Make your own free website on Tripod.com
 
 
 
 

ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU



Umno dan AyamTuanya
By Man Kubur 
10/12/2000 am

Pembuka kata: 

Hairan juga kita, pandangan Ku Li terpancar di benua Singapura tetapi tidak pula tercetak di tanah melayu walaupun ia terkenal satu waktu dulu dengan pendekar sejarah purba. Dunia persilatan tanah-air kini sudah tercemar, mereka bersilat untuk membuka dan menutup muka sahaja, alih-alih tolak dan tarik kekata sehingga kalah semua sandiwara teragung di dunia. 

Kekalahan BN di Lunas menyaksikan munculnya pelbagai penulis yang masih cuba hendak menyalahkan pihak pembangkang lagi tidak sudah-sudah, seolah-olah pihak BN betul belaka dalam semua perkara. Akhirnya wadah dan cerita yang dipaparkan hanya layak menjadi kertas pembungkus cuma, itupun kalau tidak dikitar menjadi tisu kertas di bilik yang busuk baunya. Yang selebihnya pula akan melahirkan pendekar meloya sahaja..... 

Saya ingin menterjemahkan beberapa hujah yang agak penting dalam rencana STS kali ini dengan ringkas sambil tokok tambah: 
 

Budak Tua Kuat Degilnya 

Menurut Ku Li, umno memerlukan idea-dea baru, orang yang muda yang berbakat dan dapat membimbing generasi muda. Perubahan perlu untuk mengadaptasikan pemikiran muda hari ini. 

Selagi budak-budak tua yang dah lapuk itu menerajui negara, umno hanya mengundang kegelapan di penghujung perjalanannya. Rakyat sudah berubah, tetapi pemimpin yang ada masih tidak ingin merubah sikap. Sebaliknya mereka menyalahkan pohon yang muda yang lebih tinggi dan subur dari mereka. Padahal hasilnya nanti untuk rakyat dan kebaikkan umno juga. 

"Kami dengar banyak rintihan ramai golongan muda mahu memasukki umno, tapi pemimpin umno nampaknya macam tidak berupaya menemui mereka walaupun diperingkat bahagian.", kata Ku Li. 

"Saya percaya kepada reformasi. Jika orang menyokong anda, anda akan kekal berjawatan. Pertarungan dan perbalahan tidak semestinya menyebabkan perpecahan jika anda menjaga dekorum dan melakukan sesuatu dengan jujur, saling menghormati serta mengikut batas-batas tertentu.", tambah Ku Li lagi. 

Dalam temuramah dengan STS, Ku Li sengaja tidak mahu membidas Mahathir terang-terangan. Dia menguis ketepi sahaja. 

"Saya tidak kata Dr Mahathir patut kekal selamanya..." 

"Saya fikir Dollah tidak akan mengambil tempat presiden dari Mahathir sekarang kerana Mahathir tidak kelihatan mahu melepaskan jawatan itu. Itu adalah satu fakta.." 

Inilah yang berlaku dalam umno. Mereka sanggup menunggu orang lama biarkan kalah di Lunas sehingga termalu olehnya. Lama-lama umno akan menjadi bahan ketawa dan berkubur tidak bertanda, Bila itu berlaku menangis satu tempayan pun sudah tidak berguna. Walaupun ianya mungkin bukan satu lagi sandiwara...... 
 
 

Ku Li dan Kuku Tumpulnya 

Kepimpinan umno nampaknya tidak selesa dengan pertandingan jawatan tertinggi parti sejak 1987 - thuan dimana Ku Li mencabar Mahathir untuk jawatan presiden parti. Akhirnya parti itu berpecah dan diistiharkan haram oleh mahkamah. Ku Li menubuhkan S46, tetapi dia kembali semula ke dalam umno (1997) tanpa mendapat apa-apa pulangan yang kelihatan. Ku Li juga tidak dapat menyumbangkan apa-apa yang berkesan kepada umno khususnya semasa pemilu yang lepas. Dia juga tidak diberikan sebarang jawatan kerana jawatan itu akan menyebabkan dia dikelilingi oleh ramai orang... bukankah Mahathir sudah lama merancang? Kini Ku Li nampaknya sudah pupus timbul tenggelam dihantui seribu bayangan kerana gambar beliau yang bertengkolok itu sudah lama menikam perasaan. Maka beliau menjadi gurka moga-moga ada yang kasihan. Malangnya kasihan tidak ada dalam umno - yang ada cuma wang! 

Ku Li dan Sayap Patahnya 

Kita perhatikan Ku Li kini amat jarang mendapat liputan media tempatan. Itulah yang berlaku bila sayap sudah dipatahkan.... ayam Kelantan ini sudah tidak bisa terbang. Dia perlu menunggu sayap yang baru untuk tumbuh tetapi dia tidak pula mengamalkan pemakanan yang sihat berterusan. Sayang umno tinggal-tinggalkan.... itulah perubahan yang sepatutnya dilakukan jika Ku li memang anak jantan. 
 
 
 
 

--------------------------------------------------------------------------------