TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

PERLANTIKAN JAWATANKUASA MASJID  BELUM DISAHKAN

OLEH:PUTRA DARULIMAN

                  Menurut sumber seorang kawan saya yang bertugas
di Komplek Seri Iman,dimana terletaknya pusat pentadbiran
Jabatan Agama Islam Terengganu,bahawa ahli  jawatankuasa masjid
yang bernaung dibawah jabatan Agama Islam Terengganu
belum lagi disaahkan oleh Kerajaan dahulu.oleh yang demikian
katanya,beberapa pegawai dijabatan tersebut telah mendesak
pesurujaya agama Terengganu menulis surat kepada Exco supaya
menyegerakan pengesahan perlantikan tersebut.Namum begitu
beliau memaklumkan kepada saya bahawa Exco kerajaan PAS
Terengganu tidak bercadang untuk peneruskan permintaan supaya
perlantikan tersebut disahkan.Malahan mengikut Warta Kerajaan
Terengganu"Enekmen pentadbiran Agama Islam(pindaan 2000)
satu kaedah perlantikan baru telah diluluskan.Enekmen tersebut
dikatakan berkuat kuasa bermula 1hb Mei 2000.Namum begitu
sehigga ke hari ini kami belum lagi melihat apa-apa perubahan
pada Ahli jawatankuasa masjid yang terdahulu.Perkara ini kalau
tidak diambil tindakan segera ianya amat menyukarkan Qariah
atau JSR mengatur majlis dan program mengikut citarasa serta
halatuju kerajaan baru.Kerana kebanyakan AJK Masjid yang dahulu
adalah bekas JKKK.
            Lebih parah dari itu ada pegawai di jabatan agama menyebar
disana sini kononnya kerajaan PAS tiada kekuatan didalam menentukan
halatuju dasar perjuangan PAS.
 

sekian

puteraDI@hotmail.com