Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU KITE

Kemenangan PAS untuk menubuhkan kerajaan bukanlah satu yang mengejutkan sebenarnya. Ini adalah kerana bibit-bibit awal
kemenangannya telahpun di tunjukkan dalam keputusan pilihanraya 1995 di mana BN menang banyak kawasan dengan
majoriti tipis sahaja iaitu kurang di 1000 undi.

Jadi silap "kerok" sikit kata orang T'ganu, Jawatan YB sudah boleh tukar tangan. Namun begitu yang
amat mengejutkan ialah cara kemenangannya iaitu dengan menyapu bersih 28 dari 32 kerusi DUN. "Ayoh
Wang" pun disentap sekali dan bukan terduduk lagi tapi terlentang dan terkangkang dibuatnya. Dan yang
kalah itu pun amatlah tipis majoritinya.

Ada yang menang kerana undi pos sebab dekat kawasan Kem Askar seperti DUN Seberang Takir. DUN Telemong pula
adalah kawasan hulu macam Gua Musang kat Kelantan.

Di Besut pula, apa yang mengejutkan ialah orang - orang kuat UMNO, samada Pak Menteri dan Bekas Pak Menteri yang
dikatakan kuat hilang dibawa arus ombak pantai yang terlampau deras. Saya dikhabarkan di satu "polling station" tu, undi untuk
Tengku Mahmud Mansor, Timb. Menteri Pertanian hanya 1 (satu) saja. Orang - orang di sana amat hairan siapakah yang
masih lagi sudi mengundi untuknya.

Sudah habih buat penilaian, maka mereka berpendapat bahawa undi itu mungkin datang dari seorang cina
yang tinggal dalam kawasan kebun getah yang dikatakan amat baik dengan bekas YB tu.

Satu lagi menarik untuk difikir dan ditimbang-timbangkan ialah kedudukan undi negeri Pahang adalah hampir sama dengan apa
yang dialami oleh Terengganu pada tahun 1995.

Pada kali ini pihak BA menang 8 kerusi dari 38 kesemuanya. Tapi, majoriti undi DUN yang kurang dari
1000 ada 12 semuanya. Jadi, sekiranya pada pilihanraya depan, BA dapat mengekalkan semua kerusi itu
dan kerja kuat sikit untuk 12 kerusi yang berpotensi itu, maka kita akan lihat satu lagi Menteri Besar yang
akan hilang jawatan dan pergi bersembunyi di dalam hutan negeri Pahang yang tebal itu.

Ini tidak mustahil dgn adanya kehendak Allah, dan bertambahnya undi dari generasi baru dan para pengundi yang tak layak
mengundi hari tu.

Berbalik kita pada isu Terengganu, tak dapat dinafikan dan banyak yang memperkatakan bahawa negeri "Teganu Kita" akan
menjadi perhatian ramai dalam dan luar negara. Bagi BA, mereka mengharapkan kejayaan dan bagi BN pula, mereka
menunggu dan berdoa kepada kegagalan. Isu yang utama yang akan menjadi bahan penelitian ialah PEMBANGUNAN fisikal.
Itulah yang selalu dimainkan oleh BN dan kita dapat lihat kat Kelantan pada musim-musim lepas.

Itu lumrah kerana itulah yang boleh nampak di mata. Jadi, kepada Kerajaan T'ganu, kita berharap mereka
tidak lupa perkara ini dan jangan duduk sibuk dengan perkara remeh - temeh yang selalu ditimbulkan oleh
media k'jaan pusat. Kelantan tak boleh nampak membangun kerana tak ada ongkos.

Tapi, negeri T'ganu tak ada alasan untuk tidak membangun. Tunaikan segala janji yang diberikan dan
amalkan "Membangun Bersama Rakyat" seperti yang dilaung - laungkan sebelum ini. Apakah projek
pembangunan yang dapat dirasakan oleh rakyat??..Fikirkan dan mintalah pendapat yang profesional.

Saya rasa jika kerajaan negeri dapat membina satu lebuh raya dari Kuantan ke KT yang bebas tol..maka terdiamlah BN dan
habis modal mereka untuk bercakap.. Ini tak mustahil kerana pelaksanaanya boleh dijalankan secara berperingkat-peringkat
dengan peruntukan royalti minyak. Secara kasarnya, setahun buat 50 - 60 km sahaja cukuplah.

Kalau menang sekali lagi buat dari KT ke Kelantan pulak..Selain dari itu, perbanyakkan projek
rumah-rumah murah dan hendaklah buat kajian dulu sebelum perlaksanaannya. Jangan main hentam
saja..nanti orang tuduh membazir pula. Rakyat T'ganu bukannya ramai sangat. Kita sama-sama
lihat..insyaalah...

Halim Idris
Anak Rantau Terengganu
11 DISEMBER 1999