ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Penulisan mama dikali ini tidak menceritakan pengalaman mama mengikuti mana mana aktiviti program reformasi. Mama mengambil peluang menulis untuk menceritakan keadaan semasa, suasana/keadaan berasaskan kepada penglihatan dan pendengaran mama terhadap isu isu semasa dan permasaalahan yang di rasai oleh segelintir dan mungkin juga kebanyakan rakyat Malaysia Boleh terkini.

Apa yang mama akan paparkan nanti lebih kurang ada sedikit persamaan dengan artikel Wak Amin Sapiro yang mama kagumi kerana beliau begitu gigih memperjuangkan kebenaran melalui keberanian , keihklasan beliau memaparkan penulisan beliau melalui internet untuk direnung dan di analisa oleh kita semua. Tahniah Wak dan teruskan perjuangan mu untuk kesedaran kita.

Walaupun mama tidak pandai berkarya sepertimana Wak kerana mama pernah nyatakan dahulu yang mama tidak minat untuk berpolitik dan juga tidak mempunyai background sebagai penulis, adalah menjadi tanggungjawab mama untuk bersama menegakkan kebenaran dan keadilan dengan apa cara jua. Sekiranya terdapat kesilapan dan terkasar bahasa didalam penulisan mama sila ma'afkan. Luahan yang ditulis adalah luahan suara rakyat terkini bukan luahan suara mama seorang.

Pada dzahirnya sememangnya kehidupan di bumi Malaysia Boleh ini kelihatan aman damai, mewah dan tidak nampak cacat celanya. Hakikatnya itu adalah gambaran luaran Malaysia Boleh di mana kelihatan rakyatnya hidup rukun aman damai. Disini mama hanya akan paparkan secara ringkas berhubung dengan permasaalahan dalamam yang dirasai, di tanggung di alami dan di deritai oleh sebilangan rakyat Malaysia Boleh.

Perso'alannya adakah pihak atasan terutama pentadbir negara, bapak bapak menteri, pembuat dasar, tan sri, dato' datuk dan Yang Berhormat Yang terhormat sekelian sedar dan dengar apa rintihan rakyat jelata yang hina dina ini? Pada firasat mama mereka semuanya tidak merasai penderitaan, kesengsaraan kita sebabnya mereka sudah kaya raya dan segala pembiayaan terutama yang bertugas dengan/dan untuk kerajaan ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya.

Harga minyak naik, adakah mereka merasa kesan akibat kenaikan harga tersebut?....tentu tidak sebabnya boleh reimburse/claim. Segala maintenance kenderaan dan kediaman rasmi ditanggung oleh kerajaan. Pembayaran bil air, api, talipon..boleh claim. Pelbagai kemudahan yang mereka perolehi, selain daripada gaji pelbagai elaun mereka sapu..jadi aku peduli apa pasal orang lain...pergi mampus.

Jadi dalam keadaan sekarang mereka tidak kisah kalau harga barangan naik sebab mereka tidak merasa keperitan sepertimana yang kita alami. Mereka tidak peduli kalau kita kebuluran. Sememangnya Malaysia Boleh bermegah dengan projek projek mewah, bangunan bangunan yang mencakar langit, 'shopping complexes'yang bertaraf 5 star,' cafe walks' yang bergemerlapan di Jalan Bukit Bintang silap haribulan terasa macam duduk di New york...tetapi adakah itu semua memberi menafaat kepada kita semua rakyat yang hina dina ini?...JAWAB!

Kita lihat sekarang betapa susahnya kehidupan rakyat terutama yang bergaji kecil, orang orang kampung, ibu tunggal. Usahkan mereka, dibandar Kuala Lumpur ini pun yang menjawat jawatan executive ke manager ke pun merungut, merintih dengan keadaan sekarang di mana memaksa mereka melabur dengan hutang bukannya saham ialah untuk terus 'survive'. Harga barangan semakin naik, nilai wang semakin kecil, sebagai contoh tempoh hari harga satu tin sardine RM1.50 sudah pun meningkat melebihi RM2.00.Itu baru harga satu barang yang dikategorikan termurah, belum lagi harga barangan/makanan yang lain. Mama sedih melihat perjalanan kehidupan sekarang, mama banyak mendengar rintihan kawan kawan mama dan orang ramai. Sayangnya mama bukan seorang Yang Berhormat yang dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Keadaan mama sendiri pun terumbang ambing di dalam menempuh arus gelombang kehidupan ala Malaysia Boleh.

Mama masih terdengar rintihan seorang kakak yang mama berjumpa di sebuah bank, seorang kakitangan kerajaan merungut tentang kenaikan harga barang dan tambang bas, anak anak beliau ramai, setiap hari keluar belanja RM 50.00, itupun tidak mencukupi..hendak mengharapkan kenaikan gaji tidak setimpal yang dapat, tambang bas itu hari tidak sampai RM1.00 sekarang sudah melebihi RM1.00. Juga mama terdengar rintihan rakan rakan executive dan manager di Syarikat Swasta tentang kehidupan mereka yang kadangkala terpaksa kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Itu rintihan segelintir rakyat yang tinggal dibandar, apa hal pula dengan rakyat yang di kampung yang bekerja sebagai petani/nelayan. Hendak menjadi petani,..tiada tanah..dikebas oleh kerajaaan untuk buat projek..silap teroka tanah dituduh penceroboh pula.Kemana dan dimana lagi hendak dituju untuk mendapatkan sesuap nasi dan menyara keluarga. Silap haribulan berbalik kepada zaman Jepun..makan ubi kayu rebus dan minum air sejuk sahaja untuk survival. Salah siapa fikirkanlah dan JAWAB!

