Make your own free website on Tripod.com
CADANGAN TENDER TERBUKA TOL TERENGGANU

Assalamualaikum Saya amat tertarik dengan surat pembaca pada harakah keluaran 27.12.1999 yang
mencadangkan agar KERAJAAN TERENGGANU mengeluarkan tender secara terbuka dan membina
lebuhraya di Terengganu TANPA MENGIKUT TENDER KERAJAAN PERSEKUTUAN. Kita semua sedia
maklum kos yang bernilai contohnya RM 100 juta akan menjadi RM 150 juta di bawah
penyelenggaraan kerajaan persekutuan kerana ketidaktelusan dan korupnya mereka. Oleh itu,
amatlah TIDAK BIJAK sekiranya kerajaan Terengganu masih mahu projek lebuhraya itu diteruskan di
bawah selenggaraan kerajaan persekutuan.

Amat malanglah rakyat terengganu jika kerajaan impian rakyat pimpinan Tn Guru Haji Hadi masih
'menyokong' tindakan kerajaan pusat yang tidak telus ini! Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan
Terengganu sendiri yang membina lebuhraya tersebut secara tender terbuka. Sudah tentulah KOS
pembinaan akan menjadi LEBIH RENDAH kerana tiadanya rasuah, KUALITI juga akan LEBIH BAIK dan
dengan itu KADAR TOL yang dikenakan juga akan menjadi LEBIH RENDAH.

Jika hal ini mampu dijalankan oleh kerajaan Terengganu, maka tidak sia sia lah harapan yang
diletakkan oleh rakyat Terengganu kepada sebuah kerajaan Islam yang 'mesra rakyat'. bukankah
cadangan ini dapat menaikkan kredibiliti kerajaan negeri Terengganu?

-penyokong gerakan Islam United Kingdom, 28 Dis 99