TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

WAN MOKHTAR PENGKHIANAT
Jika anda tekan link ini http://www.bernama.com/bernama/index.html anda akan sungguh
terkejut . Tidak kita sangka Wan Mokhtar Ahmad yang begitu lama menerajui kerajaan
negeri Terengganu sanggup mengkhianati rakyat Terengganu dengan menmbuat kenyataan
yang boleh ditemui dalam link yang diberi.

Isunya ialah royalti minyak 5% yang diterima oleh kerajaan Terengganu. Menurutnya
persetujuan dicapai adalah kerana atas dasar "belas kasihan" (compassionate) kerajaan
persekutuan pada waktu itu.

Menurutnya lagi, minyak yang ditemui adalah di luar kawasan Terengganu, tidak seperti
Sabah dan Sarawak.

Persoalannya, mengapakah beliau menimbulkan isu ini apabila beliau di ambang
kegerhanaan kuasa. Ataupun setelah kuasanya telah terlucut. Mengapa tidak diberitahu
awal-awal kepada rakyat Terengganu ketika beliau masih berkuasa.

Benarkah apa yang didedahkannya? Jika tidak benar, sahlah Wan Mokhtar adalah
"penderhaka" kepada rakyat Terengganu. Jika minyak yang ditemui itu adalah berada
dalam kawasan Terengganu it adalah hak rakyat Terengganu.

Sebelum Sultan Terengganu menandatangani perjanjian dengan Inggeris (Harrold
McMicheal) bagi menyertai kerajaan persekutuan "Malayan Union" (sebenarnya melalui
paksaan) dan akhirnya menjadi "Federation of Malaya" Terengganu adalah negeri yang
berdaulat. Tanpa Kuala Lumpur pun Terengganu boleh hidup.

Bahkan Sultan Terengganu boleh kaya dari Sultan Brunie. Rakyat Terengganu boleh kaya
dari rakyat Brunei. Tapi atas dasar penyatuan orang Melayu/Islam, maka Sultan
Terengganu telah menyertai persekutuan tajaan Inggeris dan anak-anak didik mereka -
kumpulan Dato' Onn.

Sebenarnya penentangan Malayan Union oleh Dato' Onn adalah satu lakonan. Agar orang
Melayu bersyukur dan menerima dengan Federation of Malaya, walaupun banayak
syarat-syarat yang tidak menguntungkan orang Melayu/Islam dan Sultan mereka.

Mengapa Wan Mokhtar dan Mahathir mengungkit-ungkit masalah minyak? Di mana semangat
hidup dalam persekutuan yang mereka persetujui.

Dari manakah datangnya duit mereka membuat bangunan tertinggi negara. Tertinggi di
dunia. Dari manakah wang mereka membuat kereta nasional?

Dari manakah mereka "bail-out" / tolong kroni-kroni mereka & anak-anak Mahathir
ketika gawat?

DARI PETRONAS!

DARI DUIT RAKYAT TERENGGANU!

Sahlah dengan kenyataan sebegini rupa oleh Wan Mokhtar dan kroni-kroniya dalam umno
adalah pengkhianat rakyat Terengganu.

Wahai rakyat Terengganu jangan bagi peluang kepada orang seperti ini. Bahaya. Mereka
akan menghancurkan negeri tersayang kita dengan lebih teruk.

Overseas Terengganu