ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
 

Perkosa Dalam Bas - Jawapan Buat A-Jabat

 

        PROLOG

        Isu ini timbul berikutan pembunuhan kejam seorang wanita muda (jurutera sistem
        komputer?) yang diperkosa dan dinodai sebegitu rupa.

        Pelbagai pendapat timbul seperti permasaalahan tiada muhrim dalam perjalanan dll
        lagi. Ada pihak cuba mengambil kesempatan untuk menempelak ucapan TG Nik Aziz
        dengan peristiwa sebegini. Tidak kurang pula syarikat bas tersebut dikritik kerana
        kurang berhati-hati dalam soal menggaji pemandu yang diragui.

        Yang amat mengejutkan ialah kenapa nama dan gambar wanita yang terbunuh itu
        tersiar meluas. Bukankah keluarga wanita tersebut sudah maklum - jadi kenapa perlu
        ditunjukkan gambarnya?

        Tindakkan akhbar dan puak-puak tertentu ini amat memilukan. Bayangkan kenapa
        pihak ini tidak pula ada gambar (muka aja pun tak apa) dalam kes pelacuran mewah
        di Merlin antara artis (dan pengacara tv3?) dengan orang kenamaan (VIP dan hakim
        beruk?). Bila Haslinda Merican dan Amin dikira bersalah tentunya ini bermakna ada
        pelacuran - ada yang membaham dan ada yang menerima. Saya diberitahu pihak
        pendakwa (sdr Kamarulzaman) mempunyai gambar bogel sebahagian dari wanita
        tersebut.....

        JENAYAH DAN PUNCANYA

        Ada pelbagai sebab jenayah dan keruntuhan moral berleluasa. Antaranya ialah:

          1.Undang2 Yg Tidak Ketat
          2.Pendidikkan Akhlak/Ugama Yang Kurang
          3.Godaan Pemakaian, (baik Filem/Real Live)
          4.Penjenayah dilindungi (Hakim tercemar)
          5.Media (Filem, Akhbar, Buku)
          6.Nafsu menjadi tuhan

          7.dan lain-lain lagi.
 
 

        UNDANG-UNDANG YANG TIDAK KETAT

        Kita diajar supaya mempertikaikan tafsiran al Quran oleh regim terkini. Mahathir
        memberi pelbagai alasan ekonomi dan kemajuan sambil menembak hukum hudud
        dengan komen "kudong" dan "tidak mampu" lagi. Dia juga mentakwil "dalam lagi
        penting" sedangkan hijab wanita itu bukan satu pilihan lagi. Ia adalah kemestian. Itu
        adalah perintah dari tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat manusia dan
        masyarakat mereka. Islam mahu memenjarakan nafsu yang liar tetapi membenarkan
        si suami bergurau dengan si isteri seikut suka. Bukankah itu satu keindahan yang tiada
        bandingnya?

        PENDIDIKKAN

        Pendidikan hari ini lebih bercorak untuk lulus peperiksaan sahaja. Penghayatan menjadi
        nombor dua, malah mungkin nombor terakhir bagi setengah remaja. Matapelajaran
        ugama pula disama tarafkan dengan lukisan sahaja.

        Sebab itulah ramai ibu-bapa yang perihatin menghantar anak mereka kesekolah
        ugama. Malangnya ruang yang ada amat terhad bagi mereka yang kurang gaji
        pendapatannya. Selain itu pencapaian ugama anak-anak mereka menafikan peluang
        untuk mendapatkan tempat disekolah berugama yang terhad tempatnya. Lihatlah
        berapa ramai ibu-bapa cuba menghantar anak mereka ke SMAKL (Sek Men Agama
        KL) tetapi kecewa kerana tempat yang ada sedikit cuma. Malangnya kerajaan tidak
        perihatin dengan permintaan ibu bapa.

        GODAAN PEMAKAIAN SERTA MEDIA

        Bayangkan kerajaan lebih mementingkan keuntungan iklan dan aksi adegan yang
        menggiurkan daripada keruntuhan moral anak-anak muda. Beberapa iklan yang
        mencuit iman di dada sengaja ditayangkan di kawasan yang ramai penduduk islamnya
        seolah-olah itu satu pandangan biasa yang tidak apa-apa.

        Sikap kerajaan yang membela ratu cantik serta menganjurkan pesta ratu bertaraf
        antarabangsa di PWTC tidak serasi dengan dakwaan PM bahawa Malaysia "adalah
        negara Islam walau pun tidak mengamalkan undang2 islam" semasa berucap di UIA
        tempoh hari. Ini semua mendedahkan betapa hipokritnya kerajaan umno yang asyik
        mengada sahaja .

