ROYALTI  :  KAMI BERSMA  TOK GURU
 

Teks Perbahasan Belanjawan 2001
Oleh.: YB  Dr. Syed Azman
Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Tuan YDP,
Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut berucap didalam mmbahaskan rang undang-undang perbekalan 2001 ini. Walaupun Belanjawan 2001 telah digelar oleh Perdana Menteri sebagai “Belanjawan Rakyat”, akan tetapi ia mengandungi banyak perkara yang mengecewakan rakyat ramai.

Sebagaimana yang disebut oleh Ketua Pembangkang dalam Parlimen, ia menguntungkan sesetengah golongan saja, tidak semua. Memang benar ada elaun, rebet dan penggalak untuk golongan rendah dan pertengahan, akan tetapi ia tidak mencukupi. Bahkan golongan kaya akan lebih beruntung. Menteri Kewangan menggariskan lima strategi untuk Belanjawan ini dan beliau mengutamakan tiga daripadanya. Walaupun kebanyakan sasaran bertumpu kepada ekonomi, akan tetapi di sebaliknya tersembunyi agenda politik yang tidak beretika.

Tuan YDP,
Didalam pembentangan ini Menteri Kewangan juga ada menyebut visi negara kecil dengan jumlah penduduknya 22 juta orang dengan penyediaan “wawasan 2020”, dimana Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, sama tarafnya dengan negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Persoalannya pemimpin negara pernah juga memperkenalkan konsep “Pandang ke Timur” untuk menerapkan semua nilai dan cara bekerja yang membawa kejayaan dalam bidang industrialisasi sama seperti Jepun, Korea dan Taiwan dan nama PM menonjol dengan bangganya dan digelar` sebagai “harimau”. Tapi kini Konsep pandang ke Timur ini hanya tinggal impian…malahan impian ngeri.

Pemimpin negara juga mempropagandakan impiannya “Nilai-nilai Asian” dan melaksanakannya dan menjelaskan bahawa apa yang baik bagi Barat tidak semestinya baik untuk Timur, demokrasi serta hak asasi ala Barat tidak semestinya baik dan menyatakan juga bahawa di Timur, kami menjalankannya dengan “cara kami yang tersendiri”- Demokrasi dan hak asasi di Malaysia adalah acuan kami sendiri.

Namun realitinya, Di bawah pimpinan yang ada sekarang, Malaysia sebenarnya berada jauh dari tahap yang memperakui hak-hak kebebasan masyarakat. Sebagai sebahagian dari rencah politik rakyat Malaysia , ianya turut ketinggalan jauh terkebelakang dalam soal konsep berpolitik dimana “siapa yang menang akan mengambil kesemuanya dan yang kalah akan dihukum”. Yang lebih menyayantkan lagi “politik balas dendam” diamalkan serta “tidak mahu menerima realiti bahawa sebahagian rakyat kini telah menolak mereka”.
 

TYDP,
Belanjawan ini cuba hendak digunakan untuk mendapatkan kembali sokongan undi untuk BN, yang telah banyak berpindah kepada pembangkang dalam pilihanraya lalu. Ini jelas sekali kelihatan apabila pasaran saham BSKL menerima pembentangan belanjawan dengan jatuhnya index saham BSKL sebanyak 16 mata seolah-olah menampakkan kurang keyakinan terhad pembentangan budget.

Tambahan pula belanjawan ini juga turut menyentuh persoalan wang royalti minyak yang telah dirampas dari Terengganu dan dijadikan wang ehsan yang ditadbirkan oleh kerajaan Pusat. Adalah amat menghairankan apabila ‘wangh ihsan’ ini juga turut di bentang sebagai sebahagian belanjawan negara. Dibawan peruntukan serta butiran mana? Apakah Menteri Kewangan bercadang unuk membentangnya setiap tahun!

Wang ihsan ini  kononnya untuk membantu golongan miskin, seperti nelayan, petani, penarik beca dan mereka-mereka yang perlu dibantu. Saya ingin bertanya di Dewan yang yang mulia ini - apa yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO selama 40 tahun mereka memerintah Terengganu?

Mereka menerima royalti minyak secara langsung dengan tunai bernilai hampir RM7 billlion selama 22 tahun, seperti mana yang terkandung dalam Perjanjian yang ditandatangani antara PETRONAS dengan Kerajaan Terengganu.

