TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

Royalti Minyak – Wan Mokhtar Cakap Ikut Hidung.

Saya sungguh terharu kerana tiada seorangpun pemimpin UMNO Terengganu membela rakyat Terengganu apabila Mahathir mengugut untuk menarik balik royalti minyak yang selama ini dibayar kepada Kerajaan Negeri. Di manakah Yusof Nor ? Ismail Said ? dan lain-lainnya ? Yang berketak hanyalah Wan Mokhtar…..bukan untuk membela rakyat Terengganu yang selama lebih dua puluh tahun memilih beliau sebagai Menteri Besar, malahan cuba memperkukuhkan ugutan Mahathir  menindas rakyat Terengganu.
Bernama 27 Jun  melaporkan  bahwa Wan Mokhtar berkata pemberian royalti minyak sebanyak 5 % adalah atas dasar ihsan untuk membangunkan Negeri Terengganu yang daif ketika itu walaupun sumber minyak terletak di luar kawasan Terengganu. Dan juga ia bukanlah bentuk perjanjian tetapi persefahaman yang dicapai dengan Kerajaan Pusat.

Memang diakui yang telaga minyak terletak di luar kawasan ( sempadan ) Negeri Terengganu. Ianya terletak di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Negara ( Exclusive Economic Zone ). Jika ianya dijumpai di dalam kawasan negeri, persoalan bayaran royalti kepada Terengganu tidak timbul. Ianya akan menjadi hak Negeri Terengganu, sama seperti bijih besi di Dungun, Emas di Marang dan galian-galian lain. Apabila soal royalti kepada Terengganu dibangkitkan Mahathir, maka berketaklah ayam-ayamnya seperti Shahidan Kassim dan Wan Mokhtar. Shahidan nak saman Petronas kerana membayar royalti kepada Terengganu, dan Wan Mokhtar pula membuat kenyataan seperti di atas.

Benarkah dakwaan Wan Mokhtar bahwa tiada perjanjian bertulis berkaitan dengan pemberian royalti minyak ? Sepengtahuan saya, perjanjian pengeluaran minyak di luar pantai di antara Petronas, mewakili Kerajaan Malaysia, dan syarikat Esso Production  Malaysia Incorporated (EPMI) termetrai sebagai Prduction Sharing Contract (PSC). Di dalam PSC ini jelas termaktub bahwa 5% daripada pengeluaran minyak akan diberi kepada Kerajaan Pusat dan 5% kepada Kerajaan Negeri Terengganu manakala baki 90% akan dibahagikan di antara Petronas dan EPMI dengan pelbagai syarat yang lain. Kenapa Wan Mokhtar cuba berbohong ? Inikah cara beliau mengenang jasa sebahgian besar rakyat Terengganu yang pada satu ketika dulu meletaknya di atas singgahsana MB ?

Beliau juga mendakwa pemberian royalti atas dasar ihsan kerana pada ketika itu Negeri Terengganu amatlah miskin. Sayugia diingat bahwa Negeri Terengganu hari ini masih terletak di tangga ketiga termiskin di dalam negara. Kemanakah perginya royalti minyak selama lebih 20 tahun yang diberi Kerajaan Pusat itu ? Olehkerana kita masih miskin, penyalah-gunaan hasil oleh Wan Mokhtar, maka wajarlah kita terus diberi royalti itu, jika benar apa yang didakwa Wan Mokhtar. Tetapi Ihsan bukanlah asas pemberian royalti, Kerajaan Terengganu terpaksa mengorbankan tanah dan kemudahan-kemudahan lain untuk kegunaan Petronas dan EPMI mencarigali dan mengeluarkan minyak. Bukan itu sahaja, bertapaknya syarikat minyak di Terengganu telah membawa kesangsaraan hidup kepada majoriti rakyat setempat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi. Inikah yang Wan Mokhtar sifatkan sebagai ihsan ? Ayah Wan, janganlah cakap ikut hidung !!

Watchdog