TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

    KUHARAMKAN KETURUNANKU MENJADI FRU

     Saya berasa sungguh kecewa dan hampa dengan laporan pemantau SUHAKAM  (6.30pm 9/8/200) di Malaysiakini
     yang tidak memberikan gambaran sebenar  kejadian 'Rusuhan Polis' terhadap perhimpunan aman pejuang-pejuang
     reformasi di Benteng Rakyat 8/8/2000 tempoh hari. Sebaliknya pemantau  SUHAKAM cuba melaporkan secara '
     play safe' dengan pihak berkuasa dengan  memberikan pujian pula kepada pihak polis.

     Saya, antara ratusan yang duduk semasa perhimpunan itu, berada di tempat  kejadian sehingga saat-saat terakhir bila
     mana puak-puak FRU menyerbu  masuk. Ketika itu ramai yang telah bangun dan bergerak ke jalan raya yang
     bertentangan termasuklah pemantau-pemantau sendiri! Tinggallah kami  beberapa kerat yang cuba juga untuk terus
     duduk mempertahankan hak untuk  berhimpun secara aman. Sekiranya pasangan saya tidak segera menarik saya
     bangun dari situ, pasti saya juga ditendang oleh puak-puak FRU itu  sepertimana yang terjadi ke atas seorang
     pemuda yang tetap tidak berganjak  dari situ. Ini berlaku di hadapan mata kepala kami sendiri. Lembut dan
     mesrakah sikap polis yang sebegitu atau tidak cukup ganaskah lagi perlakuan  mereka itu?

     Sebenarnya sedari mula lagi kami semua telah diperangkap oleh polis-polis  tersebut. Semasa awal perhimpunan,
     seorang wakil polis datang memberitahu  bahawa pihak polis memberikan kebenaran untuk kami meneruskan
     perhimpunan  aman di situ. Seperti tidak percaya, kami telah memberikan tepukan hangat  kepada pasukan polis
     yang berhampiran sebagai tanda terima kasih yang tidak  terhingga. Rupa-rupanya terlalu awal penghargaan tersebut
     diberikan kepada  mereka. Semuanya hanyalah sandiwara mereka agar lebih ramai yang datang  berhimpun dan
     lebih 'havoc'lah pula nanti dapat mereka kerjakan!

     Saya menyeru kepada pihak pemantau, hantarlah mereka yang benar-benar  berani dan ikhlas untuk menjadi saksi
     kepada kebenaran. Janganlah berharap  pada 'name tag' PEMANTAU atau NGO sahaja tergantung dileher tetapi
     menjadi  yang pertama lari bila berlaku sesuatu yang tidak diduga. Malah lebih teruk  lagi, melaporkan perkara yang
     tidak disaksikan sendiri sebagai sesuatu yang  jelas amat bertentangan dengan kejadian sebenar.

      p/s Kuharamkan keturunanku menjadi polis, FRU dan lain-lain yang sewaktu  dengannya......

      p/s Masih terngiang-ngiang lagu SUARA RAKYAT....SUARA RAKYAT....SUARA
      RAKYAT........

      Kak Id 2000