Make your own free website on Tripod.com
 
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

Shahnon tidak akan letak jawatan ahli parlimen Sik

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Sik, Dato' Prof Emeritus Shahnon Ahmad menegaskan tidak akan meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen atas nasihat jamaah, katanya hari ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai keputusan parti yang menasihatkannya untuk tidak melepaskan jawatan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ust Azizan Razak yang menemuinya semalam.

Sehubungan itu, beliau akan meneruskan tugas-tugasnya sebagai ahli parlimen kawasan itu meskipun agad terhad berikutan masalah kesihatannya.

"Saya mempunyai beberapa pembantu yang dilantik untuk mewakili saya di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.com di kediamannya hari ini.

Menurutnya, beliau akan bertolak ke Sik petang ini untuk memberikan penjelasan mengenai isu itu di Markas Tarbiyyah PAS Sik di Sungai Pau hari ini dan akan menghadiri majlis ceramah di markas itu malam ini.

"Saya akan memberikan penjelasan itu memulihkan keadaan berikutan isu perletakkan jawatannya," ujarnya.

Penjelasan itu menghilangkan kekeliruan orang ramai mengenai kemungkinan Shahnon meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Sik berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.