Make your own free website on Tripod.com
ALHAMDULILLAH !!! IMPIAN TERCAPAI
 
 

Hasil gerakan merampas   akhbar HARAKAH oleh KDN  di sekitar Lembah Kelang, dan susulan mesyuarat pengurusan HARAKAH yang telah mencapai kata putus , untuk akur dengan arahan   Menteri Dalam Negeri , Dato' Abdullah  Ahmad Badawi bagi menghadkan jualannya di pejabat, cawangan dan markas PAS sahaja.

Dengan arahan dan keputusan ini, hasrat dan cita - cita saya melalui tulisan dalam artikel - artikel  yang terdahulu dapat dijayakan dengan segera, cepat dan berkesan. InsyaAllah cita - cita untuk menawan Malaysia dapat menjadi realiti dalam tahun 2004 nanti.

Antara artikel terdahulu yag telah saya kemukakan ialah, PERTAMA " PUSAT IT  dan KHIDMAT ",KEDUA  "THINK TANK - Kumpulan Pemikir " dan KETIGA  " EDAR ARTIKEL INTERNET " Ia menjadi sangat relevan dan mudah dilaksanakan. Ketiga - tiga cadangan dan input ini boleh digerakkan mulai daripada  sekarang .

Tahniah dan terima ksih kepada Menteri Dalam Negeri.

KESAN
Kesan dari arahan tersebut dapat disenaraikan seperti berikut ; Cawangan - cawangan baru dapat disegerakan penubuhannya di mana jawatankuasa penaja boleh diatur mulai sekarang, Keahlian baru dapat ditingkatkan ; Pelbagai khidmat  tambahan dapat disediakan  selain untuk jualan HARAKAH ; sebagai PUSAT IT dan KHIDMAT ; peluang latihan untuk ahli lama dan baru dapat dipergiatkan ; peuang untuk melatih pelapis pemimpin  parti setempat dapat dibuat dengan lebih lancar ; kekerapan aktiviti parti dapat dipertingkatkan ; memudahkan kerja parti untuk diorganisasi ; dapat menyusun jentera parti dengan lebih berkesan lagi ;  bilik gerakan akan dapat dikunjungi dengan lebih mudah  kerana sentiasa dibuka ; organisasi parti akan lebih tersusun ; parti dapat digerakkan dengan lebih sistematik . dll
 

MASALAH TERDAHULU
Apa yang berlaku selama ini ialah, wujudnya markas dan cawangan yang separuh mati dan tidak aktif. Bilik gerakan markas dan cawangan sentias tertutup. Aktiviti di markas dan cawangan tidak aktif ; bangunan markas dan cawangan berada di dalam keadaan uzur dan daif dll.
 

HARAPAN
Dengan arahan dan keputusan ini serta langkah -langkah selepas itu, akan menjadikan parti PAS sebagai yang paling aktif, produktif , dan berdaya maju sebagai persiapan bagi menyambut kemenangan dalam pilihanraya ke - 11 nanti. InsyaAllah.

Saya mengharapkan pimpinan tertinggi dan mereka yang berkenaan serta bertanggungjawab, SEGERA mengambil inisiatif, bertindak dan melakukan kerja asas dan perlu untuk mengerakkan dan merealisasikan CITA - CITA dan IMPIAN di atas , bukan cita - cita peribadi saya sahaja tetapi mungkin seluruh pejuang - pejuang kebenaran dan keadilan semua.

Jangan dipandang remeh dan ringan cadangan yang tidak seberapa ini. Dengarlah pandangan dan pendapat orang - orang kecil ini. Cita - cita dan harapan orang - orang kecil sebenarnya menggunung besarnya dan tinggi melangit. Ingatlah , cita - cita orang kecil ini besar majoritinya.
Jangan dihampakan dan musnahkan harapan kami ini.
 

Terompah_kayu@hotmail