Make your own free website on Tripod.com
 


ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU



Rasuah Dan Badan Kehakiman
(MGG151: Corruption And The Judiciary)

Tun Eusoff Chin sudah berada di ambang persaraannya. Dia akan melepaskan jawatan yang dipenuhi dengan pelbagai kisah korupsi dalam badan kehakiman negara. Inilah kisah yang tidak mampu dinafikannya walaupun dia pernah berbohong mengenai pecutiannya dengan seorang peguam kesayangannya bernama Dato V.K. Lingam. Malahan dia sanggup duduk mengadili kes yang diuruskan oleh Dato' Lingam. Setelah perkara ini diketahui umum dia telah mengumumkan keputusan pengadilannya mengenai satu kes yang menyerlah membabitkan Dato Lingam dan seorang anak guamnya. Sedangkan kes itu pernah diperamnya selama 28 bulan.
 

Badan kehakiman itu adalah laksana ikan yang busuknya bermula daripada bahagian kepala. Ikan yang busuk di Kamar Ketua Hakim Negara akhirnya terus menular kepada kamar para hakim yang ada. Apabila Badan Pencegah Rasuah membuat siasatan ke atas Tun Eusoff, sepatutnya dia bertindak mengikut amalan seorang hakim yang bermaruah dan mementingkan kebebasan dan ketelusan badan kehakiman itu; dengan meletakkan jawatannya. Tetapi, Tun Eusoff Chin bukannya orang bermaruah seperti itu.
 

Seorang litigan dalam satu kes rasuah di mana Tun Eusoff hadir sebagai panel hakim dalam satu kes rayuan di mahkamah persekutuan, telah meminta beliau berundur daripada mengadili kes itu. Tun Eusoff enggan berbuat dimikian, jadinya si litigan itu pun enggan untuk meneruskan rayuannya itu. Tun Eusoff masih enggan menafikan segala pengataan yang dikenakan terhadapnya. Dengan itu adalah sesuai kalau kita katakan segala pengataan itu adalah perkara yang benar. Beginilah caranya bagaimana beliau secara bersendirian telah mengaibkan badan kehakiman itu ke tahap yang sungguh mengaibkan seperti yang dilihat sekarang.
 
 

Apabila Tan Sri Dzaiddin Abdullah menggantikan Tun Eusoff pada 20 Disember 20000, dia akan mengambilalih satu badan kehakiman yang sudah tercemar martabatnya, disebabkan kelakuan sendiri. Badan Kehakiman negara memang boleh dijual beli. Para peniaga boleh mendapatkan keputusan pengadilan mengikut selera mereka melalui pengunaan khidmat peguam yang sesuai seperti Dato Lingam yang mempunyai persahabatan dengan Tun Eusoff; yang bertaraf persahabatan yang penuh skandal. Kes Vincent Tan ialah salah satu contoh yang dimaksudkan. Mampukah Tan Sri Dzaiddin membersihkan segala kekotoran itu? Tidak mungkin . Masa yang ada untuk membersihkan segala kekotoran itu tidak pun sampai dua tahun. Yang paling penting yang mungkin dapat dilakukan mengikut harapan orang ramai ialah untuk memperbetulkan segala kerja bengkang-bengkuk yang ada. Tun Eusoff telah mengumpulkan hakim-hakim di sekelilingnya bukan disebabkan kepintaran dan kebijaksanaan mereka, tetapi kerana mereka menjamin kesetiaan kepadanya. Seorang hakim dilantik ke jawatannya kerana beliau pernah menjadi guru kepada V.K.Lingam semasa dia masih membuat latihannya. Adalah berpatutan kalau kita katakan, ramai yang menjadi hakim sekarang ini kerana mereka sanggup bergelumang dengan rasuah yang dilakukan oleh Ketua mereka itu.
 

Itu sebabnya seorang hakim mahkamah tinggi Dato Mokhtar Sidin, membiarkan seorang peguam menyediakan kertas penghakiman yang memihak kepada anak-guamnya. Namun belaiu telah dinaikkan pangkat menjadi hakim mahkamah rayuan. Mujur juga, Majlis Raja-Raja (MRR) telah bertindak menolak perlantikannya ke mahkamah tinggi. Jikah tidak beliau mungkin sudah menjadi Ketua Hakim sekarang.
 