Persoalannya mengapakah rakyat Terengganu mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi (17.3%) - hidup merempat, “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, walaupun pendapatan per-kapita Terengganu adalah yang kedua tertinggi di seluruh negara.

Apakah pemimpin-pemimpin UMNO menggangap rakyat Terengganu tunggul kayu, pak turut, bodoh dan bahalol sehinggakan mereka boleh diperkotak-katikkan secara tidak bermaruah?

Tetapi kini cara ‘daylight robbery’ yang dilakukan oleh BN telah cuba menafikan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Terengganu. Malahan ada Menteri yang dahulu telah ‘burn the bridge’ terhadap UMNO berani menyatakan ianya hanyalah MOU. Apakah mereka mahu  “memejamkan mata” dan menolak hak yang ditermeterai dalam perjanjian yang dilaksanakan sejak 25 tahun dahulu.

Namun saya ingin mengucapkan syabas kepada Presiden Petronas dan Ketua Pengarah Esekutifnya, Tan Sri Mohammad Hassan Merican, yang berani menjelaskan bahawa Petronas akan meneruskan pembayaran 5% hasil royalti kepada Terengganu disebabkan perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1975. Malahan Tan Sri Hassan menganggarkan jumlah keseluruhannya pembayaran pada tahun ini ialah RM810 juta.

TYDP,
Dalam isu ini, kerajaan Pusat dengan sewenang-wenang mencerobohi semangat dan amalan federalisme, peruntukan undang-undang serta perjanjian bertulis antara Terengganu dengan Petronas dengan mengubah perkataan 'royalti' kepada perkataan 'wang ihsan.'
 
Dengan satu tindakan, kerajaan Pusat telah memaksa sebuah negeri yang merupakan sebahagian daripada negara Malaysia, bertukar daripada sebuah negeri yang berdaulat dan bebas (yang menyertai Persekutuan Malaysia secara sukarela dan terhormat) kepada sebuah negeri peminta sedekah - yang hanya layak diberikan 'ihsan,' bukan hak.

Dengan perkataan lain, dengan tindakan ini, kerajaan Pusat secara terbuka memaklumkan kepada dunia bahawa ia bersedia untuk 'menjajah' mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia yang diingininya, biarpun tindakan tersebut berlawanan dengan perlembagaan negara dan kehendak rakyat. Ini adalah kezaliman dan keterlanjuran yang amat jelek sekali.

Tetapi, seperti kata YAB Menteri Besar Terengganu, perkataan ihsan adalah perkataan Arab yang bermaksud belas kasihan. Kalau kita hendak menyembelih lembu kita gunakan pisau yang tajam kerana belas kasihan terhadap lembu itu supaya ia tidak terlalu sakit apabila disembelih. Tetapi UMNO/BN cuba 'menyembelih' sebuah kerajaan  yang ‘legitimate’ bukan secara ihsan, tetapi dengan tukul besi dan mereka ketuk kepala bagaikan Zionis Israel yang merampas tanah serta hak penduduk Palestin. Malahan sifat-sifat Zionis yang tidak pernah menghurmati perjanjian serta sentiasa khianat kepada sesuatu perjanjian yang ada kepada sesetengah pemimpin UMNO hari ini.

Inikah ihsan? Ini sebenarnya adalah kezaliman yang telah dikenakan kepada sebuah kerajaan negeri yang mendapat mandat sah dari rakyat. Ini bukan bayaran ihsan, tetapi bayaran 'nazi' atau bayaran zalim, bayaran menyeksa.

Kalau dahulu mereka sanggup menghina dan menghukum seorang insan yang dahulunya mereka sanjung-puja. Tapi kini mereka menghina dan menghukum 1.2 juta rakyat Terengganu yang 95% adalah bangsa Melayu.

YA kita akan menyeret UMNO/BN ke mahkamah - tapi bukan mahkamah yang ada ini - kita akan bawa mereka ke ‘mahkamah rakyat” - rakyatlah akan menjadi hakim dan menghukum kezaliman pemimpin-pemimpin yang ada ekarang ini. Insy’Allah PR kesebelas tidak lama lagi - We are willing to wait - Kita sanggup menunggu - “time is on our side”.

Tuan YDP,
Kerajaan Pusat sebenarnya telah menghantar satu isyarat yang salah kepada pelabur luar. Petronas merupakan sebuah syarikat besar dan menjalankan perniagaan secara Internasional. Jika Kerajaan Pusat tidak menepati perjanjian di antara kerajaan negeri Terengganu , bagaimanakah pula pelabur asing akan mempercayai akan keselamatan perniagaan mereka bila menjalankan pelaburan di Malaysia.

