TERENGGANU DARUL IMAN 
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

                   TERENGGANU HARAP JAJARAN BARU LEBUH RAYA
                   PANTAI TIMUR
 
 
 
              Kerajaan Terengganu
              sedang menunggu Kementerian Kerja Raya mengemukakan jajaran
              baru untuk projek Lebuh Raya Pantai Timur, kata pengerusi
              jawatankuasa pembangunan ekonomi, petroleum, industri dan
              sumber manusia negeri Haji Mustafa Ali.

              "Kami telah menemui Menteri Kerja Raya Datuk Seri S.Samy Vellu
              dan mereka berjanji untuk mengemukakan jajaran baru secepat
              mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar
              peluang pelaburan dan industri di Terengganu di sini Sabtu.

              Perbicangan itu telah berlangsung dua bulan lepas, katanya ketika
              ditanya mengenai kemajuan projek itu.

              Mustafa berkata tidak timbul sebarang masalah tentang
              pengambilan tanah. Projek bernilai RM2.8 bilion itu ialah antara
              Karak di Pahang ke Chendering di Terengganu, sejauh 338km.

              Mengenai tindakan kerajaan PAS Terengganu menamatkan khidmat
              4,000 ahli jawatankuasa 400 masjid di seluruh negeri, beliau
              berkata ia sebagai proses penyusunan semula.

              "Sebab dulu jawatankuasa ini ditentukan oleh pesuruhjaya dan ahli
              majlis atau kerajaan sahaja, sekarang ini lebih demokrasi, iaitu
              terbukakepada ahli masjid untuk membuat cadangan kepada
              kerajaan," katanya.

              Mustafa berkata kerajaan sedang mengatur perjumpaan bagi
              proses pelantikan jawatankuasa masjid yang baru.

              Akhbar hari ini melaporkan bahawa tempoh anggota jawatankuasa
              400 masjid itu yang dilantik semasa Barisan Nasional memerintah
              Terengganusepatutnya tamat pada Jun 2001. -- BERNAMA