MEMO: UMNO 2000 UNTUK DIJUAL? – Dapatkan Sekarang!

Seperti kata Ahli Parlimen PAS Parit, Ustaz Mohd Basir Rahmat dalam interbiu ringkas bersama Editor isu_malaysia@hotmail.com, Tarmizi Mohd Jam dalam majalah ini menyebut; “Dr. Mahathir telah berjaya membawa Umno jauh menyimpang dari landasan asal perjuangan asal. Tidak sebagaimana dulu, Umno kini kelihatan muflis dari segi idea perubahan dan pembangunan ummah.

Tambah menarik lagi, anak Parit yang berjaya “membenamkan” Menteri Hal Ehwal Pengguna, Datuk Megat Junid Megat Ayub dalam pilihanraya penuh bersejarah lalu, menyifatkan: “Dalam kamus Umno sudah tidak ada rangka kerja yang sesuai untuk dijadikan model pembangunan rakyat. Kamus terkini Umno dipenuhi istilah-istilah kronisme, nepotisme, rasuah, politik wang, penyelewengan, salahlaku, keruntuhan akhlak moral, gejala social”.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan oleh beliau setelah menganalisa perkembangan terkini Umno dan setelah memerhati secara serius perhimpunan parti itu Mei lalu, Umno 2000 hari ini telah mengumpul hampir semua istilah “pemusnah” yang wujud dalam dunia sebenar dijadikan “idola” dalam perjuangan mereka.

Dalam satu halaman lain, Muhamad Naim menulis ketika mengulas sikap Musa Hitam yang dilihat berani dan masih mengkritik secara sinis Dr. Mahathir mengakhiri tulisannya; “Mereka takut. Mereka khuatir. Mereka bimbang. Kepada Sang Presiden, Mahathir Mohamad yang jelas akan menghalang sesuatu yang menyanggah keinginannya!”.

Makalah isu “Memo: Umno 2000 Untuk Dijual?” adalah satu-satunya kupasan tajam yang diterbitkan sejurus selesainya perhimpunan agung Umno Mei lalu. Banyak pandangan dan kritikan berbentuk “pandangan kedua” mampu memberikan gambaran jelas terhadap masa depan Umno yang masih berada di bawah kepimpinan Mahathir Mohamad sekalipun bertimbalankan Pak Lah.

Antara penulis-penulis yang turut menyumbangkan “pandangan kedua” mereka sama ada secara langsung ataupun tidak, telah menggarap isu masa depan Umno ini secara tekun, tambah, berani dan berterus-terang. Mereka adalah penulis barisan depan politik tanahair kita seperti Ahmad Lutfi Othman, Hisyamuddin Rais, Fathi Aris Omar, Daud Ibrahim, Mohd Nasir Awang, Roslan SMS, Ann Wan Seng, juga beberapa kutipan penulis “asing” yang turut memperihalkan citaras yang sama seperti Gerry Roberts dan Joseline Tan.  Sementara Ibnu Muslim yang memberikan ulasan tajam terhadap “kebimbangan” para wartawan dan intelek dalam negeri dan luar negeri  berkenaan survival Umno yang kian tempang dan kanser, amat perlu diperhatikan.

Hisyamuddin menyifatkan Umno hari ini sudah ketagih dadah jenis “rasuah” yang tidak mungkin boleh dipulihkan di Pusat Serenti. Ahmad Lutfi pula melihat perhimpunan agung Umno yang baru lalu sebagai “medan baru” pertembungan, percakaran dan perpecahan yang tiada noktah. Umno katanya pasti akan terus bergelora selepas Mei 2000 itu.

Fathi Aris pula memberitahu: “Sebenarnya sudah terlewat jika sekarang Umno hendak mendekati dan mmepengarui genari muda. Parti itu sendiri nampaknya gagal mengetenaghkan tokoh-tokoh  pemimpin muda yang berkaliber.”
Beliau meramlkan anak-anak muda Melayu kelahiran selepas merdeka adalah “bom jangka” pada Umno  pada masa depan. Sudah 20 tahun dakwanya, Umno membiarkan genarasi muda kita “terumbang-ambing”.

Analisis Joseline Tan, penulis New Straits Time yang berani mengajak Umno pimpinan Mahathir merenung ke dalam diri, bermuhasabah dan membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Beliau turut bertanya, adakah Umno cukup bersedia dengan analisis yang sebegitu kritikal dan mendalam ke dalam diri Umno itu sendiri?

Makalah isu “Memo: Umno 2000 Untuk Dijual?” patut dimiliki oleh semua peminat dan pendokong politik Barisan Alternatif mahupun Barisan Nasional. Kritikan pedas dalam makalah ini tidak menghalang ahli dan penyokong Umno turut mendalami persoalan yang dibawa.

Hanya Rm4.80 sen senaskah, dari seorang editor yang prihatin dalam “membaca” pertembungan politik Umno di tanahair kita. Jika belum mendapatkannya, hubungi untuk pesanan melalu emiel: isu_malaysia@hotmail.com pada kadar segera.