ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
 

MB Selangor dijemput berkuliah agama di Kelantan

  KOTA BHARU, 21 Okt - Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo
  kemungkinan dijemput khas untuk menyampaikan kuliah agama di Kelantan
  termasuk di Masjid Pulau Melaka, dekat Kota Bharu tidak lama lagi.

  Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ustaz Buniyamin
  Yaakub berkata, beliau akan membuat cadangan itu kepada kerajaan negeri
  untuk membolehkan rakyat Kelantan mendengar kuliah agama yang disampaikan
  oleh Dr Mohd Khir.

  "Mana-mana Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini yang
  berminat untuk menyampaikan kuliah agama juga akan turut dijemput.

  "Langkah ini dibuat bagi mencerminkan sikap keterbukaan kerajaan yang
  berlandaskan Islam untuk membolehkan ilmu Islam disebarkan kepada seluruh
  rakyat di negara ini, tanpa ada hak sempadan," k! atanya di sini.

  Beliau yang begitu kesal dengan kenyataan Dr Mohd Khir yang berbau sentimen
  politik, memperlihatkan seorang pemimpin BN begitu terdesak dan ketandusan
  pemikiran sehingga sanggup mencabar kewibawaan ulamak.

  Katanya, kenyataan Menteri Besar Selangor yang masih baru itu dilihat
  bercanggah dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam yang dicanang sendiri
  oleh Umno.

  "Dia juga sepatutnya menghayati maksud al Quran surah Al Baqarah ayat 114
  yang bermaksud, 'Siapa lagi yang lebih zalim apabila menyekat orang lain
  menggunakan masjid untuk mengingati Allah'," katanya.

  Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamed Daud berkata, perkembangan
  terbaru yang belaku di Selangor, mencerminkan negeri berkenaan cuba menyekat
  syiar agama disebarkan kepada rakyat.

  Menurutnya, tindakan yang dilakukan kerajaan Selangor melalui Jais jelas
  sekali cuba menyekat syiar Islam yang semakin berkembang di seluruh negara
  seka! rang.

  "Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, mereka perlu mengh ayati ayat-ayat al
  Quran dan Hadis Nabi Muhamad saw mengenai kewajiban menyebarkan agama Allah.
 

  "Sepotong Hadis Nabi Muhamad SAW yang bermaksud, `Sesiapa yang
  menyembunyikan ilmu (agama) nescaya Allah membelenggu mulut mereka dengan
  api neraka," katanya.

  Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah, Belia dan Hal
  Ehwal Wanita negeri berkata, berdakwah adalah menjadi kewajiban kepada orang
  Islam biarpun berada di mana sahaja.

  Baru-baru ini, Jais menghantar surat kepada Menteri Besar Kelantan yang
  bertarikh 10 Oktober 2000 bagi melarang Nik Abdul Aziz berceramah agama di
  masjid dan surau seluruh Selangor.

  Larangan itu dibuat ekoran jemputan menyampaikan ceramah agama di Surau Al
  Husna, Taman Selasih Fasa 1 pada 15 Oktober lalu.

  Pada program tersebut sepatutnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan
  ceramah agama bersama Adun Gombak Setia, Dato' Ismail Kamus.

  Bagaimanapun Menteri Besar Kela! ntan hanya hadir pada majlis tersebut dan
  mengimami solat Maghrib, manakala ceramah hanya disampaikan oleh Dato'
  Ismail.

  Tuan Guru Nik Abdul Aziz mematuhi arahan Jais supaya tidak berceramah pada
  program tersebut biarpun hadir pada awalnya.

  Surat kontroversi tersebut ditandatangani Pengarah Jais, Haji Mansur Ramli
  yang turut dialamatkan kepada Menteri Besar Selangor, Setiausaha Kerajaan
  Negeri dan Ketua Polis Selangor.

  Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, isu yang berlaku terhadap
  Jais sekarang adalah sebahagian daripada fobio yang sudah lama menghantui
  jabatan agama berkenaan.

  Katanya, sikap takut kepada bayang-bayang sendiri begitu sukar ditepis
  sehingga mereka mengambil tindakan di luar perhitungan waras dan tidak masuk
  akal.

  "Sepatutnya sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama
  mereka perlu bersikap liberal dan profesional dengan membenarkan syiar Islam
  berkembang di! negeri tersebut.

  "Pentadbir agama yang benar-benar ikhlas tid ak akan takut terhadap minat
  rakyat untuk mendalami ilmu-ilmu agama," tambahnya.

  Malah katanya, sekiranya ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan
  menyimpang dari al Quran dan Hadis, mereka boleh mengambil tindakan di bawah
  enakmen yang digubal sendiri kerajaan Selangor.

  Dr Pratap Singh seorang doktor pergigian di Kota Bharu menyifatkan
  perkembangan terbaru yang berlaku di Selangor adalah sesuatu yang
  menyedihkan terhadap umat Islam di negara ini.

  Katanya, mereka tidak sepatutnya menyekat syiar Islam yang sedang berkembang
  sekarang.

  "Perkembangan terkini yang berlaku dilihat pemimpin kerajaan Selangor
  seperti tidak mendapat hidayah dari Tuhan," ujarnya.

  Seorang kakitangan kerajaan yang enggan dikenali berkata, kerajaan BN
  sekarang tidak sepatutnya menggunakan polis untuk menakut-nakutkan rakyat
  yang sedang dahaga kepada ilmu-ilmu agama.

  Katanya, larangan kerajaan Selangor terhadap Menteri Besar ! Kelantan
  berceramah agama di Selangor memperlihatkan unsur-unsur sekular yang
  bertapak kukuh di Turki sekarang sudah menjalar ke negara ini.

  Sementara itu, pejabat Menteri Besar Kelantan menghantar surat balas kepada
  Jais yang dialamatkan kepada Pengarahnya hari ini.

  Surat tersebut ditandatangani Setiausaha Sulitnya, Nik Mohd Azlan Abdul
  Hadi.