Kami Pekerja Telus
 

Saya tertarik dengan ucapan Awang Jabar
bekas calon BN di DUN Bukit besi
yang kalah dengan YB Ustaz Roslan Ismail.
Beliau ketika berucap di perhimpunan agung UMNO
baru - baru ini supaya Kerajaan pusat menukar pegawai
kerajaan persekutuan yang menyokong BA semasa pilihanraya
umum yang lalu.
      Ingatlah Awang Jabar,sesungguhnya kami masih mampu
bekerja dengan telus,malah kami masih bekerja dengan penuh
didikasi,Kalau rasa nak tukar juga nah.....90% Pegawai Persekutuan
dari setinggi-tinggi hingga serendah rendahnya.Ingat perjuangan kami
tidak mengenali batas sempadan,dimana bumi dipijak,disitu bulan
dijunjung.Kami pasti akan lebarkan sayap perjuangan,pengalaman kami
DiTerengganu cukup baik,Silalah.

Teori 1 :

Kami ditukar keSelangor....yang sokong BA di Selangor ditukar Ke Johor
Yang sokong BA di Johor tukar pula ke Penang, Yang Penang ke Pahang,
yang Pahang Ke N9,Yang N9 ke Terengganu......akhirnya yang pergi penyokong BA
yang datang pun penyokong BA...itulah KeADILan.
 

Teori 2 :

Katalah semua yang sokong BA ditukar ,mungkin 35.000 orang (rasanya lebihlagi)
seorang bertukar dibayar purata RM3000.00  (35,000 X 3000) fuhhhhhhhh.......
itu sudah cukup bagus...........

Teori 3:

Pebendaraan pun pening,kenaikan gaji 10% belum selesai,
Menteri Kewangan lagi pening,
Mengadu pada Mahathir,
Mahathir Makin pening...........
"Apa nama punya Perwakilan Dungun ni........"
"Nak mengampu pun fikir lah untuk kebaikan negara"
Akhirnya: Awang Jabar tak Relevan lagi.......
 

Pegawai Tadbir N1
Persekutuan