        MEDIA DAN NAFSUNYA

        Majalah dan buku-buku yang merosakkan dijual begitu berleluasa di segenap ceruk
        negara. Gejala ini semakin teruk bila beberapa VCD mengambarkan perilaku pelajar
        sekolah berasmara tersebar begitu meluas dan murah pula tanpa rasa malu dengan
        megahnya. Mereka membuat pergambaran ditempat yang terkemuka seolah-olah
        mahu memperli sistem yang ada. Majlis Ugama dan pelbagai insitusi kesedaran yang
        ditubuhkan oleh kerajaan kelihatan tidak bermaya. Mereka hanya kaya dengan
        pelbagai aktiviti forum dan teori sahaja - tetapi lembap dalam pelaksanaanya. Pelbagai
        masjid baru dirasmi dan bermacam hadiah diterima oleh negara tetapi hakikatnya
        muda-mudi negara ini sudah rosak dengan teruknya.
 

        NAFSU MENJADI RAJA

        Apabila nafsu ini dibiarkan bermaharajalela akan punahlah masyarakat kerananya dan
        ini terbukti dengan pelbagai masalah sosial yang melanda negara. Orang melayu
        sudah pandai membuat dan membuang anak seikut suka pula. Mereka tidak takut
        kerana JAIS boleh ditegur supaya tidak berkata. Atau hakim yang bermain dengan
        artis boleh lepas begitu sahaja. Siapakah yang mengajar ini semua jika tidak kerajaan
        kita juga? Bagaimanakah Haslinda Merican boleh didakwa tetapi sipelacur dan orang
        ternama itu dilindungi pula? Mengapa mangsa rogol di dalam bas itu dicetak merata
        gambarnya tetapi pelacur mewah di Merlin itu dilindungi pula?
 
 
 

        KES ROGOL: JAWAPAN 1 UNTUK ASTORA JAHAT

        from: Partners [counterbalance_2000@yahoo.com] to: [ADIL-Net]

        from: Pejuang Keadilan [abusalsabila@hotmail.com] from: Din Din
        [marpiau@yahoo.com]

        Date: Thu Oct 12, 2000
        Subject: Rogol dalam bas dari sudut hudud

        JAWAPAN UTK A. JABAT

        Bagi menjawab soalan ASTORA JABAT ulamak serong, bagaimana nak melaksanakan
        hukum hudud untuk kes rogol, terlebih dahulu perlu diterangkan, hudud bererti had
        atau larangan. Ia lebih kepada sifat pencegahan.

        Berbalik kepada perlaksanaan hudud untuk kes rogol. Pada zaman Nabi Muhammad
        saw, diriwayatkan oleh Wa'il ibn Hujr bagaimana seorang wanita hendak pergi
        bersolat, dan dipertengahan jalan dia telah diserang oleh seorang lelaki yang kemudian
        merogolnya. Wanita tersebut bagaimanapun akhirnya dapat menjerit dan lelaki
        tersebut terus melarikan diri. Jeritan itu juga menyebabkan sekumpulan Muhajirin
        datang. Wanita tersebut menceritakan apa yang berlaku, dan akhirnya lelaki perogol
        tersebut telah dapat ditangkap dan dibawa mengadap Rasullullah saw. Nabi berkata
        kepada wanita tersebut

        "Pulanglah. Allah mengampunimu".

        Untuk perogol tersebut, baginda berkata

        "Rejam dia dengan batu hingga mati"
        (Tirmidhi dan Abu Dawud)

        Ini menunjukkan untuk kes rogol, bukti yang ada pada seorang wanita yang menjadi
        mangsa itu sahaja sudah cukup untuk menghukum perogol. Tak perlu ada saksi lain.
        Zaman sekarang, teknik medical yang ada dengan senang sahaja dapat membuktikan
        sesuatu kes rogol. Harap tak ada yang terus mengatakan hudud hukum Allah itu tak
        lengkap bila sebenarnya diri sendiri terlalu bodoh untuk melaksanakannya, macam
        ASTORA JABAT ni. Hudud bukan setakat menghukum, tetapi merangkumi semua
        aspek sistem keadilan dan keselamatan yang mengambil kira fitrah manusia itu
        sendiri. Janganlah berterusan memberi alasan untuk menghalang kita dari
        melaksanakannya.

        Firman Allah: (An-Nisaa ayat 61)

        "Apabila dikatakan kepada mereka 'Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah
        telah turunkan dan kepada hukum Rasul', nescaya kamu lihat orang-orang Munafik
        menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu"

        Wuallahualam.