Make your own free website on Tripod.com
 

 


Maksudnya: Tali simpulan yang mengikat ajaran Islam akan terungkai satu demi satu. Maka setiap satu terungkai manusia berpegang dengan ajaran yang masih ada. Yang pertama-tama dirungkai ialah ajaran yang berkait dengan hukum (pemerintahan), dan yang terakhir ialah solat.

 Kita berada di zaman pemerintahan Islam dirungkai, sehingga hilangnya negara dan kerajaan yang mendaulatkan syari'at Allah. Ummat Islam dipengaruhi ajaran sekuralisme yang memisahkan agama daripada urusan pemerintahan, sama ada menolak agama secara total seperti pernah berlaku di negara komunis dan Turki sekarang, atau yang mengizinkan agama dalam perkara ibadat, undang-undang keluarga, harta pusaka, waqaf dan sebagainya yang tidak memberi kuasa pemerintahan kepada hukum Islam mengatasi yang bercanggah dengannya. Cara yang kedua diamalkan di dunia barat dan negara-negara ummat Islam yang pernah dijajah seperti Malaysia. Maka perkara yang diharamkan oleh Islam tidak dapat dibanteras dengan sepenuhnya, bahkan ada yang dilesenkan oleh pihak kerajaan, seperti hiburan-hiburan yang berunsur maksiat dan menggalakkannya, arak, judi dan sebagainya, di samping berbagai-bagai hak rakyat diabaikan, pemberian hak berlaku secara rasuah, diskriminasi dan double standard. Peluang memegang kuasa menjadi peluang untuk mencari harta kekayaan.

Perkara-perkara yang berlaku adalah kemungkaran yang wajib diubah oleh ummat Islam sama ada yang menolak Islam sepenuhnya, atau beriman dengan sebahagian daripada Islam dan menafikan sebahagian yang lain. PAS mengajak supaya kita menuju ke arah perubahan yang membawa kita kepada sekuat-kuat iman, iaitu dengan kuasa pemerintahan kerajaan Islam, bukan sekadar benci di dalam hati yang menjadi selemah-lemah iman. Oleh itu PAS menyeru rakyat Terengganu khasnya, yang merupakan negeri dan rakyat terakhir dijajah di tanahair kita ini supaya membuat perubahan memilih kerajaan yang dipimpin oleh PAS untuk mengembalikan gelaran Darul-Iman benar-benar menjadi kenyataan, bukannya slogan kosong.

Manifesto yang dikemukakan ini adalah muqaddimah untuk membuktikan keyakinan dan kemampuan Islam boleh memerintah, dan kita wajib beri'tiqad Islam boleh memerintah, di samping kami mengemukakan calon-calon PAS yang berwibawa untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut.

Ikhtiar telah dilakukan, seruan sudah kedengaran, arus perubahan sudah kelihatan. Marilah MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, dan bertawakkal kepada Allah.
 
 

(HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG)
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
 



 
 

1. DASAR PEMERINTAHAN PAS

1.1. Mendaulatkan sebuah pemerintahan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
1.2. Mengamalkan konsep 'syura' dan muafakat dalam semua keputusan dasar bagi melahirkan tanggungjawab dan amanah bersama.
1.3. Mengembalikan kedaulatan 'Darul Iman' kepada  Negeri Terengganu di mana rakyatnya akan mengamalkan Islam sebagai Ad-din.
1.4. Memartabatkan satu bangsa yang bertaqwa dan harmonis antara kaum dalam perkongsian hidup bermasyarakat secara bijak tanpa diskriminasi kerana agama, etnik dan kumpulan.
1.5. Membersihkan pemerintahan dan pen-tadbiran daripada segala bentuk rasuah, ketidakadilan, diskriminasi dan penyalahgunaan kuasa.
1.6. Mengharamkan segala bentuk perjudian dan maksiat serta mengehadkan lesen premis jualan arak dan minuman keras.
1.7. Mencegah dan membanteras penyakit sosial seperti penyalahgunaan dadah dan mengadakan pusat pemulihan/rawatan  secara Islam.
1.8. Menjadikan pembangunan insan sebagai teras pembangunan.
 
