ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
 
 

Penswastaan Hospital: Kontrak RM1 Billion untuk Daim dan Mahathir?

Desas-desus suatu kontrak besar yang bernilai RM 1 billion telah meniup
kencang beberapa bulan ini.  Desas-desus ini akhirnya disahkan oleh laporan
sebuah akhbar “Sun” pada pada 10 Oktober dengan tajuk “Little known company
lands RM1b job” (Syarikat yang tidak dikenali mendapat kontrak RM 1,000
juta).

Kontrak ini dilaporkan telah diberikan kepada sebuah syarikat, Diligent
Network Sdn. Bhd., untuk pembekalan sistem komputer “Total Hospital
Information System” (THIS) untuk lebih 500 buah hospital dan pusat perubatan
seluruh Malaysia.

Syarikat DNSB, yang baru ditubuhkan pada bulan Mac 2000, dimiliki oleh
Syarikat Pemodalan Kebangsaan Berhad (SPK) sebanyak 49.9%, manakala Dr. Azman
Ahmad juga memiliki 49.9%.  Dua orang lain memiliki satu saham setiap seorang
iaitu Leong Kok Wai dan Ivy Wee Swee Moi.  Modal berbayar DNSB ialah sebanyak
RM1 juta.

Siapakah di sebalik pemilik-pemilik saham DNSB?

Menurut laporan akhbar The Sun pada 10 Oktober 2000, pejabat Dr. Azman
menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan langsung dengan DNSB!
Apakah maksudnya?  Jika seorang pemilik sah mengikut ROC dikatakan tidak
mempunyai kepentingan langsung dalam sesebuah syarikat yang sepatutnya
dimilikinya, ini bermakna ada orang yang hanya menggunakan namanya.  Siapakah
orang itu yang menjadi pemilik sebenar?

Menurut maklumat dari ROC, Dr. Azman adalah Pengarah Tongkah Holdings.  Umum
mengetahui, Tongkah dimiliki oleh anak Mahathir.  Tongkah telah pun memiliki
kontrak penswastaaan untuk khidmat di hospital.  Tongkah juga baru awal tahun
ini diberikan kontrak Telemedicine MSC untuk menyediakan Sistem Video
Conferencing di hospital seluruh negara.

Manakala SPK pula, menurut rakan-rakan korporat IB, sebenarnya dimiliki oleh
seorang wanita India bernama Josephine (JPS) dan (Toh Puan?) Narimah.
 

Siapakah pula kedua-dua wanita ini? (sila rujuk tulisan IB pada 7 April 1999:
Siapa Cik Josephine?  https://members.tripod.com/~mahazalimtwo/josephine.html)
 

Kedua-dua mereka ini dilaporkan menjaga kepentingan Daim Zainuddin.  Narimah
ialah isteri ketiga Daim dan pemilik utama International Bank of Malaysia.
(Yang pertama, sudah dicerai dan tinggal di England dan yang kedua ialah Toh
Puan yang sah yang tinggal di istana Daim di lereng bukit Taman Melawati.

JPS, seperti dinyatakan dalam artikel IB dahulu, telah lama diamanahkan oleh
Daim untuk mengendalikan banyak perniagaan Daim.  Suatu yang harus diambil
perhatian oleh bahagian risikan keselamatan negara ialah bahawa JPS mempunyai
banyak hubungan dengan negara Singapura yang perlu disiasat lanjut.

Sebelum ini, telah hebuh sebelum pilihanraya berhubung penswastaan hospital
dan perkhidmatan kesihatan.  Kerana takutkan isu ini memihak kepada Barisan
Alternatif maka diumumkan bahawa penswastaan tersebut dibatalkan.  Sebenarnya
ianya hanya ditangguhkan sementara.  Setelah selesai piliharanraya dan kerana
masih ramai rakyat yang menerima tipu helah Mahathir/Daim, kini penswastaan
tersebut dilaksanakan semula dengan kaedah yang lebih inovatif.

Apa perlunya perkhidmatan THIS itu diswastakan?  Apa pentingnya THIS
berbanding dengan keperluan perkhidmatan kesihatan asas yang masih daif lagi
di kawasan-kawasan pendalaman dan terpencil?  Jika kita ke pusat-pusat
kesihatan di kawasan pendalaman, kita dapati untuk meletakkan komputer pun
dirasakan tidak sesuai kerana suasana dan keadaan klinik yang amat daif.

Dan mengikut rakan-rakan IB yang telah lama dalam perniagaan IT, mereka
mengatakan bahawa kos RM1 billion adalah amat tinggi. Kebanyakannya bersetuju
bahawa berdasarkan bilangan hospital yang dinyatakan dan sesetengah hospital
telah pun mempunyai sistem komputer, kos sebenarnya tidak melebihi 60% - 75%
dari nilai kontrak tersebut.

Suatu yang memeningkan banyak pihak ialah tiada sebarang tender atau jemputan
untuk mencadangkan projek tersebut dari mana-mana jabatan yang berkaitan.
Malah beberapa pegawai EPU dan Kementerian Kewangan mendapat maklumat
berhubung kontrak tersebut hanya selepas DNSB dimaklumkan terlebih dahului.

Apa lagi bahagian perkhidmatan kesihatan yang akan diswastakan selepas ini?

Sekian
Ibrahim Baba
20 Oktober 2000