Pimpinan UMNO bukan sahaja menghukum rakyat Terengganu, malahan keseluruhan rakyat Malaysia, apabila pelabur asing mula menarik dan menjauhi pelaburan mereka dimana dalam masa yang sama ekonomi serantau mula menunjukkan kemakmurannya.

Begitu juga peranan Parlimen. Apakah kita mahu membuang kelongkang semua ‘hansard’ parlimen yang memperakui hak sesebuah negeri yang nyata.

“Bagaimana pula halnya dengan Parlimen yang sebagai badan tertinggi perundangan? Seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1992) yang kin terpaksa menjilat kembali kata-katanya demi survival politiknya. Beliau berkata; “Parlimen sudah diperalatkan oleh eksekutif politik. Parlimen dikuda untuk meluluskan undang-undang zalim”. Ya - inilah realiti yang ada.

TYDP,
Tidak cukup dengan itu - Pebentangan ‘belanjawan rakyat’ ini juga di buat di tengah-tengah amalan rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa berlaku di negara kita. Index rasuh negara berada di tahap yang amat membimbangkan. Dari isu ‘lesen terbang’ hinggakan kepada kekeyaan luarbiasa anak-anak menteri sehingga ada anak Menteri yang baru berusia 27 tahun mempunyai kekayaan mencecah $1.2 billion, ada anak Menteri yang duduk didalam BOD lebih dari 200 syarikat di seluruh Malaysia.

Inilah yang dikatakan ‘negara kleptocracy’ dimana negara dikusai oleh mereka yang dikusai oleh mereka yang rasuah. Kekayaan negara dikaut untuk kepentingan diri dan kroni.Apakah amalan yang jijik ini sudah menjadi suatu ‘budaya biasa’ di negera kita?

Tuan YDP,

Kenapa pemimpin-pemimpin UMNO begitu ‘peroniod’ sekarang ini?

Sejak negara kita menghadapi kegawatan ekonomi lebih dua tahun lalu serta trajedi pemecatan DSAI, negara kita samada politik, ekonomi serta sosialnya berada didalam keadan yang tidak menentu. Kepimpinan politiknya tidak stabil, ekonominya terus berkecamuk dan keadaan sosialnya terus merosot.

Kita baru sahaja hampir setahun menghadapi PR yang ke 10 pada akhir November 1999. Ya, BN terus berkuasa serta telah mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen. Namun kita perlu ingat - ‘the biggest loser’ dalam PR lepas adlah UMNO!

Rata-rata undi yang di perolehi UMNO merosot. Ramai pimpinan mereka yang kecundang. Mereka bukan sahaja kehilangan Kelantan malahan Terengganu yang merupakan 2 negeri majoriti Melayu terbesar di Malaysia. Malahan secara purata di semenanjung Malaysia, 55% pengundi Melayu telah memberi undi kepada Pas/BA. UMNO kehilangan tapak dikalangan masyarakat Melayu!

Kebanyakan kerusi UMNO dimenangi rata-rata dengan ‘ehsan’ pengundi-pengundi bukan Melayu khususnya pengundi-pengundi Cina dan India. Itupun dengan cara ‘politics of fear’ yang mereka amalkan. Apakah kita lupa akan gambaran yang di berikan kepada masyarakatt Cina sekiranya mereka memilih BA - seolah-olah akan berlaku semual peristiwa berdarah 13 Mei, akan berlaku kekacauan, ‘bloodbath’ serta huruhara di negara ini. Poster-poster yang menakutkan di tampal dikawasan-kawasan majoriti Cina. Malahan akhbar-akhbar perdana turut memberi gambaran yang menggerunkan kepada masyarakat Cina.

Tuan YDP,
Undi popular UMNO/BN merosot dari 66.8% (1995) kepada 56% pada tahun 1999. Pembangkang pula telah meningkat dari 33% kepada 44% undi popular di seluruh Malaysia. Lebih 2.27 juta pengundi telah memberi undi kepada Pas/BA. Ramai pimpinan UMNO yang kalah teruk.

