HAK  KEISTIMEWAAN  ORANG MELAYU HANYA TINGGAL DI ATAS KERTAS.
 

Hak Keistimewaan Orang Melayu (HKOM) sekarang hanya tinggal di atas kertas sahaja.  Jadi tak payahlah nak buat kecoh dan nak jadi juara melayu.  Ucapan David Chua itu adalah hasil didikan dari Dr.M sendiri. Kerana DrM lah yang melantik ahli Mapem dan ahli-ahlinya adalah proksi beliau.

Cuba kita perhatikan , apa lagi HKOM yang masih ada. Semuanya telah dimusnahkan, dihakis, dan dihancurkan oleh UMNO di zaman Dr. M ini. Jadi jangan nak mencipta isu  dan polemik baru. Kamu yang hancurkan, kemudian tanya dan tuduh balik siapa yang lakukan ini semua. Memang dah Bapak Putarbelit atau Bapak Manipulasi, ada je isu yang ditimbulkan.
 

Dasar Ekonomi Melayu (DEB).

Bermula pada tahun 1970 dan tamat pada tahun 1990 dengan sasaran 30% peryertaan Bumiputra dalam bidang Ekonomi dan hasil idea Tun Razak.  Apakah DEB ini masih berjalan. Mana hitam putihnya menyatakan DEB masih berkuatkuasa.
DEB telah meninggal pada 1990.  Wawasan 2020 dan DPN adalah pengantinya.  Apa itu Wawasan 2020 dan DPN? Adakah objektif, tujuan, matlamatnya jelas dan sama dengan DEB ? Sendiri mahu jawab. Belum lagi bercakap mengenai proses perlaksanaan DEB , Wawasan 2020 dan DPN itu sendiri. Tentu 10 biji buku boleh ditulis.

UMNO Dr.Mahathir bila menghadapi masalah, krisis keyakinan, krisis, kepimpinan biasanya akan bercakap mengenai isu-isu sensitive. Contoh 13 mei, Kebanjiran Pendatang Asing, Pertahanan Negara (hubungan dengan Singapura), Peratusan Pemilikan Orang Melayu dalam bidang pendidikan, pemilikan Tanah, pemilikan Ruang niaga, Kegawatan sosial seperti penagih dadah dan lain lain.

UMNO Dr.Mahathir juga berkokok dimerata tempat, berceramah, di Majlis2 tentang jasa-jasa UMNO terdahulu seperti DEB, Biasiswa, peluang peniagaan, kemajuan negara, keamanan dan lain-lain.

UMNO DrM juga mengunkit kembali hasil kejayaan DEB sebagai contoh para pensyarah dapat mencapai kedudukan mereka sekarang kerana beliau Melayu, para peniaga berjaya kerana dasar kerajaan, tapi mereka ini tidak mengenang budi, menentang kerajaan yang telah menbantu mereka. Benarkah begitu ?.
 
 

Ulasan.

Kita orang melayu tidak boleh menafikan 100% kesan baik dari dasar DEB dan kebaikan kerajaan pimpinan UMNO terutama Zaman Tun Razak.  Tapi jasa-jasa yang kita nikmati sekarang adalah hasil dasar kerajaan Tun Razak dan bukan jasa-jasa Dr.M.  Boleh katakan semua jasa-jasa UMNO yang biasa Dr.M palukan itu adalah jasa UMNO Tun Razak dan bukan jasa beliau. Saya katakan Dr.M tidak meninggalkan apa-apa jasa pun kepada Melayu malah meruntuhkan semua struktur dasar yang dibina dan dibangunkan oleh UMNO terdahulu.
 
 
 
 
 

Disini disenaraikan kerosakan dan keruntuhan dibuat oleh UMNO Dr.M dan
beberapa contoh HKOM sememangnya hanya tinggal di atas Kertas Perlembagaan.

Setelah tamat DEB, UMNO DrM tidak menyambung dasar tersebut tapi hanya berbangga dengan kejayaan dasar tersebut.

Merusokan objektif asal Permodalan Nasional Berhad melalui penubuhan ASW 2020 dan ASM

Menyeleweng Dasar Pelajaran melalui Akta Pendidikan 1996 seperti universiti swasta, pelajaran diperniagakan, secara Francais.

Akta pengambilan Tanah telah dipinda, sehingga merugikan kedudukan Melayu

Akta imegresen dipinda dan dipermudahkan dan butir2 di Kad Pengenalan dipinda

Agensi kemajuan tanah diswastakan atau dibubarkan seperti KEJORA, DARA, LKWJ (diswastakan).

Menjadi broker tanah dan broker hak melayu secara legal melalui Danamodal, danaharta dan lainlain.

Perbadanan Kemajuan Negeri telah menjadi badan untuk mengjual hak kerajaan terutama bumiputra kepada bangsa asing. Dengan kata lain, SEDC adalah broker tanah nombor satu sekarang.

Dasar Buruh Asing terlalu longgar dan merugikan negara amnya dan orang melayu khasnya.

Menghancurkan PERNAS, rangkaian Kedai runcit G-Mart dan lain-lain.

Dasar Perumahan Negara dan kependudukan yang tidak jelas.

Dasar Penswastaan Yang Bodoh, contohnya PROTON masa bina dulu dengan duit kerajaan, bila dah maju dan untung bagi dekat T.S Yahya, bila rugi semula, kembali kepada PETRONAS.

Dan Banyak lagi

Jadi sila sebut jasa mahathir?, mungkin KLCC, Putrajaya, PLUS, MSC
Apakah benda2 ini satu jasa atau satu dosa? Sendiri kena jawab.
 

Ulasan

Jadi jelaslah Dr.Mahathir ini seorang pengkianat, pemutarbelit, pembohong , pem apa-apalagi payah nak tulis. Sementara UMNO Dr.M ini adalah  broker Melayu, Menjual Melayu, hipokrit, petualang.
Yang berjasa adalah UMNO Tun Razak dan kita sanjung tinggi jasa beliau.
 

Penutup

Jadi tak payah lah kita nak ulas isu/polemik baru (HKOM) yang hendak war-war kan ini.
Kerana ini adalah cita-cita DrM dan sebahagian langkah beliau kearah penghapusan dominasi orang melayu di Tanah Melayu.
Isu ini sebenarnya bukan isu, tetapi telah UMNO DrM laksanakan, tapi beliau minta Timb. Mapen 2 sebutkan dalam suasana UMNO DrM menghadapi KRISIS KEYAKINAN supaya orang melayu bersatu semula dibawah UMNO dan senang beliau hancurkan (tipu) orang melayu semula.
 

Megat Panji Hitam
Dari Timur