Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

MANA ULAMAK UMNO

Maka heboh seluruh negara bahawa Nik Aziz telah mengeluarakan
fatwa sesat yang mengatakan suara wanita adalah aurat dan
tidak boleh dilunakkan dikhalayak ramai. Apabila yang dikatakan
bukan satu yang mutlaknya haram, tetapi sekurang-kurang ia termasuk
dalam bab khilafiah. Jika ia adalah khilafiah, maka tidak ada
pihak yang berhak mengutuk Nik Aziz, itu hanyalah pendapatnya
mengikut kaedah fekah. Apa yang berlaku, pihak UMNO dengan
bantuan akhbar cuba menggambarkan seorang yang tidak waras.

Apa yang perlu dibuat ialah kita masing-masing membuka kitab-
kitab fekah dan perbetulkan perkara hukum suara wanita dalam
pandangan Islam. Sebenarnya, dari satu sudut fekah, pandangan
Nik Aziz bukan secara mutlak salah. Dalam fekah mazhab
Syafie sendiri menganggap seluruh anggota badan wanita adalah
aurat. Sebab itulah terdapat wanita Islam yang memakai purdah.
Nasnya memang ada dan cukup kuat. Hanya ulama-ulama yang
pro-UMNO yang berperangai samseng menghentam Nik Aziz,
sangatlah jahat mereka itu.

Perkara suara wanita, termasuk soal khilafiah, maka
perkara kecil tak perlu dipolitikkan dan dihebah oleh
akhbar dan media massa kerana kita boleh merujuk kepada
kitab-kitab fekah. Apa yang disebut dalam kitab-kitab
maka begitulah hukumnya. Suratkhabarlah yang memainkan
peranan mengelirukan orangramai.

Tetapi perkara yang lebih jelas, yang tidak ada khilaf
padanya ialah hukum wanita Islam MENUTUP AURAT tidak
diperbesar-besarkan oleh UMNO. Mereka pentingkan sangat
perkara kecil sehingga mahu mengaibkan peribadi Nik Aziz.
Kenapa ulama UMNO tidak nampak perkara yang terang-terang
adalah haram, pembaca berita wanita Melayu dalam TV3 TIDAK
menutup aurat??? Kenapa mereka begitu ghairah menyerang
Nik Aziz kerana dia melarang wanita masuk pertandingan
membaca Al-Qur'an. Sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya
TIADA SEEKOR pun ulama UMNO berani tampil ke depan untuk
mengutuk TV3 menyiarkan wanita Melayu tidak menutup aurat ?????

Inilah yang dikatakan ulama UMNO yang double standard. Nampak
sangat kesalahan orang lain, sedangkan dosa yang lebih besar
di depan mata mereka, mereka tidak nampak???

 PENULIS TAMU