Rakyat pula telah memberi mandat secara sah kepada Pas/BA di Kelantan dan Terengganu. Malahan kerusi parlimen UMNO hanya tinggal 74 berbanding 94 dalam PR yang lepas. Mereka kehilangan banyak kerusi di Pahang, Kedah. Perak, Selangor dan Perlis. Kerusi parlimen Kuala Terengganu yang saya tandingi, dalam PR 1995 - UMNO menang dengan majoriti lebih empat ribu undi. Namun dalam PR lepas saya telah menang dengan majoriti melebihi 14,000 undi. Apakah ‘hantu’ yang memberi undi kepada saya ataupun mandat rakyat yang mahukan perubahan!

UMNO perlu menerima realiti bahawa kini mereka bukan lagi mewakili majoriti Melayu di Malaysia. Mereka kini ditolak secara terbuka oleh sebahagin besar masyarakat Melayu. Meraka hanyalah layak dipanggil pemimpin ‘minoriti melayu’ yang menang dengan ‘ihsan’ masyarakat bukan Melayu! Genersi muda yang berpendidikan terutamanya kini ‘muak dan mual’ dengan gelagat pemimpin UNMO yang terus menerus mahu ‘bersandiwara’ dengan rakyat serta angkuh dan gelojoh memegang tapuk pemerintahan. Golongan kelas pertengahan Melayu secara terbuka menolak UMNO dan kini ‘berpayung di bawah Pas/BA’.

Tuan YDP,
Inilah realiti yang sehingga sekarang pemimpin UMNO tidak bersedia untuk mereka terima. Malahan mereka cuba mencari isu - mereka cuba membakar semangat orang-orang melayu dengan ‘ketuanan Melayu’. Mereka cuba mengaitkan isu ‘gangguan kuasa asing’ dengan pembangkang. Merekan cuba neniupkan kembali isu ‘perpecahan bangsa Melayu’. Malahan dalam banyak hal Pas-lah yang menjadi sasaran mereka. Pas terutamanya cuba ‘dikambing hitamkan’ dengan isu perpecahan bangsa, memperalatkan Islam, malahan isu Al-maunah juga cuba dikaitkan dengan Pas. Inilah UMNO sekarang, “kokok berderai-derai tapi ekor penuh dengan tahi”

Realitinya UMNO dan pemerintahan sekarang sedang tenat menghadapi ‘krisis keyakinan’. Rakyat sudah tidak percaya dengan ‘propaganda UMNO’ walaupun mereka memiliki media perdana. Ini semua dianggap hanyalah sebagai ‘sandiwara’ pemimpin yang sedang nazak.

Tuan YDP,
Belanjawan ini juga ‘mengecewakan’ ramai kerana tidak memberi kenaikan gaji terutama kepada golongan pekerja awam berpendapatan rendah dan sederhana. Memang benar tidak lama dulu kakitangan kerajaan telah mendapat kenaikan gaji 10 peratus. Akan tetapi, memikirkan kenaikan harga barang keperluan serta pengangkutan, berikutan peningkatan harga minyak petrol, dan lagi pula para menteri dan wakil rakyat dijangka mendapat kenaikan pendapatan 10 peratus, saya ingin mencadangkan agar sekurang-kurangnya pekerja rendah ini diberi bonus satu bulan.

Bukankah ini yang mereka harapkan, bahkan kadang-kadang dijanjikan? Bahkan sepatutnya gaji golongan profesional, terutama sekali kakitangan universiti dan hospital, dinaikkan juga, untuk menyekat pemindahan mereka daripada sektor awam ke sektor swasta. Apatah lagi mereka ini berkelayakan tinggi tetapi dibayar rendah. Tidak cukup memberi mereka tambahan elaun yang kecil saja tapi kepakaran mereka mesti di ‘recognised’.

Tuan YDP,
Dalam lima tahun akan datang, adalah dijangka kira-kira 2,000 orang kakitangan kanan di semua universiti akan sampai masa untuk bersara. Perkhidmatan di kalangan ramai mereka yang telah mencapai umur persaraan tidak dilanjutkan pada masa yang lalu, walaupun kelayakan dan kepakaran mereka tinggi. Tidak ramai orang muda yang berkelayakan mahu memasuki bidang akademik kerana gajinya rendah.

Hal ini tentu sekali akan menimbulkan krisis mutu pendidikan di universiti pada masa akan datang. Dalam hal ini saya ingin mencadangkan agar kerajaan membuat penilian semula terhadap had bersara seperti yang ada sekarang yang bukan kepada warga universiti tetapi juga di semua sektor yang dirasakan perlu. Saya ingin mencadangkan agart had umur 60 tahun sebagai had umur pencen di negara kita.