Juga mama sedih dengan keadaan anak bangsa kita 'melayu'. Terdapat anak anak melayu yang berkelayakan untuk melanjutkankan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, tetapi disebabkan kebanyakannya telah diswastakan, hajat mereka terbantut, bukan semua mereka ditawarkan biasiswa atau mendapat pinjaman.(ini satu bab lagi ...siapa kenal siapa). Sekiranya keluarga mempunyai tanah bolehlah dijualkan dan lepas itu merepat. Semasa mama belajar dahulu rasanya dapat juga merasa sedikit sumbangan daripada tempat belajar, hostel free dan makan pun ditanggung oleh mereka. Macamamana melayu hendak maju sekiranya bangsa melayu sendiri tidak hendak menolong bangsa sendiri.Fikirkanlah dan siapa yang salah...JAWAB!.

Mama mimpikan kehidupan yang lampau, rasa sungguh bahagia. Semakin umur meningkat , rasanya semakin perit kehidupan terutama apabila keadaan sekarang, semuanya bergantung kepada wang. No money no.......talk/eat /drink/piss-off/outings... so better lock yourself inside the house or the cell. Wang dan kuasa adalah segala galanya di era It dan globalisasi ini.........extremely competitive world.

Tengok kepada projek mega yang semuanya'MAHA' bukan main megahnya tetapi kehidupan rakyat semakin tertekan dan menderita bukannya bertambah senang.Sebab itu kita lihat sekarang ini ramai orang sakit jiwa .Sepatutnya kita membendung/menghindar penyakit tersebut di peringkat awal bukannya menggalakkkan untuk pergi bermastautin di pusat pusat peranginan sakit jiwa sepertimana yang diumumkan semasa budget 2001....Salah siapa ? JAWAB!....Begitu juga dengan kes rogol,jangan salahkan rakyat, yang mengajarnya siapa?..di sebabkan kemodenan hidup, kecanggihan segala emak bapak sistem, media massa, tempat tempat hiburan, segala emak bapak 'E',dan soal agama diperlecehkan.Siapa yang menggalakkan siapa...JAWAB!

Begitu juga dengan projek pembangunan, berapa kerat anak bangsa Melayu yang berjaya,macamana hendak berjaya ...as what I did mention above...no money no project. Mama pernah dihubungi oleh seorang kontraktor melayu merungut betapa sukarnya untuk dapat projek. Mama syorkan supaya berbuat baik dengan Yang Berhormat BN..di jawabnya macamana hendak minta tolong, belum apa apa sudah di minta habuan pendahuluan. .faham faham lah. Jadi kalau bercakap bab rasuah pula, mengapa terjadi begitu berleluasa tidak perlu dihuraikan sebab musabab...Siapa yang mengajar siapa.. fikirkanlah..dan JAWAB!

Walaupun Mama bermastautin di negeri lain, hakikatnya mama adalah anak jati Negeri Trengganu( satu daerah dengan YAB Ayah Cik Haji Hadi). Mama sungguh kecewa dan sedih apa yang dilakukan terhadap Negeri mama. Kesilapannya Negeri mama terletak di sebuah negara yang serba boleh di buat, maka jadi mangsa lah negeri mama. Jadi di sini mama syorkan kepada Kerajaan PAS Terengganu mengutip balik bayaran tol dan cukai pintu/tanah dan tukarkan kepada panggilan 'KUTIPAN WANG EHSAN'. Tidak salah rasanya, walaupun pada asalnya dihapuskan untuk menunaikan salah satu syarat yang terkandung dalam manifesto PAS. Yang mengajar kita berbuat demikian siapa?.. yang mengajar kita mungkir janji ..siapa? yang mengajar kita pandai putar belit..siapa? yang mengajar kita biadap,...siapa...JAWAB!....

Jadi di sini mama berharap agar rakyat Terengganu janganlah marah dan menuduh PAS yang bukan bukan, lagipun manifesto tersebut tidak boleh dianggap sebagai kontrak kerana tidak 'ditandatangani' perjanjian diantara rakyat dengan kerajaan PAS. Alangkan yang ada kontrak pun boleh diputarbelit dan dimansuhkan inikan pula hanya janji mulut. Wahai Rakyat Terenganu berfikirlah secara waras, dalam keadaan Kerajaan PAS sekarang ditekan/ditindas, kita sepatutnya bangkit membantu kerajaan yang baru wujud bukannya mencari kesilapan dan sekiranya terdapat kesilapan berilah teguran yang membina. Apa jua yang akan di laksanakan oleh Pas adalah untuk kebaikan kita semua...HIDUP TERENGGANU DAN TERENGGANU BOLEH.

Anak anak mama semua bersabarlah dan berdo'alah kepada ALLAH s.w.t. semuga kehidupan kita dan anak cucu kita nanti diredhai Nya dan walaupun keadaan kita semakin tertekan kuatkan semangat juang, usaha dan usah gentar menempuh apajua dugaan yang melanda..Insya'allah..kemenangan akan berpihak kepada yang benar dan adil.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

Wassalam

MAMA
Sg.Buloh.