TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

 

JSR PERLU BERGERAK AKTIF
Oleh: Cybertaliban.
 
 

JSR telah ditubuhkan secara rasminya untuk menjadi salah  satu jentera kerajaan untuk membangunkan masyarakat dalam segala aspek. Matlamat dan tanggungjawab yang dipertanggungkan keatas ahli JSR adalah bukan suatu yang mudah dan senang. Oleh itu perlunya ada komitmen yang tinggi setiap ahli JSR .

Tanggungjawab JSR adalah besar kerana unutk membetulkan keadaan masyarakat yang telah dirosakkan dan dilalaikan oleh kerajaan terdahulu. Apa yang perlu diingat oleh setiap ahli ialah tanggungjawab dan cara kerja JSR bukan seperti JKK, yang mana JKK dahulu hanya berebut mendapat jawatan untuk mendapat habuan untuk diri sendiri.

Apa yang perlu ditekan kan sekarang ialah untuk membangunkan masyarakat dari segi ilmu. Kalau penekanan hanya ditumpukan pada menambah tiang lampu, baiki padang bola, bina wakaf, membahagi tanah, maka apa yang berlaku adalah sama seperti pemerintahan UMNO dahulu.

Perkara kebendaan itu perlu tetapi apa yang dilihat sekarang tiada sebarang akktiviti atau program oleh JSR untuk menyatukan semula masyarakat. Kesabaran itu memanglah perlu kerana terdapat kalangan ahli masyarakat telah “berkarat” dan “telan beh(lencana UMNO)”. Jadi kalau tiada usaha kearah ini masyarakat akan terus seperti dahulu iaitu berpuak-puak.

Terhadap kewibawaan dan keilmuan ahli JSR, itu terserahlah kepada pimpinan atasan untuk memilih dan menentukan hala tuju penubuhan JSR. Jangan pula pemilihan hanya berdasarkan ‘ihsan’ kerja kuat masa pilihanraya tanpa factor-faktor lain.

Tentu terdapat biro-biro Ugama, Pelajaran, Sukan, Tanah, Kebajikan dan beberapa lagi. Biro-biro ini perlu bergiat cergas dalam masyarakat dalam menangani segala masalah dan seterusnya merangka program yang perlu.

Penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat adalah salah satu cabang perkhidmatan JSR , bukan bila tertubuhnya Pusat Khidmat Masyarakat, maka JSR hanya perlu menunggu pengaduan. Kerana perlu diingat kita ingin membetulkan masyarakat yang telah dihanyutkan bertahun lamanya oleh UMNO. Ini bukan kerja goyang kaki seperti JKK.

Bancian perlu dibuat untuk mengentahui status penduduk dari segala segi supaya aktiviti dan perancangan boleh dibuat secara lebih kemas dan mmenyeluruh.
 

Cybertaliban.