TERENGGANU DARUL IMAN

SENJATA UMNO MENIKAM DIRI SENDIRI

OLEH
ABDULLAH NGAH
 

Cerita orang UMNO yang mengatakan PAS menyebarkan ajaran sesat bukan cerita baru, malah ianya merupakan cerita lapak dan basi.

Umat Islam di negara ini sudah sedia maklum. Cuma Orang UMNO sahaja yang sengaja hendak menggunakan senjata lama untuk menikam PAS dari belakang dan kini cuba-cuba untuk menikam dari depan.

Kita percaya usaha jahat Orang UMNO itu lambat laung akan menerima padahnya apabila orang PAS cuba mengelak dan menangkis, maka mengakibat tikaman tajam itu mengena diri sendiri.

Usaha jahat orang UMNO itu sama sekali belum boleh menyakinkan Umat Islam di negara ini. Lebih-lebih umat Islam sekarang ini sudah sedia maklum dengan motif politik ulama' UMNO yang kalah teruk dalam musim pilihanraya umum kali ke-10 lepas.

Atas sebab muasabat itulah Dr Hamid Othman dan Zainal Abidin Kadir melemparkan isu PAS menyeleweng akidah dengan ajaran sesat melalui beberapa fatwa  Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik (Menteri Besar Kelantan) dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Menteri Besar Terengganu).

Bukan setakat melemparkan isu-isu itu, malah mereka mencabar pemimpin PAS berdebat. Pemimpin yang bijaksana kelihatan kurang berminat untuk menyahut cabaran itu.

Pemimpin PAS termasuk Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan kurang berminat untuk berdebat, sebaliknya menyatakan Islam tidak menggalakkan berdebat dan mencadangkan supaya diadakan muzakarah bagai mencarai penyelesaian.

Pemimpin UMNO termasuk Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir kelihatan kurang setuju dengan cadangan pemimpin PAS. Beliau mahu supaya diadakan suatu perdebatan terbuka untuk menjelaskan kepada umat Islam bahawa PAS sudah sekian lama menyeleweng akidah Umat Islam di negara.

Inilah hasrat kalangan pemimpin ulama' UMNO. Sebab itu mereka itu beria-ia sangat untuk mencabar pemimpin PAS berdebat.

Bagi umat Islam di Malaysia mengambil sikap "mengapa Pemimpin PAS  mesti takut untuk berdebat dengan pemimpin UMNO".Ada suara-suara yang beranggapan demikian.

Pemimpin PAS sebenarnya bukan takut berdebat dengan pemimpin UMNO,akan tetapi pengajaran sebelum ini sudah cukup kuat untuk dijadikan bukti bahawa pemimpin UMNO tak ubah seperti seekor ayam jantan yang hanya tahu berkokok sahaja,tapi ekornya bergelemang dengan tahit.

Sebab itu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Fadzil Mohd Noor berkata Mufti sahaja yang boleh buat fatwa. Maka apa yang disebut oleh mereka baik yang bersabit dengan "Tuhan mencarut" yang dihebuh-hebuhkan itu hanya pandangan sahaja bukan fatwa.

Kita percayai itu hanya pandangannya sebagai seorang Tok Guru tetapi bukannya fatwa yang mahu tidak mahu mesti digunapakai oleh Umat Islam. Umat Islam di negara ini boleh tolak dan boleh pakai pandangan itu, kerana ianya bukan fatwa.

Yang harus diambilkira ialah fatwa mufti, Bagaimana dengan fatwa Mufti yang mengatakan ASN itu halal. Apakah fatwa seumpama ini tidak menyeleweng akidah umat Islam di Malaysia kini.

Sepatutnya fatwa ini yang harus di perdebatkan agar tidak mengelirukan umat Islam di negara ini.Tambahan pula halal/haram perlu dititikberatkan, kerana ia menjadi pokok persoalan.

Apakah  mengatakan "Tuhan mencarut "  itu boleh menyelirukan umat Islam.  Apakah sesiapa yang beriktid dan berkepercayaan bahawa  Tuhan mencarut itu dari segi "akidahnya " kita terkeluar dari Islam atau rosak akidahnya?

Bagimana pula dengan kisah pemimpin UMNO yang mengatakan Islam tidak sesuai dizaman ini? Apakah kata-kata seumpama itu tidak menyesatkan umat islam, sedangkan Al-Quran sendiri memberi jaminan bahawa Islam sesuai dengan mana-mana????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????                                                                                                                                ???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? ?      û     ?      û     ?      û     ?      û     ?      û     ?      û     ?      û     ?      û     ?           AAAA A?am di Malaysia kini. Malah orang bukan islam sendiri tidak percaya, hairan dan naik bosan dengan gelagat orang UMNO yang sering berbuat fitnah kepada orang PAS.