Make your own free website on Tripod.com
 


ROYALTI :  KAMI BERSAMA TOK GURU



TJ KB ST: Fokus Lunas Di Dada Akhbar
By Kapal Berita
4/12/2000 am
Ringkasan atau intipati rencana yang penting sahaja:
 

Akhbar-akhbar nampaknya memberi fokus kepada kekalahan BN di Lunas.
 

Utusan:

MCA dan Gerakan gagal memberi penerangan secukupnya dalam isu masyarakat cina seperti Sekolah Wawasan, Suqui dan DJZ. Pemimpin utama parti-parti tersebut tidak menonjol sepanjang kempen Lunas. Mereka seperti tunjuk muka sahaja. Liong Sik muncul hanya pada hari pertama sebelum penamaan calun di Lunas manakala Keng Yaik berada sehari sahaja. Malah pemimpin cina BN seperti buta terus apa itu Sekolah Wawasan.
 
 

Berita Harian:

Kenyataan Ong Ka Ting bahawa Suqui bukan isu tetapi hanya tektik pembangkang sahaja tidak berkesan di Lunas.
 

Star:

Keputusan Lunas menggambarkan kawasan undi yang bercampur komposisi kaum kini sudah tidak selamat buat BN.
 

Pengundi: 27,000
Pecahan Kaum: 45% Melayu 34% Cina dan 21% Indian.
 
 

Sin Chew Jit Poh:
 
 

Berpendapat kejayaan BA menampakkan satu era baru dalam perkembangan politik tanah air. BN tidak boleh lagi merasa kerusi mereka terjamin di kawasan yang peratus kaumnya bercampur.
 

Ternyata Umno gagal untuk menyerlah di Lunas, dan ia amat buruk lagi kerana kekalahan itu di bumi Kedah dimana PM berumah.
 

Nanyang Siang Pau:

Menurut akhbar ini, rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih daripada pembangunan ekonomi dan kestabilan politik. Kerajaan disaran mendengar saranan rakyat (bukannya asyik memekakkan telinga dan menuduh rakyat tidak bersyukur, ekstrim, benci - pengulas). TIGA faktor utama menjadi punca kekalahan BN iaitu kes Anwar, Seckolah Wawasan dan Suqiu.
 

The China Press:

Keputusan Lunas menunjukkan BN sudah tidak boleh goyang kaki lagi bila berdepan dengan kawasan di mana pengundinya bercampur pelbagai kaum. Ia sudah tidak selamat lagi.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik:

"BN mesti mengkaji masalah..."
 
 

Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng:
"BN mesti merapatkan diri dengan kaum cina dan memahami tuntutan mereka...."
 

Naib Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting
"BN mesti lebih liberal... dan terbuka"
 
 

Tamil Tamil Nesan dan Malaysia Nanban:
 

Tidak mahu ugama dan kaum dijadikan isu.... kerana sensitif dan bahaya. (Tetapi kes tengkolok Ku Li tidak disebut pula - pengulas)
 

KOMEN:

Komen saya mudah sahaja... Cuba baca balik rencana di atas dan tukarkan semua perkataan BN atau Barisan dalam akhbar-akhbar tersebut kepada Mahathir! Nanti kita akan ketemui jawapannya bahawa punca BN kalah adalah kerana MAHATHIR! Bukankan gambar beliaulah yang banyak tergantung (dan tersenyum? di Lunas itu? Takkan parti pembangkang yang gantung??
 

Pilihanraya Lunas adalah satu detik yang amat bermakna buat semua pencinta keadilan. Pengundi Lunas membuktikan bahawa kehormatan, keadilan dan ketelusan itu adalah terlalu mahal untuk dikompromi. Projek kilat yang di bawa khas oleh menteri bernama Samy itu gagal untuk menawar beli pemikiran rakyat hari ini. Malah ucapan Perdana Menteri juga semakin merosakkan sokongan yang memang diperlukan lagi. Akhirnya BN cuba membawa pengundi hantu bila segala ugutan dan tawaran ala rasuah itu tidak menjadi!
 

Rakyat Lunas sudah cerdik. Apakah tempoh singkat yang cuma seminggu sahaja untuk berkempen itu telah menjadikan mereka sebegitu cerdik? Atau kerana mereka begitu kagum melihat betapa gigihnya petugas-petugas muda dari keadilan yang berlembah lembut dibanding dengan petugas BN yang asyik berlagak sombong?
 

Lunas sebenarnya mengajar erti berbudi dan berbahasa. Kita tidak mengukur sokongan dengan projek yang meninggi, tetapi perilaku dan adab yang menghiasi diri. Itulah kekuatan yang tidak dapat ditukar beli. Rakyat bukan sasaran untuk berkonfrontasi tetapi suara untuk diamati dan dikaji.
 
 

Budi yang baik dikenang juga.
Budaya yang nakal ditendang sejauh-jauhnya!
 
 
 
 
 

--------------------------------------------------------------------------------