TERENGGANU DARUL IMAN

SAFEI DAUD MELIHAT PAS SEKITAR PERSEPKTIF JAHILIAH

Dua beradik lelaki.Kedua-kedua ada beradik ini bergelar ulama’, manakala si A memilih menyertai PAS dan si B pula memilih menyertai UMNO. Maka berkatalah Dato’ safei Daud PAS dan UMNO sama sahaja.

Kita hairan, sungguh-sungguh hairan mengapa Dato’ Safei Daud menjatuhkan hukum bahawa PAS dan UMNO sama sahaja.

Dia sendiri mengatakan perlembagaan PAS hanya tidak serupa bikin dengan apa yang diceramah oleh pemimpin.Tetapi perlembagaan UMNO ada menyebut “penerapan nilai-nilai Islam”

Kalau sekiranya PAS dan UMNO sama mana mungkin si A (seorang ulama’) memilih menyertai PAS dan si B yang juga (seorang ulama’) memilih menyertai UMNO.

Kalau PAS sama dengan UMNO mana mungkin perlembagaan PAS tidak serupa bikin.sedangkan perlembagaan UMNO reality.MANA DIA REALITINYA PERLEMBAGAAN umno.DAN APAKAH DONGENGNYA PELEMBAGAAN pas.

Kalau PAS dan UMNO sama sudah barang tentu kedua-dua beradik yang bergelar ulama’ tadi memilih salah satu parti antara PAS dan UMNO.

Yang peliknya mengapa mereka berbelah bahagi. Seorang memilih UMNO manakala seorang lagi memilih PAS.

Sudah tentu PAS dan UMNO berbeza sebab itu Dato’ Safei sendiri memilih UMNO. Mengapa tidak memilih PAS kalau PAS dan UMNO sama?

Pada fikiran kita Dato’Safei pun sudah lama berlakon dengan lakonan-lakonan yang pelbagai. Kadang-kala ia bertindak sebagai seorang ulama’. Kadangkala dia bertindak sebagai seorang “tok dalang” semata-mata untuk memburuk iSLAM.

Kita kena siapa sebenarnya Dato’ Safei Daud. Kita kenal dari ujung kaki hinggalah kehujung rambut.

Kita bimbang dan takut kalau-kalau Dato’ bertindak sebagai seorang lelaki yang kacak dan jatuh cinta dengan seorang gadis cantik tetapi gagal memilik gadis itu,lantas dia kecewa, maka berdendamlah dengan mengatakan gadis itu jahat sedangkan gadis itu cantik lagi mulia sifat.

Demikian jugalah perihal PAS dan UMNO. UMNO dikata baik dan bagus, manakala PAS dikatakan jahat. Jahat sungguh ke PAS ini. Baik sungguh ke UMNO itu.

Kalau UMNO baik mana mungkin para pemimpin nya bertindak hendak membuang perkataan Islam. Mana mungkin para pemimpinnya persenda-senda hukum hakam Allah.
Mengakulah wahai Dato’ Safei Daud bahawa kerja-kerja UMNO selama ini adalah kerja-kerja jahat kepada Allah.Bukan jahat kepada PAS kerana UMNO sama dengan PAS? SEKIAN.