 

Cerita pengadilan boleh dibeli itu, memang bukannya cerita baru. Tetapi, cerita pengadilan dinafikan adalah satu kisah lain pula. Kita tidak perlu selidik jauh-jauh lagi. Apa yang menimpa bekas timbalan perdana menteri, Dato Seri anwar Ibrahim adalah satu skandal yang amat menonjol dalam Komanwel. Dia tidak akan menerima pengadilan yang saksama selagi perdana menteri yang ada masih lagi belum mampus dan terus memegang kuasa. Saudara Anwar gagal dalam setiap usahanya untuk mendapatkan pengadilan. Ada tiga peristiwa di mana jumlah wang yang banyak telah dibelanjakan sebagai suai-menfaat agar menolak penggantungan menunggukan rayuan. Ini membuktikan betapa badan kehakiman itu sudah tidak adil, telus dan saksama. Begitu juga dengan kesah suai-menfaat dalam pengambilan tanah, di mana pampasan yang lebih tinggi daripada yang diminta telah diberikan dalam kes pengambilan secara wajib. Wang yang berlebihan itu selalunya (mengikut yang diberitahu kepada saya) dikongsi bersama oleh peguam dan anak guamnya bersama sesiapa sahaja yang perlu disogok dengan wang itu.
 

Hakim yang bertanggungjawb dengan perkara tanah ialah Dato Mokhtar Sidin. Dia terus membuat kerja itu walaupun sudah dinaikkan pangkat ke mahkamah rayuan. Beliau berkuasa terhadap disiplin yang membabitkan para peguam. Tugasnya ialah menumpulkan bisa Majlis Peguam. Kerana itu adalah sukar untuk Majlis Peguam mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana peguam yang rapat dengan badan kehakiman walaupun dia kerap melanggar etika profesionanya.
 
 
 

Ada satu kes di mana kerajaan Pulau Pnang terkejut kerana keengganan mahkamah menangguhkan satu kes rayuan sehingga memaksa penasihat undang-undang negeri berjumpa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah untuk masuk campur. Beliau enggan melakukannya sehingga Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon terpaksa menggunakan tekanan politik untuk memihak kepadanya. Ada satu kes di mana sebuah syarikat insurans telah menolak liabiliti sebanyak RM30 juta kerana ia mengesyakki berlakunya perbuatan sengaja melakukan kerosakan untuk menuntut gantirugi dalam kes itu. Hakim telah menolak alasan itu dan mengarahkan pampasan dibayar juga. Permohonan penangguhan telah tidak dibenarkan. Wang itu dibayar dengan satu anggapan bahawa ia tidak akan dapat dituntut semula seandainya kes rayuan dimenangi.
 
 

Ada satu kes lagi yang masih tertangguh di mahkamah. Pihak yang ingkar telah diarahkan melunaskan hutangnya bersama faedahnya berjumlah RM100 juta. Satu kumpulan peguam yang 'serasi' diupah untuk menyelesaikan perkara itu. Sebanyak RM67 diarah agar dilunaskan sementara syarikat yang ingkar itu dibenarkan tempoh terhadap pembayaran faedah yang terbabit. Di waktu yang sama syarikat yang memberikan pinjaman itu sudah dikenakan perintah 'receivership'. Wang yang dituntutnya itu terpaksa dibayar kepada pihak penyelesai (liquidator). Kini tindakan sedang diambil untuk menentukan syarikat yang hampir muflis itu diapungkan semula mengikut Akta Syarikat, pihak penyelesai digugurkan dan pengagihan yang tertunggak diselesaikan.
 
 

Mahkamah tidak lagi dianggap sebagai tempat pihak perniagaan menerima keadilan. Cara mengarahkan pembayaran wang yang banyak menunggukan rayuan, kepada plaintif yang selalunya engkar dengan arahan mahkamah itu, mencurigakan dunia perniagaan. Inilah yang menakutkan syarikat luar melabur di negara in. Semua ini berlaku di sebalik keangkuhan menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang kerap melaungkan betapa tidak ada negara lain di Asia Tenggara ini yang lebih baik daripada Malaysia. Sedangkan perkara yang sebenarnya adalah amat bereza. Setiap pelabur asing yang berpotensi dan yang saya temui telah memberitahu kenapa mereka meminggirkan Malaysia.
 

"Sesiapa pun boleh melabur di mana juga. Tetapi kejayaan pelaburan itu hanya akan berlaku kalau dinilai risiko yang ada dan lebih penting lagi betapa pantas pulangan pelaburan itu seandainya anda membuat keputusan untuk menarik keluar pelaburan disebabkan adanya hambatan yang menyekat kejayaan." Inilah kata-kata seorang Jarman yang memikirkan pelaburan yang bertahap di negara ini beberapa bulan yang lalu. Dia amat percaya dia boleh melabur dengan baik di Thailand dan Indonesia, ataupun di Kelantan dan Terengganu. Malangnya, dia amat curiga dengan badan kehakiman sehinggakan dia tidak berani melabur di negara ini.
 
