Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

PENUBUHAN JKKK
Rupa-rupanya pandai juga Sdr. Zakaria Dagang berjenaka, mengucapkan tahniah kepada
Kerajaan Persekutuan yang telah menghidupkan kembali JKKK yang telah berkubur
apabila BN di Terengganu tewas di dalam pilihan raya pada November lalu. Syabas
saudara Zakaria....Bukankah itu gentleman namanya !!! Persoalannya sekarang,
mampukah/mahukah JKKK di Terengganu bersikap gentleman sepertimana ditunjukkan
oleh Kerajaan Pas Negeri?

Diketahui umum bahwa JKKK merupakan punca utama majoriti pengundi menolak UMNO di
Terengganu kerana sikap angkuh,rasuah dan kronisma mereka yang diwarisi dari
pemimpin-pemimpin mereka. Menyedari hakikat ini UMNO yang menerajui Kerajaan
Persekutuan memberi nyawa baru kepada JKKK yang telah mati bertujuan menawan
kembali sokongan rakyat Terengganu kepadanya. JKKK akan berpura-pura mengubah
sikap dan tabiat buruk mereka demi imbuhan yang berlipat ganda untuk mencapai
hasrat UMNO. Dengan longgokan wang yang tiada hadnya, mereka akan menabur bakti
untuk menawan hati rakyat. Tanpa menyedari/mengsyaki kepura-puraan JKKK ini
masyarakat yang berasa diri mereka terabai oleh Kerajaan Negeri akan menganggap
JKKK ini sebagai pembela mereka.

Kerenah wakil-wakil rakyat, samaada ADUN ataupun exco yang negetif pula akan
menambah ketidak-yakinan masyarakat terhadap Kerajaan Pas. Bibit-bibit kerenah ini
telahpun ditegur oleh sdr. Tarmizi Mohd Jam dengan, pada pendapat saya, penuh
keikhlasan. Selain dari itu terdapat pula anasir-anasir yang ingin melihat
kembalinya UMNO memerintah Terengganu di dalam institusi-institusi kerajaan
seperti pejabat daerah, kebajikan masyarakat, penghulu dsb. Tindak tanduk mereka
ini akan membenamkan keperihatinan, malahan akan menyuburkan perasaan kecewa
rakyat, terhadap kerajaan Pas. Oleh itu, pembelaan JKKK akan lebih terserlah di
kalangan masyarakat. Dengan itu adalah diharap agar Pemimpin-pemimpin kerajaan
peka dengan akibat yang akan menimpa Pas dan mengambil segala betuk tindakan yang
boleh menggagalkan hasrat UMNO ini.

Jelas kelihatan bahwa JKKK yang dihidupkan semula itu merupakan penumbuk sulong
UMNO untuk merampas kembali pemerintahan mereka di Negeri Terengganu. Haruskah
kita mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan yang
mewujudkan senjata yang kelak akan membunuh kita?? Zakaria Dagang sungguh pandai
berjenaka!!
  Sekian, terima kasih.

   Watchdog "
 

--