Make your own free website on Tripod.com
 
 


ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

 
 
Umno/BN Dan Regim Mahathir Menanti Ajal..!!
By Amin Sapiro 
20/12/2000 pm
Amin Sapiro (makin merenung semakin nampak) 

[Firaun adalah lambang sistem perhambaan yang amat dahsyat dalam sejarah peradaban manusia. Namun dia hanya hebat kerana dipagari oleh orang dan binatang yang berada disekelilinginya. Dia membina struktur yang besar-besar belaka, tetapi mengapakah hanya kuburnya sahaja yang begitu menonjol sampai bila-bila? Bukankah itu satu tanda agung dari tuhan bahawa tiada seorang pun manusia mampu hidup dan berkuasa selama-lamanya. Kekejaman mereka akan menjadi satu cerita yang akan semakin merendahkan imejnya dulu, kini dan selama-lamanya. Dan itu termasuk keturunannya yang ada di mana-mana. Alangkah malunya mereka semua... - Editor
 
 
 
 

UMNO/BN DAN REGIM MAHATHIR MENANTI AJAL..!!

KITA tidak menyangka TPM Abdullah Bedawi begitu bebal dan hina fungsinya. Menurut beliau di Utusan Malaysia: 

[["...ahli UMNO tidak akan membenarkan kepimpinan UMNO dipermainkan, diperkecilkan dan dihina, malah kekuatan UMNO adalah kerana ahlinya yang setia kepada pemimpin. Pembangkang merasakan dengan menyerang Dr. Mahathir (character assassination) secara berterusan, ahli UMNO akan meninggalkan atau menyingkirkan beliau.."]] 

Hamman Berkongsi Darjat Dengan Firaun

Teringat kita kepada kesah Firaun yang memerentah Mesir 4,500 tahun dulu. Waktu itu keagungan diri si Firaun itupun berpunca dari nafsu rakus yang mahukan umat manusia mengakui dirinya sebagai tuhan. Digunakanlah bala tentera dan pengintip dikalangan puak upahan untuk mencari sesiapa yang tidak mentaati perentahnya. 
 

Hamman yang menjadi ketua penyebar 'PR' beliau begitu peka dengan arahan itu. Beliau berkhutbah dan menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan dengan maksud memaksa rakyat mengakui bahawa Firaun itu adalah tuhan mereka. Didirikanlah piramid sebagai lambang kemegahan dan keegoan bagi mengabadikan Firaun yang dikuburkan disitu. 
 

Andainya didapati sesiapa yang engkar dan cuba tidak patuh dengan menidakkan 'ketuhanan' Firaun, mereka akan diseksa dengan kejam sebelum dibunuh tanpa dibicarakan dengan sempurna. 
 

Kita dengar bagaimana keluarga Masyitah menerima hukuman Firaun kerana membantah kemahuan tuhan palsu itu. Satu keluarga digorenng dalam minyak panas yang menggelegak - termasuk seorang bayi yang belum pandai berkata-kata dipangkuan si ibu. 
 

Dengan izin Allah swt. yang maha berkuasa, maka si bayi itu telah memperkuatkan keimanan si ibu yang berbelah bagi hatinya sewaktu mereka akan ditolak ke dalam kawah minyak yang panas mendidih. 

Berakhirlah satu episod kezaliman sebuah pemerentahan angkuh sombong lagi riak yang cuba menegakkan kemungkaran paling terkutuk dalam sejarah manusia. 

Allah swt sengaja menurunkan cerita itu kepada umat manusia bahawa diakhir zaman akan berlaku jua pemerentahan seumpama itu. 
 

Hari ini kita sudah nampak pelbagai contoh menyerupai episod seumpama itu berlaku di tanahair kita. Kita nampak sekarang bagaimana 'Si Hamman' sudah mulai menjalankan aturcara karenah puaknya. Sudah diwarwarkan paksaan keatas rakyat dengan maksud menegah umat manusia supaya jangan mempermain, memperkecil dan menghina ketua 'Nombor Wahid' mereka. 

Dihasut dan diyakinkanlah rakyat jelata kununnya kekuatan puak mereka adalah kerana kaum mereka adalah setia kepada pemimpin yang disanjung setinggi langit. 

Tidakkah ini membayangkan zaman Firaun sudah berulang di negara ini? Sama-samalah kita berfikir! 

Dollah Menjadi Alat Propaganda Peribadi 'MahaFIRAUN'

Sebagai TPM, tidak sangka Dollah boleh berkata: 

[["Usaha pembangkang memburuk-burukkan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bagi menggambarkan beliau sebagai 'orang jahat dan beban' kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya. Walaupun pelbagai cara digunakan, pembangkang akan hampa akhirnya kerana ahli UMNO kenal siapa pemimpin yang mereka pilih".]] 
 

Bertanya kita kepada Dollah: Apakah Firaun diburuk-burukkan oleh Nabi Musa a.s. dengan sengaja? Tidakkah Firaun sendiri yang berkarenah menyalahi seruan Allah swt. dengan melakukan pelbagai kekejaman dan kezaliman, merosakkan aqidah manusia - hingga Jibrail diutus Allah swt dengan wahyu yang terang kepada Musa a.s. bahawa kuasa manusia tidak sempurna dan hayat manusia tidak sampai ke mana. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Berkuasa atas segala-galanya! 