 
 
 

2. PENTADBIRAN

2.1. Memastikan polisi dan prosedur pentadbiran yang telus serta menghindarkan gangguan dan campurtangan kerana hasad dan haloba.
2.2. Memberi kebebasan kepada pentadbir dan pegawai dalam perlaksanaan dasar Kerajaan.
2.3. Membentuk Lembaga Hisbah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar dan pentadbiran kerajaan.
2.4. Mengamalkan akauntabiliti dalam pen-tadbiran dan perbelanjaan wang negeri dan memilih keutamaan dalam projek pembangunan.
2.5. Mempertingkatkan institusi pentadbiran mukim dan kampung seperti Ketua Kampung, Imam, Bilal dan lain-lain, khususnya dari segi ketelusan dan kewibawaan.
2.6. Mempastikan konsep mesra khidmat di semua sektor dilaksanakan secara efektif.
2.7. Memperkenalkan 'syura rakyat' dalam pelaksanaan dasar kerajaan.
2.8. Menubuhkan kumpulan pakar penye-lidikan dan pembangunan (R&D) dalam semua bidang utama.
 

3. PENDIDIKAN DAN DA'WAH

3.1. Pendidikan akan dijadikan hak bagi setiap rakyat dan memastikan tiada orang yang dinafikan pendidikan kerana kemiskinan.
3.2. Memperluaskan peluang memperolehi pendidikan secara formal dan tidak formal dengan mengadakan pusat-pusat pendidikan tambahan/lanjutan yang relevan.
3.3. Mempertingkatkan bantuan biasiswa dan pinjaman dengan menubuhkan dana khas pendidikan.
3.4.  Memperluaskan skim pendidikan lanjutan dalam perkhidmatan/pekerjaan bagi mereka yang ketinggalan dalam aliran pendidikan biasa.
3.5. Mengadakan pendidikan pra sekolah mulai umur 5 tahun.
3.6. Mengadakan pusat-pusat pengajian tinggi Islam yang bersepadu bagi melahirkan insan yang bertaqwa, berkemahiran, berhemah dan lebih bertanggungjawab serta berdikari.
3.7. Menjadikan masjid dan surau sebagai pusat pendidikan masyarakat.
3.8. Menggalak dan memajukan pertumbuhan sekolah-sekolah agama rakyat.
 

4. PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

4.1. Memberi kuasa perundangan kepada undang-undang syari'ah.
4.2. Melengkapi Mahkamah Syari'ah dengan pentadbiran undang-undang jenayah dan civil (Mal) yang meliputi tuntutan sejagat dan semasa.
4.3. Meningkatkan keupayaan dan kemam-puan pegawai undang-undang, di samping memartabatkan peraturan undang-undang (rules of law) dan keadilan.
4.4. Mengembalikan semula kedaulatan sistem syari'at dan menghapuskan pandangan negatif terhadapnya.
 

5.  KEWANGAN

5.1. Memperkenalkan dasar kewangan Islam yang akan menyelamatkan rakyat daripada kutukan dan penindasan riba' serta pemerasan.
5.2. Memastikan sumber hasil kerajaan bebas daripada sebarang unsur haram.
5.3. Memperluaskan dan memperkemaskan institusi Baitulmal dan urusan kewangan Islam.
5.4 Memperkemaskan pentadbiran zakat dengan memperkenalkan cara pungutan dan pengagihan yang lebih adil.
5.5. Menggalakkan pemberian wakaf dan khairat dan mengadakan pentadbiran tersusun dan sempurna.
5.6. Merancang, mengkaji dan menyusun dasar pelaburan serta melibatkan golongan profesional bukan pegawai tadbir dalam Jawatankuasa Pelaburan.
5.7. Mengamalkan belanjawan berhemat dan telus serta mengelak pembaziran dan perbelanjaan di luar peruntukan.
5.8. Mengadakan skim pinjaman al-qardhul-hasan untuk kakitangan kerajaan.

6.  PERKHIDMATAN AWAM

6.1. Menyusun semula Perkhidmatan Awam Negeri dengan menyatukan Perkhidma-tan Pegawai Tadbir Negeri dengan Pegawai Tadbir Agama Negeri.
6.2. Meningkatkan latihan dalam per-khidmatan bagi semua peringkat per-khidmatan dengan penekanan kepada pengetahuan dan budaya kerja mengikut tuntutan Islam.
6.3. Membuka peluang kenaikan pangkat dan perpindahan perkhidmatan bagi membaiki pencapaian kecemerlangan pekerja dan menghapuskan amalan pilih kasih, nepotisma dan kronisma dalam perkhidmatan.
6.4. Meningkatkan keupayaan perkhidmatan pegawai dan kakitangan serta kepakaran dan profesionalisma dalam perkhidmatan kerajaan.
6.5. Menetapkan 5 hari kerja seminggu.
6.6. Cuti bersalin kakitangan Kerajaan 90 hari dan cuti bagi suami 7 hari.
 

7. EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

7.1. Mewujudkan Majlis Ekonomi Negeri yang diwakili oleh semua kepakaran dalam masyarakat.
7.2. Menyusun semula dasar ekonomi negeri supaya menepati kehendak Islam dan menjadikan hasil royalti sebagai pemangkin kepada penjanaan ekonomi negeri.
7.3. Mempelbagaikan sumber hasil negeri dengan memberikan penekanan mewujudkan industri berasaskan bahan-bahan tempatan dan boleh menyediakan peluang-peluang pekerjaan.
7.4. Membentuk badan penyelidikan dan pembangunan teknologi tinggi dalam menjana pertumbuhan dan pengembangan ekonomi berasaskan sumber semulajadi seperti petroleum dan gas, perkayuan, marin dan air, kecantikan alam, tenaga dan hasil bumi.
7.5. Memaksimumkan kegunaan tenaga manusia tempatan dan mengawal kemasukan tenaga manusia dari luar.
7.6 Meningkatkan mutu dan kemahiran tenaga manusia dalam penjanaan ekonomi sama ada dalam industri pembuatan atau berasaskan pertanian.
7.7. Mempelbagaikan program pembangunan dan kemajuan Tasik Kenyir dalam penyelidikan dan aktiviti pembangunan akuakultur, pelancongan, kegunaan sumber air dan pembangunan tanah di sekelilingnya.
7.8. Melahirkan lebih ramai usahawan yang berkeupayaan dan mengadakan program bimbingan serta bantuan yang berkesan.
 

8.  KERAJAAN TEMPATAN

8.1. Menyusun semula persempadanan Majlis Perbandaran dan Majlis-Majlis Daerah.
8.2. Meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan dan menghapuskan karenah birokrasi seperti dalam urusan pecah sempadan, kelulusan pelan dan sijil kelayakan.
8.3. Menghapuskan cukai pintu bagi rumah kediaman.
8.4. Menyusun dan mengemaskan perlesenan dan penempatan warung-warung dan gerai-gerai sementara supaya tidak membeban dan menyulitkan rakyat.
8.5. Meningkatkan pengurusan dalam me-ngawal dan menjaga kebersihan, sistem perparitan, rangkaian jalan, lorong dan kemudahan asas bandar dan desa.
8.6. Menyediakan tempat dan kemudahan-kemudahan kepada peniaga pasar malam.
8.7. Perlantikan ahli majlis PBT akan dibuat berdasarkan kelayakan dan kepakaran serta mewakili kaum dan agama.
 

9.  REFORMASI TANAH

9.1. Menyusun semula sistem pentadbiran tanah.
9.2. Menyemak dan memperkenalkan undang-undang tanah yang akan menjamin nikmat pemilikan dan penjanaan ekonomi kepada negeri.
9.3. Membuka semula permohonan tanah mengikut hukum syara', di mana kelulusan permohonan dan pengeluaran geran akan di buat dalam tempoh yang singkat.
9.4. Rakyat akan diberi peluang pemilikan tanah bagi kediaman dan pembangunan, dan mempercepatkan pemberian geran tanah kepada peneroka.
9.5. Akan memperkenalkan skim dan ran-cangan menghidupkan tanah terbiar.
9.6. Polisi pemberian lesen tumpangan sementara (TOL) kepada rakyat akan diubahsuai dan dijadikan milikan percubaan ke arah milikan kekal di atas bukti kejayaan pemilik memajukan tanah.
9.7. Menurunkan kadar premium tanah dan kelonggaran cara bayaran.
9.8. Pengambilanbalik tanah akan dikawal dan dijaga supaya kepentingan rakyat tidak diketepikan dan amalan pembekuan tanah yang diambil balik tidak berlaku.
9.9. Cukai tanah akan ditukar kepada sistem zakat dan kharaj.
9.10. Menubuhkan bank tanah bagi mengurus menyelesaikan tanah yang menghadapi masalah.
9.11. Menyelesaikan pemberian geran dan hak milik tanah kepada peserta rancangan tanah Felda, Felcra dan lain-lain.
 

