Make your own free website on Tripod.com
       Idris Jusoh Dicabar Hentikan Kerja Sia-Sia

      BESUT - Seorang penulis dan wartawan berpengalaman kelahiran Besut mencabar Timbalan Pengerusi Perhubungan
      Umno Terengganu, Idris Jusoh, supaya menjawab analisisnya mengenai kejatuhan Terengganu ke tangan PAS, yang
      merupakan hasil kesedaran rakyat jelata Terengganu sendiri, terhadap kezaliman, penyelewengan dan kemungkaran
      pemimpin-pemimpin Umno. Penulis tersebut, Mohd Nasir Awang, 35 tahun, membuat cabaran berkenaan sempena
      menyambut terbitnya buku karangan beliau yang menganalisa cerita-cerita kesedaran rakyat Terengganu, hingga
      mereka sepakat menolak Umno/BN dalam pilihanraya 29 November lalu. Judul buku tersebut ialah "PAS Mampu Pimpin
      Malaysia".

      "Perubahan menyeluruh ini adalah hasil kesedaran rakyat sendiri. Mereka sudah mengalami sendiri pemerintahan
      Umno/BN, khususnya di bawah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad selama 25 tahun. Ke mana perginya duit royalti Petronas
      beratus juta ringgit setiap tahun, sedangkan nasib rakyat miskin tidak dibela?" kata Mohd Nasir kepada wakil kami di
      Terengganu.

      "Datuk Idris Jusoh kalau dia baca buku ini dia akan faham mengenai hati budi rakyat Terengganu. Dan bila dia faham,
      saya harap dia akan berhenti membuat kerja-kerja menentang Tok Guru Haji Hadi, yang menyebabkan rakyat semakin
      marah kepada dia dan Umno," tambahnya.

      Mohd Nasir menyeru Idris dan pimpinan Umno Terengganu supaya berhenti membuat kerja sia-sia menghasut rakyat
      membenci PAS. "Rakyat Terengganu telah kenal benar apa dia Umno dan apa dia PAS. Hanya pemimpin-pemimpin
      Umno yang tak kenal rakyat sendiri," katanya lagi. Buku "PAS Mampu Pimpin Malaysia" juga memaparkan sejarah PAS
      di Terengganu; menghuraikan biografi pemimpin-pemimpin PAS yang menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu hari
      ini; dan membincangkan kemampuan PAS untuk memerintah Malaysia.

      Mohd Nasir mencabar Idris Jusoh dan pimpinan Umno/BN Terengganu umumnya, supaya menjawab tulisan beliau
      dalam buku ini, bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa rakyat Terengganu telah membuat kesilapan dalam
      pilihan raya lalu.

      "Umno jangan cuba lari daripada realiti hari ini dengan mengungkit perkara-perkara lama seperti 'Amanat Haji Hadi'
      dan sebagainya. Hadapilah realiti yang ada hari ini," kata Mohd Nasir.

      Dapatkan buku "PAS Mampu Pimpin Malaysia" karya Mohd Nasir Awang terbitan bermutu PENERBITAN PEMUDA
      dipasaran .Untuk keterangan lanjut hubungi kami 03-40230175 .Pengedar Pengedar diperlukan diseluruh Malaysia
      !.Pastikan anda memiliki buku ini .

                   "DETIK SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"