN DENGAN SIFAT DAN TAULADAN YANG DITUNJUKKAN OLEH MAHATHIR SENDIRI”

CYBERTALIBAN