Pengaliran para doktor dari perkhidmatan kerajaan ke hospital-hospital swasta tidak boleh disekat oleh kerana tarikan gaji mereka menarik dan berlipat kali ganda lebih tinggi dari perkhidmanat kerajaan. Kekurangan doktor di hospital kerajaan boleh menjejas mutu perkhidmatan kesihatan. Maka saya ingin mencadangkan agar gaji serta insentif doktor-doktor di negara ini di kaji secara menyeluruh.

TYDP,
Rancangan untuk menubuhkan empat buah lagi universiti dan beberapa buah hospital memang baik. Sudah tentu peruntukan sebanyak RM7.56 bilion untuk membina hospital baru akan menimbulkan senyuman di kalangan para kontraktor tertentu. Namun - lebih penting daripada pembangunan fizikal ialah memastikan hospital cukup kakitangan dan mempertahankan mutu perkhidmatan yang tinggi. Peruntukan bagi perkara-perkara ini nampaknya tidak wujud dengan bererti dalam Belanjawan ini dan yang dijangka mendapat laba adalah kontraktor-kontractor kroni.

Belanjawan ini juga tidak menyebut tentang rancangan penswastaan dan pengkorporatan hospital dan universiti yang sedang dan akan berjalan. Perlu difahami bahawa rancangan ini akan mengakibatkan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan menjadi lebih mahal dan bertambah susah untuk diperolehi oleh rakyat biasa. Akan tetapi, ia sudah tentu menjanjikan untung yang besar bagi kroni-kroni tertentu. Saya pohon penjelasan Menteri dalam hal ini.

Berhubung dengan kesihatan ini, beberapa pelepasan cukai dan subsidi menimbulkan soalan. Terdapat pelepasan cukai sebanyak RM500 untuk perkhidmatan perubatan. Bagaimana kedudukannya untuk golongan miskin yang tidak membayar cukai? Apakah jenis pelepasan serupa yang mereka perolehi?

Ada juga subsidi untuk rawatan dialisis bagi mereka yang menghadapi masalah buah pinggang. Tetapi bagaimana dengan mereka yang diserang penyakit jantung ataupun angin ahmar? Kita mesti ingat bahawa mereka ini tidak mempunyai keupayaan sama sekali untuk bekerja dan akibatnya sangat buruk jikalau mereka miskin. Saya ingin mencadangkan agar mereka juga diberikan hak.

Berserta pendidikan dan kesihatan, perumahan dan pengangkutan merupakan kemudahan sosial penting yang sewajarnya menjadi tanggungjawab sosial yang disediakan oleh pemerintah.

Rumah kos rendah dan sederhana sudah dinaikkan harga sebelum belanjawan ini lagi, untuk memenuhi tuntutan pemaju yang tidak puas hati dengan keuntungan kecil yang mereka dapati. Harga rumah murah dinaikkan daripada RM25,000 kepada kira-kira RM40,000, manakala rumah sederhana bertambah daripadaRM45,000 kepada sekitar RM60,000. Walaupun harga naik, akan tetapi mutu rumah-rumah jenis ini semakin merosot. Rumah kos murah dan sederhana yang telah didirikan tidak mencukupi bagi “setinggan” yang kehilangan tempat tinggal akibat perobohan. Lebih-lebih lagi tidak cukup kemudahan atau bantuan untuk menolong mereka membeli rumah.

Pemerintah merancang untuk menyelesaikan masalah setinggan di Kuala Lumpur dalam masa dua tahun. Adakah ini akan dilaksanakan melalui pengusiran secara paksa? Malangnya sedikit sekali perlindungan diberi kepada penduduk setinggan daripada pengusiran secara paksa ini. Lagi pula mereka jarang mendapat pampasan yang mencukupi atau tanah atau rumah ganti selepas perobohan rumah mereka. Mengenai pengangkutan pula, bilangannya masih tidak mencukupi dan mutu perkhidmatan pula sangat rendah.

Tambahan pula, kesesakan lalulintas sering berlaku, selepas hujan lebat diikuti banjir kilat, yang menimbulkan banyak masalah di sesetengah kawasan kediaman setinggan khususnya. Tidak banyak yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan yang prihatin seharusnya lebih mengambil berat terhadap nasib golongan miskin di bandar dan juga desa.

