Make your own free website on Tripod.com
 



Kekalahan dan Kejatuhan Aziz Shamsuddin
(Aziz Shamsuddin's Defeat And Collapse)
Oleh: Spirit Of Truth
 
 

Kekalahan pengikut yang paling setia Mahathir, Aziz Shamsuddin dalam pertandingan ketua bahagian UMNO Baru(a) Gopeng dan kemasukannya sebagai pesakit IJN kerana penyakit jantungnya memberikan isyarat tambahan betapa Mahathir sudah menghampiri jurang keaibannya. Episod ini diseramkan lagi oleh serangan bijaksana Kumpulan Badawi, dan penyokong setia Anwar dalam UMNO, yang sedang terus berusaha untuk menggagalkan diktator yang degil itu, kerana masih enggan turun persada kemegahannya ketika mempunyai masa yang sesuai dulu. Kedegilan Mahathir untuk melepaskan kuasa yang ada, jenayah mega kerana mentohmah, memfitnah dan menyiksa Anwar Ibrahim menunjukkan betapa Mahathir sudah semakin tercungap di air dalam bikinannya sendiri, tidak mudah mampu menyelamatkan diri.
Mahathir sudah terdesak, bersikap hysteria, gelojoh dan takut dalam setiap geraknya untuk terus hidup. Dia sedang mempamerkan gelagat penyakit saraf dengan letusan emosi yang ada kepada seorang diktator yang tidak berguna; inilah fenomena semulajadi yang ditunjukkan sebelum sesaorang itu menemui ajalnya. Kekalahan bajingan paling kejam, Aziz Shamsuddin menunjukkan takdir dan di waktu yang sama merupakan balasan daripada segala kerja-kerja bajingan yang jijik-jijik yang dilakukan oleh seorang manusia yang tidak berhati perut dan dirasuk syaitan yang sanggup mentohmah, memfitnah, mendera dan memenjarakan seorang manusia kamil - Anwar Ibrahim - yang tidak berdosa dan tidak mampu mempertahankan dirinya daripada segala bentuk penderaaan. Hari ini, Aziz yang mengepalai satu konspirasi ciptaan Mahathir untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim, sedang tersiksa menanggung azab dunia dengan kuasa Allah kesan daripada doa' hamba-hambanya. Balasan pertama yang diterima ialah kematian mengejut isterinya dalam satu kemalangan kereta (yang dipandu oleh anaknya sendiri-penterjemah). Tanpa menginsafi daripada pengajaran yang pertama itu, Aziz naik pangkat lagi menjadi seorang timbalan menteri pendidikan mengikut pilihan Raja bajingannya, Mahathir. Dia terus mengikut arahan ketua yang sudah berhati syaitan itu dan kini dia merengkok kesakitan di atas sebuah katil di IJN, sambil setiap urat darah jantungnya dipenuhi kesakitan kesan kerja bajingannya terhadap orang-orang yang tidak berdosa.

Mahathir semakin lemah kini. Lebih lemah lagi dengan kejatuhan dan kekalahan hambanya yang paling setia. Laksana tangan kanan yang terpaksa menanggung beban dosa-dosa besar yang pernah dilakukannya, Aziz telah diserang sakit jantung kerana tiba-tiba dia menjadi takut diheret masuk penjara, kerana melakukan kerja-kerja kotor yang melanggar undang-undang hukum Islam dan sivil. Mahathir sudah semakin lumpuh sebahagian anggotanya, dia akan terus menghenyak rakyat marhaen dengan taktik yang kejam, lebih zalim daripada yang sudah-sudah, kerana dia sudah sedar betapa Badawi sedang mengusahakan serangan rahsia untuk menumpaskannya. Dia akan menjadi lebih ganas, kejam, zalim dan gila, tidak memikirkan apa lagi selain keselamatannya. Inilah tandanya dia akan menjadi lemah, setelah kehilangan segala bentuk sokongan dan setelah rakyat marhaen semakin membencinya. Semua itu akan meningkatkan ketakutannya dan juga kemarahannya. Dia tidak akan teragak-agak membunuh sesiapa yang difikir akan menjadi ancaman kepadanya, dan akan menggunakan ISA untuk mengepung para musuhnya.

Marilah sama-sama kita sedar bahawa Mahathir sedang berperang dalam satu peperangan yang akan menumpaskannya. Dia mungkin kelihatan memenangi perjuangan itu tetapi dia sedang kekalahan dalam peperangnnya. Tindakannya menyalahgunakan kuasa, salahguna polis, kegelojohan menggunakan ISA, dan kerakusannya menunjukkan dia tidak lagi mempunyai apa-apa selain berselindung sebalik kuasa ekskutif yang masih ada ditangannya. Kemenangan rakyat marhaen sudah semakin ketara dan ia sudah semakin hampir, tetapi kita mesti terus menentang Mahathir. Kita mesti terus berani berdepan dengan penyangak politik bajingan ini dan membebaskan pemimpin yang unggul, Anwar Ibrahim, daripada cengkaman kezaliman. Hanya dengan itu barulah kita dapat melihat kelahiran Malaysia yang bebas dan tulen, berpadu, dan aman tenteram. Marilah kita tuntut hak kita sebenarnya, menempah kebebasan kita daripada regim Mahathir yang sungguh ganas itu.

-Semangat Kebenaran-
(Spirit Of Truth).

Selasa 17.4.2001.