TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

NGO TERENGGANU MILIK UMNO KE ?

Bernama melaporkan hari ini, 21 Ogos 2000 jam 6.59 petang, bahwa sebanyak 32 NGO seluruh Terengganu mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Bangunan UMNO Terengganu dan menyerahkan memorandum bantahan terhadap isu “ Menghapus Hak Keistimewaan Melayu ”  kepada  Datuk Idris Jusoh, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Terengganu. UMNO Terengganu tak berminat ke ? dan bila pula NGO Terengganu jadi milik UMNO ?

Saya pecaya majoriti orang Melayu, dan UMNO sendiri sedar bahwa ia telah kehilangan sokongan orang Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO mengambil kesempatan ini, beria-ia menonjolkan diri mereka sebagai pembela orang Melayu. Tanyalah diri kita sendiri benarkah UMNO membela orang Melayu ? Segelintir kroni dan suku-sakat pemimpin, adalah !! Bukan setakat membela sahaja, malahan membela (pelihara). Manakala, majoriti Melayu dipinggirkan UMNO.

Lagipula, mengapa yang kita risau sangat tentang cadangan Dato’ David Chua hendak menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Ianya termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Jika hendak dipinda, dihapus ia memerlukan persetujuan 2/3 daripada Ahli Parlimen. Lebih dari separuh Ahli Parlimen kita hari ini terdiri daripada kaum Melayu. Samaada mereka dari UMNO, PAS, Keadilan, -- yakinlah bahwa mereka tidak akan memusnah bangsa mereka sendiri, justru, jika ada cadangan untuk meminda Perlembagaan  berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu, ianya akan tetap gagal. Lainlah kalau UMNO, untuk mengambil hati parti-parti komponen dalam BN, Presiden mereka mengarah semua Ahli Parlimen UMNO menyetujui dengan usul tersebut. Bersandar kepada bantahan demi bantahan oleh UMNO sepertimana tersiar di dalam media cetak dan elektronik, ini tak mungkin berlaku. Jadi, apa nak bantah lagi ?

Pada pendapat saya banyak perkara hak asasi lain seperti kebebasan bersuara, berkumpul secara aman, kebebasan media, yang semuanya termaktub di dalam Perlembagaan dan telah dicabuli oleh Pemerintah hari ini, yang NGO perlu membantah. NGO-NGO negeri lain sentiasa sahaja membuat bantahan-bantahan terhadap perkara sedemikian. Kepada    semua ahli NGO yang berhimpun itu, berhati-hatilah di dalam tindakan saudara agar ianya tidak disalah-anggap sebagai memihak kepada mana-mana parti politik. NGO-NGO itu nampaknya telah diperalatkan oleh UMNO untuk kepentingan pemimpin-pemimpinnya sendiri. Bantahan demi bantahan akan menyemarakkan api perkauman di Negara Malaysia tercinta ini. Mahukah kelak saudara dituduh sebagai agent pencetus pergaduhan kaum ?

Sekian, terima kasih.

Watchdog.