Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

AMANAT HADI : PENYELAMAT AQIDAH UMMAH
Oleh : Tentera Panji Hitam
 

                          "Saudara-saudara sekalian!"

                           "Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita
                           menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang
                           dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan
                           peraturan kafir."

                           "Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-
                           saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita
                           adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita
                           mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati
                           Islam."

                            "Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak
                           payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi
                           kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku."
 

             Cuba kita teliti dan hayati benar-benar apa yang terkandung pada ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi
di perenggan yang pertama,Jelas disini bahawa kemelut yang timbul,penentangan yang wujud antara
PAS dan Umno bukan sekali-sekali atas namanya.Jelas lah penentangan ini adalah kerana BN dan
Umno itu menegakan dan mengekalkan Perlembagaan penjajah serta peraturan kafir.

         Persoalan disini ialah perkataan kafir.Sila kita semak kembali dan hayati Perlembagaan Malaysia yang
diterima pakai hari.Apakah ianya dibina diatas roh Islam.Adakah Perlembagaan yang ada didasarkan
kepada Hadith Nabi SAW?.Adakah ianya disandarkan kepadaIjmak Ulamak?Perlembagaan yang
kita pakai dimalaysia hari adalah hasil bikinan Suruhanjaya Lord Reid.Siapa kah Lord Reid itu?
Islamkah dia?Ulamak kah dia?Beranikah kita yang beragama Islam menyatakan Perlembagaan yang
disediakan Oleh Lord Reid itu adalah Perlembagaan Islam?Didunia ini Allah telah menetapkan cuma dua
sahaja iaitu ISLAM dan Kafir.Nah ! letakan pendirian kita tentang perlembagaan ini.Jadi dimanakah
silap dan cacat serta sesatnya di perenggan pertama diatas.Jelas ianya amat jelas tiada sedikit kekeliruan pun.

        Seterusnya pada perenggan kedua Tuan Guru,mempericikan lagi kaitan dengan perenggan pertama.
Apabila sesuatu itu bercanggah dengan islam,tidak boleh tidak ianya menjadi suatu kewajipan bagi kita menentang
ianya dari terus kekal.Penentangan itu adalah perjuangan,maka perjuangan itu adalah Jihad.Penentangan
itu pula pelbagai cara,berceramah memberitahu,kuliah mengajar ilmu,derma untuk digunakan pada kerja-kerja
penentangan dan seandainya ketika melaksanakan kerja-kerja tersebut kita dibunuh,dibunuh kerana menentang
golongan yang mengekalkan perlembagan kafir,mengekalkan perlembagan jahiliah................
Seorang ibu yang mati ketika melahirkan anak adalah Syahid,orang yang mati kemalangan juga mati syahid,
apatah lagi mereka yang mati ketika menentang golongan yang meneggakan perlemgaanJahiliah dan kafir itu.

        Pada perenggan seterunyaTuan Guru mengingatkan kepada Umat Islam bahawa kegelinciran aqidah ini
amat mudah berlaku,tanpa perlua kita beriktiqad memasukki agama lain.Dengan menghina,menidakkan ketetapan
Allah hatta dengan sedikit perkataan sahaja ianya juga boleh menjurumuskan seseorang itu meninggalkan Islamnya.
Kebetulan pada masa itu (1981) perkataan atau ayat "Politik suku ,agama suku...kita tidak boleh campurkan"sentiasa
bermain dibibir umat Islam di Malaysia.Tuan Guru memberi Peringatan,amaran ,panduan,nasihat supaya kita semua
jangan sesekali mengeluarkan ungkapan seperti itu.
            Sekiranya sebelum peringatan ini sampai kepada kita perkataan ini ada kita ucapkan,ketika itu ianya tidak
sampai kepada gugurnya aqidah,kerana ucapan itu di ungkap ketika kita jahil(tidak tahu)implikasi atau akibat dar
i ucapan tersebut.

        Alhamdulillah,selepas peringatan serta nasihat tersebut ummat mula sedar,perkataan atau ungkapan tersebut
sedikit demi sedikit dihindari dari keluar dari mulu ummat Islam.
    Ucapan Tuan Guru tersebut tiada cacat celanya  Tidak perlu dipertikaikan,,ianya suatu panduan bagi umat Islam ,
suatu peringatan bagi menyelamatkan Aqidah Ummat Islam.
 
 

Sekian.