TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

 

MAHATHIR HAMPIR BERJAYA

    Sebelum berlakunya peristiwa rompakan senjata
DiSauk kita didedah dan terdedah dengan pelbagai
isu nasional.Isu-isu tersebut telah membuka matahati
rakyat dari pelbagai lapisaan  masyarakat,rakyat ketika
itu semacam sudah hilang keyakinan terhadap kewibaan
Umno serta kerajaan BN.
Kerajaan BN serta Umno hampir Lumpuh didalam
menghadapi isu-isu yang tercetus.Kerana setiap
perkara yang ditimbulkan dapat diolah dengan
baik oleh BA.Antara isu besar yang ditimbulkan mutakkir ini
ialah:-
       -     PAS Pemecah belah Masyarakat.
        -    Perpecahan Melayu
        -    Kes Ketua Hakim Negara
        -    Pendedahan Bekas Ketua Pengarah BPR.
Isu PAS pemecah belah telah disahut oleh pemimpin PAS
supaya diadakan satu Muzakarah bagi mencari satu penyelesaian.
Pemimpin bersedia dan amat bersedia dalam apa jua bentuk
sekali pun supaya pihak kerajaan khususnya JAKIM
mengambil satu daya usaha menganjurkan satu Muzakarah
didalam mencari titik bengik punca masalah tersebut.Namum
sehingga hari ini tiada riak pun dari pehak kerajaan mengambil inisiatif
didalam mencari penyelesaian.
Ada beberapa mufti telah memberi kesanggupan untuk menjadi orang tengah
didalam menganjurkan Majlis Muzakarah tersebut.
Malah satu majlis muzakarahyang pernah diadakan antara IKIM dan
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang satu ketika dulu tidak pernah
didedahkan kepada masyarakat..
Hatta ketika muktamar {PAS ke-46 yang baru lalu Presiden PAS
YB Dato' Fadhil Mohd Nor masih menyatakan kesanggupan
untuk bermuzakarah Dengan Umno.Namum tiada sedikitpun
jawapan dari Umno.(adakah umno tidak bersedia atau umno
membuat tuduhan melulu tanpa berpaksikan landasan islam)
        Kemudian Umno cuba mengheret raja-raja melayu
dengan megharapkan raja-raja melayu campur tangan
dalam menyelesaikan perpecahan melayu,namum tiada
reaksi dari raja-raja melayu kecuali Sultan sebuah negeri sahaja
yang ada membuat sedikit ulasan.Inipun diketahui umum yang
sultan tersebut adalah satu satunya sultan yang memberi esset
besar kepada Umno.Sebenarnya sultan dan Raja Melayu
masih ingat ketika Umno inilah dulu yang langsung
tidak menghormati merekla dahulu.Umnolah yang mengaibkan
raja raja melayu satu ketika dulu.

     Selepas itu rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan
kes Ketua hakim negara yang melancung keluar negara dengan
seorang pesalah yang masih dalam pebicaraan beliau.
Tiada sedikitpun ulasan dari pemimpin  Umno,kecuali
Rais Yatim itu pun difahamkan beliau telah dimarahi
oleh Mahathir...
       Yang terakhir ialah kes pendedahan bekas
ketua pengarah BPR dimahkamah tentang arahan
supaya BPR tidak meneruskan penyiasatan
terhadap Ali Abu Hassan.Isu ini amat mendapat
tempat dihati rakyat.Pemuda KeAdilan telah
menjelajah keseluruh negara mendedahkan perkara ini.
Malah banyak lapuran polis telah dibuat.
Begitu juga dengan Pemuda PAS telah membuat
lapuran Polis di Bukit Aman.Desakan supaya Mahathir
ditangkap dan didakwa berkumandang disana sini.
mahathir mula panik umno membisu.Pemuda umno
semakin layu dan lesu.Isu ini amat menikam umno.
Musuh Mahathir didalam Umno bertepuk tangan.
         Malaysia bagaikan dilanda serangan bom Atom,
apabila isu Sauk melentup.Saya tidak mahu memokuskan
kepada isu tersebut,kerana bagi BA mereka telah
mengeluarkan kenyataan yang yang jelas.Tapi apa yang
hendak saya nyatakan disini segala isu besar
yang tercentus diatas tadi hampir pupus, apabila
semua pemimpin BA sentiasa mengeluarkan kenyataan
tentang peristiwa Di Sauk.Boleh dikatakan semua pemimpin
BA tertumpu kepada isu Sauk.Hilang lenyaplah isu -isu negara
yang laungkan selama ini.Malahan saban hari laman web pro
reformasi menyiarkan berita tentang Sauk.
disini menunjukkan Mahathir berjaya mengalih isu isu
yang menyerang Umno dan Bn.Hari ini pula beliau
cuba mengaitkan PAS dan Pertubuhan yang terlibat diSauk.
Seandainya pemimpin melenting dan cuba menjawab perkara
perkara ini,Mahathir semakin berjaya,kerana PAS dan BA
tidak lagi menyerang beliau dalam isu BPR.
 

catatan:
Tentera Panji Hitam.