TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN" 
tinta_hijau@hotmail.com

AMANAT HAJI HADI BUKANNYA FATWA

OLEH
ABDULLAH NGAH


Ramai yang tidak setuju dengan pendirian Menteri Besar Terengganu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap “Amanat” dan “fatwa” yang kononya telah dan sanggup mengkafirkan orang UMNO.

Sama ada setuju atau tidak, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tetap dengan pebdirianya Beliau tidak pernah berganjak dengan pendirian asalnya bahawa yang dikatakan “Amanat” oleh sesetangah golongan itu bukannya fatwa.

Memang pun amanat itu bukannya fatwa, kerana fatwa ialah dibuat oleh majlis fatwa kebangsaan. Mana-mana pihak tidak berhak untuk membuat fatwa.

Jadi bagaimana ucapan seorang individu boleh di kategorikan sebagai “fatwa” sedangkan ianya hanya suatu ucapan dalam majlis ceramahan anjuran PAS Terengganu di suatu masa dahulu.

Kalau ianya di iktiraf sebagai fatwa, maka sudah tentu berpuluh .ribu  fatwa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang setakat ini, kerana boleh dikatakan hampir setiap malam beliau berceramah.

Tidak kurang juga yang menuduh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berdolak dalik. Akan tetapi tahukah anda bahawa beliau tdak pernah bersikap demikian. Sebab itu beliau mahu supaya diadakan muzakarah agar diketahui umum kedudukan sebenar Amanat itu.

Beliau bercakap berdasarkan fakta dan jauh sekali untuk mereka-reka suatu atas nama kepentingan politik kepartian.

Apa-apa yang dicakapkan itu bersumberkan sebuah kitab “Mustika” hadis yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Sesiapa sahaja boleh rujuk Kitab “Mustika” hadis jikalau masih samar-samar atau kurang yakin dengan hujjah penulis.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak pernah mengatakan ucapannya itu senagai “Amanat” dan jauh sekali untuk mengatakan ianya “fatwa”. Sebab itu dia menafikan Amanat itu sebagai fatwa.

Sememangnya ia (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) patut menafikan, kerana itu hanya ucapan di majlis ceramah di Banggol Peradong, tetapi bukannya Amanah sepertimana yang didakwakan pihak UMNO.

Orang PAS sendiri sejak dahulu dan sekarang tidak pernah mengiktiraf ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu sebagai “Amanat”. Cuma pandai-pandai Omar Khalid sahaja.

Beliau (Omar Khalid) berbuat demikian bukan dengan izin Tuan Guru Haji Abdul Awang, tetapi atas insiatifnya sendiri yang hidup cari makan dengan menjual kaset-kaset ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ingin penulis nyatakan disini bahawa ianya bukan “Amanat” juga bukan “fatwa” sepertimana yang didakwa oleh pihak UMNO, tetapi ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang terkandung di frem-frem itu hanyalah susunan ucapan di dalam suatu majlis ceramah umum yang di anjurkan oleh PAS di Banggol Peradong suatu masa dahulu.

Ayat-ayat atau perkataan-perkataan itu diucapkan berdasarkan apa yang tertulis didalam Kitab “Mustika” hadis terbitan Jabatan Perdana Menteri yang mana telah ditandatangani oleh Datuk Seri Dr., Mahathir Mohamad sendiri.

Menurut Kitab Mustika hadis, sesiapa yang engkar dengan perintah Allah, maka ia menjadi kufur, hatta engkar mengerat kuku sekalipun. Wal hal mengerat kuku itu suatu yang sunat hukumnya. Bagaimana pula dengan sesuatu yang wajib hukumnya?

Apa lagi dengan orang yang menpersenda-sendakan hukum Allah. Jadi sesiapa yang engkar atau enggan melakukan perintah maka ianya menjadi kufur (bukan Islam) bagaimana pula dengan orang yang mengatakan hukum Allah sudah ketinggalan zaman, kolot dan sebagainya.

Sila rujuk Mustika hadis untuk mengetahui kedudukan sebenar.

Penulis tidak bermaksud untuk mempertahankan sesuatu yang salah, atau terlalu taksub dengan kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sudah menjadi Menteri Besar Terengganu sekarang, akan tetapi ianya suatu reality yang tidak mungkin dapat di nafikan akan hakikatnya.

Maka apa-apa yang terkandung didalam ucapan yang disusun oleh Omar Khalid itu jelas tidak boleh mengelirukan umat Islam, malah jauh sekali telah, sedang dan akan menjadi penyebab atau punca berlakunya perpecahan umat Islam di Malaysia ini.

Sesiapa yang mendakwa Amanat itu menjadi penyebab berlakunya perpecahan umat Islam di Malaysia ianya suatu pembohongan dan dakyah semata-mata.Maka mereka yang beranggapan demikian hendaklah bertaubat nasuha, kerana telah melakukan fitnah yang sangat berbahaya.  SEKIAN