10.  PERTANIAN DAN PERIKANAN

10.1. Dasar pertanian Negeri hendaklah menjamin saradiri dan pendapatan yang lumayan kepada petani.
10.2. Kegunaan tanah akan berasaskan hasil kajian komprehensif bagi kesesuaian dan mutu.
10.3. Meningkatkan usaha membaikpulih tanah pertanian, sistem saliran dan pengairan.
10.4. Mempermodenkan pertanian dalam usaha memaksimum pengeluaran dengan meminimum tenaga manusia dan kos.  Usaha mereformasikan tanah pertanian dan memajukan peningkatan teknologi pertanian akan diberi keutamaan.
10.5. Konsep pertanian bersepadu (intergrated farming) akan digalakkan supaya masyarakat tani berupaya menyara diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.
10.6. Subsidi pertanian dalam semua bentuk akan dikaji dan dirancang semula bagi mendapat kemajuan dan pulangan yang berkesan.
10.7. Memberikan subsidi harga padi 100% kepada penanam padi.
10.8. Industri pengeluaran keperluan input pertanian seperti benih bermutu dan berhasil tinggi, pemakanan ternakan, baja, racun, pharmaceutical akan diberi keutamaan bagi menurunkan kos pengeluaran.
10.9. Meningkatkan industri hiliran kepada produk pertanian dan perikanan.
10.10. Membaiki dan meningkatkan industri ternakan bagi menjamin pengeluaran daging, ikan, tenusu, ayam dan telur.
10.11. Menyediakan kawasan padang ragut untuk penternak di semua mukim.
10.12. Membatalkan bayaran daftar ternakan kerbau lembu.
10.13. Pemuliharaan sumber perikanan seperti memperbanyakkan tukun dan unjam, menggalakkan nelayan menggunakan peralatan elekrtonik dan menyusun sistem pemasaran yang adil dan berkesan.
10.14. Menyediakan kemudahan penempatan nelayan.
 

11.  PERHUTANAN DAN PERKAYUAN

11.1. Mengawal pembalakan dan pemuliharaan hutan dan memastikan kawasan tadahan hujan dan alam sekitar terjaga.
11.2. Menurunkan harga kayu bagi pasaran tempatan dan mengadakan dasar eksport terpilih dengan menumpukan industri hiliran perkayuan (barangan kayu siap).
11.3. Mengamalkan sistem tender terbuka dalam pemberian kawasan balak.
11.4. Lesen pembalakan akan disemak dan industri perkayuan akan disusun semula bagi mengawal pembaziran, menjaga pengeluaran produk bermutu dan memberi pulangan yang tinggi.
 

12.  PERLOMBONGAN

12.1. Meningkatkan usaha carigali (prospec-ting) dan perlombongan.
12.2. Membuka penyertaan yang lebih luas kepada rakyat tempatan dalam industri pengeluaran emas.
12.3. Mengawal dan berhemat ke atas kesan rupabumi dan alam sekitar.
12.4. Mengutamakan pemerosesan produk di negeri sendiri.
 

13.  PETROLEUM DAN GAS

13.1. Memperjuangkan untuk mendapat pembahagian royalti yang lebih adil daripada Kerajaan Pusat dengan penerimaan paling kurang 20%.
13.2. Mempastikan pembangunan industri petroleum dan gas yang akan mewujudkan pertumbuhan industri berkaitan yang  berkembang dan berterusan.
13.3. Mempastikan penglibatan tenaga kerja tempatan dalam semua lapisan dan tingkatan perkhidmatan.
13.4. Mempastikan Petronas akan memberi sumbangan yang lebih besar kepada rakyat Terengganu dalam bidang pendidikan tinggi.
13.5. Menjadikan syarat agar Kerajaan Negeri mempunyai ekuiti dalam semua pelaburan yang berasaskan petroleum dan gas dari Terengganu.
 

14. SEKTOR PEMBUATAN DAN
PERKILANGAN

14.1. Mengadakan pelan induk negeri bagi penempatan kawasan perindustrian.
14.2. Meningkatkan sistem komunikasi dan sistem pemasaran.
14.3. Mempelbagaikan pengeluaran dan produk dalam usaha memaksimumkan kegunaan bahan-bahan tempatan dan memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa.
14.4. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) ke atas bahan-bahan keluaran tempatan, kawalan mutu dan tenaga manusia.
14.5. Membangunkan sektor pembuatan dan perkilangan secara bersepadu.
14.6. Memberi penumpuan dan sokongan yang lebih munasabah kepada pembangunan industri warisan dalam pengekalan, peningkatan dan perkembangannya supaya mencapai pengiktirafan pasaran antarabangsa.
14.7. Menyediakan infrastruktur yang sesuai dan mesra pelabur.
14.8. Memberi penumpuan yang lebih meluas kepada pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS).
14.9. Memperluas dan memajukan industri kampung (cottage industry).
 

15. PERUMAHAN DAN PENEMPATAN

15.1. Menyusun semula penempatan penduduk dalam konsep pembangunan tersusun yang lengkap dengan kemudahan asas, kebersihan, rekreasi dan lain-lain.
15.2. Mempastikan setiap keluarga mempunyai tempat tinggal sendiri dan menyelesaikan pemilikan haram.
15.3. Membina lebih banyak bandar baru yang terancang dan tersusun.
15.4. Menubuhkan 'Dana Pinjaman Perumahan Rakyat' secara Islam.
 