Berhubung dengan k-ekonomi dan rancangan ICT, dan juga untuk menguatkan daya persaingan dalam lapangan-lapangan ini, banyak penggalak disediakan. Kerajaan cuba menarik pakar-pakar dari “Banglore hingga San Francisco”, dengan menawarkan pelepasan cukai pendapatan selama dua tahun, pelepasan cukai daripada barang-barang yang dibawa masuk, termasuk dua buah kereta persendirian, dan jaminan bahawa kewarganegaraan kan diberi dalam tempoh enam bulan kepada isteri asing.

Wang KWSP boleh dikeluarkan untuk membeli komputer bagi pencarum sendiri selain daripada anak yang sedang menuntut. Dua ribu dua ratus makmal komputer akan disediakan di sekolah-sekolah tertentu. Akan tetapi, apakah akan berlaku kepada mereka yang miskin dan tidak menyumbang kepada KWSP? Bilakah mereka akan termampu untuk membeli komputer?

Dan bagaimana pula dengan beratus-ratus sekolah luar bandar, yang tidak mempunyai bekalan elektrik pun? Apakah peruntukan yang diberi supaya kanak-kanak miskin yang belajar di sekolah tersebut boleh menghambat ketinggalan dalam teknologi komputer itu? Ada bahayanya bahawa jurang ekonomi yang melebar akan menjadi bertambah lebar dengan adanya jurang teknologi ini di antara golongan miskin dengan kaya.

Mengenai wanita pula, ada beberapa konsesi diberi kepada mereka berkaitan dengan pelepasan cukai, rebet dan juga bantuan untuk ibu tunggal. Sudah tentu ini diterima baik bukan saja oleh kumpulan wanita. Akan tetapi ini saja belum begitu memadai. Misalnya, tidak ada peruntukan bagi rancangan-rancangan untuk menghindar keganasan seks dan juga untuk membantu wanita yang menjadi mangsa keganasan itu.

Akhirnya, alam sekitar merupakan satu masalah yang serius di negeri ini. Akan tetapi, cuma RM85 juta saja diperuntukkan bagi penguatkuasaan, pengawalan dan pemantauan dalam bidang ini. Sepatutnya, lebih banyak lagi peruntukan bagi meningkatkan kualiti alam sekitar, misalnya, untuk membersihkan sungai, pantai dan udara, dan bagi menambah bilangan pegawai penguatkuasa untuk menjalankan peraturan-peraturan yang berhubung dengan perlindungan alam sekitar. Malangnya, pemerintah tidak mengambil berat terhadap alam sekitar sebagaimana yang sewajarnya.

Bandingkan jumlah ini dengan RM4.75 bilion yang diperuntukkan bagi membina jalan, jambatan dan pelabuhan. Peruntukan besar ini tentu menggembirakan para kontraktor, lebih daripada rakyat biasa yang akan menghadapi pencemaran akibat aktiviti-aktiviti pembinaan ini. Apabila jumlah ini ditambah pula dengan peruntukan RM7.56 bilion untuk membina hospital, dan juga pengeluaran wang KWSP untuk membeli komputer, Belanjawan ini menunjukkan bahawa ia lebih mengambil berat terhadap kontraktor dan peniaga daripada rakyat biasa, terutama sekali dari golongan miskin.

TYDP,
Kita mesti menerima realiti bahawa negara kita dalam krisis - Terimalah realiti ini - Kita tidak boleh lari dari realiti imej negara kita kini sudah banyak tercemar. Jangan hanya menudung jari kepada pihak lain. Cerminlah diri sendiri dan terimalah kenyataan ‘you are a sick man’. Alaf baru ini kita tidak boleh berbohong lagi kepada rakyat. Era globalisasi juga menuntut kita agar lebih telus serta menerima asas-asas hak asasi manusia serta keadilan sejagat.

TYDP,
Saya ingin menarik Dewan ini akan resolusi International Parliamentary Union(IPU) di Jakarta minggu lepas. Persdidangan IPU yang dihadiri oleh 505 ahli-ahli parlimen dari lebih seratus negara termasuk wakil-wakil BN yang hadhir. IPU telah melulus satu resolusi yang mengecam kerajaan Malaysia terutamanya dalam kes korupsi serta liwat DSAI yang antara lain menyatakan bahawa kes ini “not of a legal nature” and they were build on the presumption of guilt”. Malahan kes ini dianggap sebagai “there were reliable allegations concerning the use of coerced statements of withnesses”

Resolusi yang di luluskan oleh IPU ini juga menggesa kerajaan membebaskan DSAI “pending appeal”.