Dengan itu, jelaslah kepada hamba Allah swt yang lahir kemudian supaya jangan keterlaluan mengangkat manusia yang berkuasa hingga kejahatan dirinya dibiarkan ditafsir sebagai kebaikan pula. 
 

Jika itu dilakukan bermakna kelompok itu sudah terang-terang menafikan ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutus dengan bermacam wahyu yang memberi petunjuk dan panduan bahawa manusia harus mengikis perasaan 'terlalu mengagungkan' ketua yang merosakkan rakyat secara bersembunyi. 
 

Jauh Sangat Dollah Terpesong
 

Selagi Dollah seolah-olah tidak nampak dengan sengaja membutakan mata memekakkan telinga terhadap Kezaliman yang dilakukan oleh 'godfather'nya (kerana beliau diberi tugas sehina itu oleh si MahaFIRAUN yang memberi beliau kedudukan sebagai 'orang nombor dua'). Sekaligus dengan itu, Dollah akan disamakan oleh rakyat sebagai hamba suruhan bagi menjalankan fungsi yang sama taranya dengan Hamman! 
 

Untuk membantu Dollah berfikir, perhatikanlah sebahagian dari puluhan kemungkaran yang diketahui rakyat, kini yang telah dilakukan pula oleh si MahaFIRAUN itu - antaranya si MahaFIRAUN ini: 

     
     
  1. telah mendirikan mahligai 'sejenang kuda berlari' untuk diri dan keluarganya; sementara rakyat yang miskin menitiskan airmata mengongkosi pembinaannya. Bandingkanlah kediaman ribuan rakyat miskin yang berteduh dibawah kepingan atap nipah bocor dan berdinding pelupuh. Adilkah itu? 

  2.  
  3. mengaut ringgit dan sen dari kocek rakyat tanpa segan silu untuk menampung kerakusan nafsu-nafsi anak-bini, kroni dan kuncu-kuncu si MahaFIRAUN ini. Bandingkan, satu juta rakyat di Terengganu yang mengharapkan punca rezki dari khazanah kurniaan Allah swt. telah diputarbelit oleh kelompok si MahaFIRAUN (termausk Dollah) ini. Apakah itu bentuk Keadilan yang diamalkan oleh puak ini dalam membahagi-bahagikan kekayaan harta dunia? 

  4.  
  5. melakukan rasuah dan penyelewengan hak dan harta rakyat hingga sanggup mengaut tanah rakyat tanpa mengikut peraturan yang dipersetujui rakyat. Bandingkanlah berapa juta jumlah rakyat yang terseksa kerana gubuk buruk mereka diruntuhranapkan dengan bulldozer oleh jentera pentabir si MahaFIRAUN ini semata-mata untuk memberi laluan kepada kroni beliau membuat kekayaan? Adakah si miskin tidak berhak menumpang di bumi Allah ini. Masih tidak zalim kah itu? 

  6.  
  7. melakukan pelbagai adu-domba keatas rakyat yang ingin hidup harmoni demi kepentingan politik dan kerakusan kuasa si MahaFIRAUN itu. Apakah bentuk masyarakat yang bakal terbina sekiranya gejala syak dan waham menjadi budaya rakyat akibah mengikut ragam karenah si MahaFIRAUN? 

  8.  
  9. menyiksa rakyat yang menuntut hak asasi mereka sebagai hamba Allah swt; sementara si MahaFIRAUN ketawa berdekah-dekah melihat seorang insan yang memperjuangkan keadilan dipenjarakan dan disiksa oleh tangan zalim beliau. Dimanakah sifat kemanusiaan si MahaFIRAUN ini? Adakah Dollah masih beranggapan si MahaFIRAUN itu wajar dibersihkan namanya? 

 

Itu cuma 5 perkara saja. Jika ditanya rakyat, mungkin jumlah kebusukan dan kejahatan si MahaFIRAUN ini sebanyak bintang di langit. 
 

Kejahatan Pasti Akan Menerima Balasan Allah swt

Jika Dollah hendak menegahpaksa rakyat menutup mulut, bayangkanlah banyaknya air ditakungan di empangan Aswan di Mesir. Bayangkan juga apa akan jadi sekiranya empang 'kemarahan' rakyat itu pecah - pasti UMNO/BN yang semakin mengerdil itu akan tenggelam didasar limpahannya. 
 

Firaun tenggelam menemui ajal di Laut Merah atas kehendak Allah swt. Jika Allah swt menghendaki UMNO/BN dan regim Mahathir musnah habis kikis di bumi bertuah ini, tidak ada satupun pemimpin dan penyokong parti itu akan terselamat. 
 

Dari apa yang nampak sekarang, peristiwa di Lunas cuma 'bayang-bayang' kilat yang memancar. Bagaimana jika disekalikan dengan guruh-petir, kilat sabung menyabung di seluruh negara; tidakkah akan gempa bumi bertuah ini? Termampukan kuasa anda memadamkan api yang membakar kelak, wahai pemimpin UMNO/BN? 

Sesunguhnya, perancangan Allah Maha Hebat melebihi perancangan hambanya. Regim Firaun tidak kekal hingga kiamat. Begitu juga UMNO/BN dan Regim Mahathir MahaFIRAUN ini, insyaAllah. Bila tiba masa hukuman Allah swt itu dikehendakiNya berlaku, bukit batu batan yang begitu kuat pun pecah berkecai menjadi debu. 
 

Perancangan umat yang zalim tidak akan mendapat restu Allah swt. Percayalah!! 
 

Amin Sapiro 
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)