Make your own free website on Tripod.com
BN ceroboh kemerdekaan rakyat: Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan mengajak rakyat Malaysia memikirkan erti kemerdekaan yang sebenar.

"Kemerdekaan menjadi tidak bermakna bagi rakyat apabila sebuah kerajaan seperti BN mengoreantasikan kezaliman, penindasan, penyelewengan, korupsi, kronisme, kolusi, nepotisme, salah guna kuasa, salah laku dan sandiwara dalam pentadbirannya," kata Mahfuz Omar.

Sambil merakamkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana dapat menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-43 dalam keadaan harmoni, Mahfuz bagaimanapun mengingatkan bahawa kemerdekaan rakyat yang diwakili oleh institusi seperti kehakiman, undang-undang, hak asasi manusia dan kebebasan telah dicerobohi sehingga ia menjadi penghinaan kepada sistem demokrasi di negara ini.

Kemerdekaan sebenarnya adalah apabila rakyat telah membebaskan diri daripada penyembahan dan ketaatan terhadap sesama manusia kepada ketaatan dan pengabdian diri kepada Allah, ujar beliau.

"Sepanjang 47 tahun merdeka, Kerajaan BN masih lagi belum mampu untuk mencernakan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka sepenuhnya. Pelbagai pencerobohan dan pencabulan terhadap kebebasan rakyat yang dilakukan oleh BN telah mengikis nilai-nilai merdeka yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat negara ini," tambah beliau.

Beliau menyeru kerajaan menghargai sumbangan dan perjuangan pasukan keselamatan serta para ulama' yang mencetuskan semangat kemerdekaan pada zaman penjajahan.

Begitu juga, nikmat kemerdekaan hanya boleh dihargaiu apabila seluruh ruang demokrasi dimanfaatkan untuk mempastikan segala anasir kezaliman yang ditaja oleh BN dijatuhkan, katanya.