TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

DSAI : ANTARA TAKDIR DAN MAHATHIR ?
Tindakan hakim Ariffin Jaka menamatkan perbicaraan DSAI walaupun masih
terdapat beberapa orang saksi penting,termasuk Mahathir sendiri tidaklah
menghairankan lagi. Kewibawaan badan kehakiman sering dipersoalkan. Apakah
mahkamah kita masih boleh dipercayai?

Tidak hairanlah nanti kalau hakim Ariffin Jaka mendapati DSAI bersalah dan
dijatuhkan hukuman sekurang-kurangnya 20 tahun penjara seperti mana yang
dikehendaki oleh Mahathir mengikut skrip drama yang diarahkannya itu.

Apakah tindakan si Ariffin Jaka itu merupakan satu langkah yang bijak untuk
membolehkan Mahathir terus berkuasa? Rakyat bukanlah bodoh,walaupun pemikiran
mereka dikongkong oleh media massa Mahathir yang tidak langsung mahu
menyiarkan berita-berita mengenai kes DSAI itu.

Rakyat juga tahu bahawa segala pertuduhan yang dibuat oleh pihak pendakwa
terhadap DSAI adalah tidak benar sebaliknya bertujuan semata-mata untuk
memuaskan nafsu Mahathir saja. Rakyat sedar bahawa segala pertuduhan tersebut
adalah rekaan Mahathir dan konspirator-konspirator upahannya dalam usaha
menjatuhkan DSAI.

Mahathir tahu semakin lama kes ini berlanjutan semakin bertambah bencinya
rakyat terhadap Mahathir dan kuncu-kuncunya itu. Disamping itu semakin lama
kes ini berlarutan semakin banyak lagi terdedah kekejaman dan kepincangan
Mahathir dalam usahanya untuk menipu rakyat.

Mahathir menggunakan tatik mendiamkan diri terhadap segala tuduhan rasuah dan
salahguna kuasa yang dilakukannya dan para menterinya. Mahathir tahu
perbuatan salah guna kuasa dan amalan rasuah sememang berleluasa didalam
pentadbirannya yang diamalkan oleh menteri-menterinya termasuk Mahathir
sendiri.

Bagi Mahathir,mendiamkan diri tidak menyalahi undang-undang. Selagi Mahathir
menguasai media massa termasuk,Jabatan Peguam Negara,polis dan badan
kehakiman Mahathir akan rasa selesa. Siapa yang berani menangkap Mahathir?
Siapa yang berani mendakwa Mahathir? Hakim mana yang berani mendengar kes
Mahathir, walhal sapina untuk Mahathir hadir mahkamah,Mahathir buat tidak
peduli saja. Sebaliknya hakim pula akur dengan kehendak Mahathir.

Sejak bermulanya kes DSAI banyak perkara yang berlaku telah menimbulkan
pelbagai tanda tanya,antaranya;

- perlantikan hakim yang baru daripada hakim yang berpengalaman.

- pemindaan tarikh secara sewenang-wenang.

- pemindaan pertuduhan diakhir kes pendakwa.

- membuang sebahagian keterangan yang telah menjadikan bahan bukti.

- hakim menentukan sama ada saksi relevan atau tidak sebelum mereka
dibenarkan untuk beri keterangan.

- keistemewaan yang diberikan kepada Mahathir kerana tidak perlu jadi saksi
walaupun telah disapina

- tiada tindakan diambil terhadap Mahathir kerana komen melampau Mahathir
terhadap DSAI walaupun telah dilarang oleh hakim.

- DSAI dipenjara 6 tahun kerana memohon polis menyiasat Azizan dan
Ummi,sebaliknya tiada tindakan diambil terhadap Mahathir yang menghalang
pengarah BPR menyiasat kes Ali Abol Hasan.

- DSAI kena 6 tahun walaupun dibelasah oleh Rahim Bulldog,tetapi Rahim
Bulldog yang menganas itu terlepas dengan 2 bulan penjara dengan ikat jamin.

Begitu tidak adil sekali hakim-hakim kita melaksanakan tugas penghakiman
mereka. Bolehkah rakyat mendapat keadilan sebenar melalui badan kehakiman
sebegini? Apatah lagi sekarang kita tahu bahawa ketua hakim negara sendiri
terlibat dengan pelbagai skandal, di manakah letaknya kewibawaan badan
kehakiman kita?

Bagi DSAI jalan untuk mendapat keadilan adalah amat sukar sekali,selagi
Mahathir masih berkuasa. Kerana badan kehakiman, jabatan peguam negara dan
jabatan polis semuanya takut kepada Mahathir. Eusoff Chin,Mokthar Dugong dan
Norain Mai semuanya melutut kepada Mahathir dan sama-sama sanggup mengusung
"shit" Mahathir kemana saja Mahathir pergi.

Harap DSAI,bersabar saja,hanya takdir saja dapat menentukannya.

ALI ALLAH DITTA