TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

KETUA HAKIM NEGARA PATUT LETAK JAWATAN

Kredibiliti Eusoff Chin sebagai Ketua Hakim Negara benar-benar dipertikaikan. Dengan bukti-bukti yang dikemukakan
satu demi satu dan jawapannya yang begitu dangkal sekali, jalan keluar yang paling baik baginya ialah meletakkan
jawatan.

Kelihatan pula Dr. MAHAFIRAUN memberikan komen, sebaik sahaja pulang dari luar negara mengatakan ada
segolongan pihak cuba melaga-lagakan badan Kehakiman dengan Kerajaan.

Ada banyak perkara perlu kita teliti sebagai rakyat Malaysia. Merenungi kembali peristiwa di mana Tun Salleh Abas,
Ketua Hakim Negara yang cukup dihormati, warak dan dikagumi bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Dunia,
telah dilucutkan jawatan dengan alasan 'misbehaviour'.

Antara dakwaan terhadapnya:

1. menulis suart kepada DYMM Yang Dipertuan Agung tentang kebimbangannya akan serangan kuasa Eksekutif
(diketuai MAHAFIRAUN) terhadap badan kehakiman. 

2. Membuat beberapa komen tentang kebimbangan terjejasnya kebebasan badan kehakiman oleh serangan kuasa
eksekutif.

3. Disertai lagi beberapa dakwaan yang dicipta dandimanipulasi serta diperbesar-besarkan yang kalau dikaji secara
teliti langsung tidak mempunyai asas.

Tambahan lagi bagi dakwaan pertama, pihak tribunal yang diketuai oleh Tun Hamid Omar (yang pastinya
mempunyai kepentingan peribadi untuk mengganti tempat Tun Salleh) tidak pun dapat mengemukakan bahan bukti
iaitu surat sebenar yang dihantar kepada DYMM Agung. Yang ada hanyalah salinan daripada salinan.

Tribunal yang menghakimi terdiri dari 6 orang hakim yang hampir semuanya ranking yang tak setaraf dengan Tun
Salleh. (tidak pernah dibuat orang jumlah hakim 2,4,atau 6 kerana berkemungkinan seri-deadlock…nyata
kebodohan Tun Hamid Omar)

Abu Talib Othman sebagai AG yang sepatutnya membantu siasatan bertukar menjadi pendakwaraya yang mencari
salah Tun Salleh (dasar tamak dan tak mengenang budi, Tun Salleh adalah orang yang bertanggungjawab memberi
pendedahan kepadanya hingga menjadi pendakwaraya yang
baik)

Sebenarnya Tun Salleh Abas disingkirkan semata-mata kera isu UMNO 11 yang menungu rayuan. Beliau
menetapkan tarikh untuk rayuan didengar. Sekiranya rayuan ini diterima, MAHAFIRAUN dengan automatik terlucut
jawat sebagai Presiden Parti, Ahli Umno dan juga Perdana Menteri bersama seluruh kabinetnya.

Itulah sebenarnya kesalahannya.

Bandingkan pula dengan Eusoff Chin yang dilindungi MAHAFIRAUN……

Penegak keadilan
15 Jun 2000