16. BADAN-BADAN BERKANUN

16.1 Mengkaji semula dan menyemak badan-badan berkanun untuk meningkatkan kecekapan pengurusan, ketelusan dan prestasi.
16.2. Mengkaji semula dasar dan mekanisma pengkopratan Jabatan Bekalan Air Terengganu.
16.3. Menyuntik tenaga pakar dan profesional dengan lebih berkesan dalam pengurusan badan-badan berkanun.
 

17. PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT)

17.1. Menyusun semula dasar dan pengurusan PMINT dan syarikat-syarikat anak dan usahasama.
17.2. Aktiviti PMINT akan diberi lebih tumpuan kepada penjanaan pembangunan, bukan menjadi persaingan dalam pembangunan industri.
17.3. Menyemak dan mengkaji keupayaan daya maju dan ketelusan pengurusan PMINT dan syarikat-syarikat anak.
 

18. PELANCONGAN

18.1. Merangka pelan induk bagi sektor pelancongan seluruh negeri.
18.2. Industri pelancongan akan dimajukan untuk mengembangkan seruan kebaikan hidup di dunia dan kesejahteraan akhirat.
18.3. Melengkapkan infrastruktur pelancongan dengan segala kemudahan yang diperlukan.
18.4. Membantu rakyat tempatan memajukan industri pelancongan dengan khidmat nasihat, pengurusan dan kewangan.
18.5. Meningkatkan usaha memajukan industri pelancongan di tasik-tasik, pantai dan pulau-pulau serta di muara-muara sungai.
 

19. KEMASYARAKATAN

19.1. Berusaha mewujudkan sebuah masya-rakat bertaqwa, berdisplin, bermaruah, berhemah tinggi, beramanah, harmonis dan berpegang dengan konsep amar maaruf nahi mungkar.
19.2. Membina masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur, bermuafakat, adil, bertanggungjawab dan saling hormat menghormati antara insan tanpa mengira etnik, budaya dan agama.
19.3. Membudayakan masyarakat dengan kebebasan berbicara berasaskan ajaran Allah SWT dalam menghapuskan budaya fitnah dan konspirasi.
19.4. Membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui penubuhan satu dana khas.
19.5. Bantuan kebajikan kepada penerima akan dinaikkan  supaya dapat meningkat kepada jayadiri dan berdikari.
19.6. Memberi pengiktirafan dan peranan kepada badan sukarela dan institusi sosial.
 

20. BELIA

20.1. Membina golongan belia yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
20.2. Membangun dan memajukan tenaga belia yang berpengetahuan, berkemahiran, ber-daya maju dan mempunyai ketahanan diri.
20.3. Membimbing dan memulihkan belia yang ketinggalan pendidikan dengan meluaskan skop dan skim jayadiri dengan pendidikan lanjutan, latihan kemahiran dan pendedahan kepada peluang yang membina.
20.4. Merangka dan meletakkan halatuju yang jelas bagi belia.
 

21. WANITA

21.1. Memartabat dan memelihara wanita daripada sebarang bentuk eksploitasi.
21.2. Melindungi hak dan fungsi wanita dalam pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan kekeluargaan.
21.3. Memperluaskan peranan wanita dalam perkhidmatan dan kemasyarakatan.
21.4. Mempastikan tempat wanita bekerja disediakan nursery.
 
 

22. BUKAN ISLAM

22.1. Menjamin kebebasan orang bukan Islam mengamalkan agama dan budaya masing-masing.
22.2. Menggalakkan interaksi, persefahaman dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam.
22.3. Menjamin orang bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama.
 

23. SUKAN DAN REKREASI

23.1. Meningkatkan mutu sukan dalam membina masyarakat yang sihat dan bermatlamat.
23.2. Membina dan menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat rekreasi bersepadu.
 

24. PROGRAM UMUM

24.1. Membina dan mengurus pusat-pusat rawatan untuk menaikkan taraf kesihatan rakyat selaras dengan tuntutan Islam dan rawatan percuma kepada golongan miskin.
24.2. Menggalak dan meningkatkan budaya ilmu kepada masyarakat khususnya menggunakan institusi masjid, surau, pusat sivik dan balairaya sebagai pusat pendidikan komuniti.
24.3. Membatalkan kutipan tol Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
24.4. Menaikkan taraf jalan-jalan kampung dan desa serta membuat bayaran kepada tuan-tuan tanah yang terlibat.

INSYA'ALLAH KAMI AKAN LAKUKAN

      UNDILAH PAS