 
 

Inilah satu sorotan kes pengurusan. Para hakim tidak lagi menulis keputusan pengadilan mereka. Mereka tidak lagi berminat mendengar hujah yang penting berkaitan dengan undang-undang. Sebab yang utama berlakunya perubahan perangai in kerana mereka tidak oleh mengikut perbalahan mengenai undang-undang (Ini kes hakim bengaplah¡ ­ penterjemah). Mereka ini lebih suka mengeluarkan hukum pengadilan seperti pegawai kastam merujuk kepada buku tarif untuk menentukan nilai cukai yang perlu dikenakan. Mereka menganggap peranan sebagai hakim itu untuk mendera para peguam dan berlagak sakan apabila para peniaga mengeluarkan belanja untuk mereka. Ada juga hakim yang baik-baik tetapi bilangan mereka kecil sekali. Inilah insan yang sanggup menulis keputusan pengadilan mereka untuk diperingati dan dijadikan rujukan.
 
 

Ada seorang hakim yang berfikir kalau keputusan pengadilannya itu panjang berjela sehingga 30 mukasurat, dan mengenai satu kes rayuan kecil yang memadai untuk ditulis setakat satu muka surat sahaja, memaparkan kebijaksanaannya. Sebetulnya keputusan itu tidak pun seberapa nilainya.
 
 
 

Badan kehakiman negara sengaja memperlekehkan prinsip keadilan. Kuasa yang ada pada mahkamah sudah lama lesap. Kalau dinilai kuasa mereka kini mengikut heiraki penguatkuasaan, mereka adalah setara dengan pegawai kastam sahaja. Keadaan ini berlaku selepas dilaksanakan pindaan kepada perlembagaan selepas Tun Salleh Abas dipecat daripada jawatannya sebagi Ketua Hakim Negara pada 1988 dulu. Para hakim telah diberitahu secara kasarnya untuk menyedari siapa tuan mereka sebenarnya. Ramai yang sanggup akur dengan isyarat itu dan mula membuat pengadilan mengikut selera yang ditonjolkan oleh 'tuan' di atas.
 
 
 

Keadaan begini tidak akan menjanjikan satu badan kehakiman yang baru. Tan Sri Dzaiddin hanya mampu membetulkan apa juga yang terlalu bengkok agar badan kehakiman tidak bergitu rasuah dan memberi ruang agar litigan dapat merasa lega apabila kes mereka diadili dengan saksama. Sekarang ini perkara begitu memang amat susah untuk diharapkan. Yang mengaibkan, rakyat marhaen sudah tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap badan kehakiman. Mereka masih teringat apa yang berlaku terhadap Saudara Anwar. Penentuan telah dilakukan oleh badan kehakiman selagi Anwar menganggap Perdana Menteri sebagai musuh ketatnya.
 

Inilah bahananya apabila sesuatau institusi kerajaan itu menjadi alat yang memuaskan nafsu seorang perdana menteri. Sejak Tun Salleh Abas dipecat pada 1988, mutu para hakim telah jatuh maruahnya. Di mahkamah persekutuan masih ada lagi segelintir hakim yang berwibawa. Di tempat lain, tak payahlah kita bercerita mengenai mereka. Negara akan berhutang budi kepada Tan Sri Dzaiddin kalau dia boleh merobah sistem yang ada dan menaikkan kembali martabat badan kehakiman negara.
 

Manusia yang bertanggunjawab menodai badan kehakiman negara ialah insan yang digantikan oleh Eusoff Chin, Tun Hamid Omar. Dia masih lagi memainkan peranan dalang di sebalik tabir. Tun Eusoff Chin adalah orang suruhannya. Pengaruh Tun Hamid akan berkurangan sebaik sahaja Tan Sri Dzaiddin memulakan tugasnya. Tidak ramai yang ingatkan Tun Hamid sebagai Ketua Hakim Negara seperti ingatan mereka kepada Tun Salleh, Tun Suffian, Sultan Perak dan juga beberapa hakim yang cemerlang selepas merdeka dulu. Nama Tun Eusoff akan lesap daripada ingatan, yang kekal ialah segala perbuatan curangnya. Rasuah akan terus berleluasa melainkan kerajaan sanggup mendakwa ketua hakim negara di mahkamah.
 

-MGG Pillai-
11 Disember,2000