Kita masih ingat beberapa bulan lepas apabila DSAI dijatuhkan hukuman 6+9 Kebanyakan negara di dunia ini mengecam tindakan ini. Kerajaan Amerika menyatakan bahawa hukuman ini adalah “very distressed” Kerajaan Kanada telah memanggil duta Malaysia di sana untuk menyatakan “deep concern”. Perdana Menteri Australia secar terbuka mempersoalkan kebebasan kehakiman dinegara ini. Malahan rakan-rakan negara-negara ASEAN ‘in private’ menyatakan sikap kekesalan mereka dalam hal ini. Sehinggakan badan yang dihormati dunia International Commisions of Jurists (ICJ) menggangap DSAI sebagai “a prisoner of conscience”.

TYDP,
Kita masih ingat bahawa Jefferey Sachs dari Harvard Universiti yang merupakan seorang Noble Price economic Laureate pernah menyatakan bahawa reputasi negara di peringkat antarbangsa telah tercemar kerana ‘auhhoritarian political crackdown serta mengenakan ‘useless’ capital control’.

Malahan beliau menambah lagi bahawa “a lack of political fredom will hold Malaysia back from attacting It industry as the link between democracy and information rich societies is important”.

TYDP,
Semua memperakui bahawa kepimpinan yang ada sekarang sudah kehilangan ‘kredibiliti’. Perdana Menteri sendiri sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat parah terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. - PM pernah menulis “The Malay dilemma” - Namun kini beliau serta UMNO sendiri yang sedang menghadapi dilemma.

PM berkata kalau dahulu beliau di benci oleh kebanyakan masyarakat Cina dan di sayangi oleh orang-orang Melayu - Namun kini ia adalah di sebaliknya - PM terpaksa memperakui bahawa masyarakat Melayu sudah tidak lagi menyokong beliau dan beliau bargantung sokongan di atas ehsan masyarakat Cina. Namun PM berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan sehingga orang-orang Melayu kembali menyokong beliau - Apakah ini akan berlaku selagi beliau terus memimpin negara!

Seperti kata Barry Wein dari Wall Street Journal;
“Its one of the great ironies that, while Dr. Mahathir’s grip on Malaysia has never seemed thighter, his retirement has never been more eargely awaited, and the nation’s political future has never appeared so uncertain”.

“Even some of Dr. Mahathir’s most ardent backers recognised that he must go….As they see it, the critical elements are timing and face.”

Kepada pemimpin yang sudah usang dan ‘liabilities’ kepada negara - saya sarankan ‘turunlah segera sebelum kamu di turunkan oleh rakyat’. Belajarlah dari apa yang berlaku kepada diktator yang zalim seperti Marcos di Filipina, Suharto di Indonesia serta Milosevic di Serbia.

Saya teringat ucapan yang pernah di buat oleh YB dari Gua Musang pada tahun 1992 - “Negara kita akan diperintah oleh golongan seperti Mafia” - “Mereka ini kayaraya dan berkuasa. Mereka akan mempengaruhi polis, pegawai kerajaan, Peguam Negara, mahkamah dan sesiapa sahaja untuk berpihak kepada mereka. Dengan wang yang banyak mereka boleh beli apa sahja dan lakukan apa sahaja yang mereka mahu. Tidak siapa boleh mempertikaikan perbuatan mereka”. Ya YB Gua Musang, Bagi saya ini sudah menjadi realiti - Mafia yang dikatakan oleh YB sedang bermaharajalela di negara kita.

TYDP,

? usahlah bercakap soal penyatuan Melayu atau majlis Melayu kalau terus menerus menghina dan menghukum 2.6 juta Melayu Terengganu dan Kelantan.

? Usahlah bercakap soal Islam kalau terus menerus menghina Islam dengan tindakan-tindakan dangkal terhadap kesucian Islam sendiri.

? Usahlah bercakap soal Globalisasi dan mengecam ketidak-adilan Kuasa-kuasa Besar Barat kalau diri sendiri terus menerus mengamalkan kediktatoran serta politik Machievelli terhadap sebarang bentuk opposisi.

? Realitinya masyarakat Melayu tidak mungkin akan kembali ‘berpayung’ untuk bersatu dibawah UMNO. Rakyat sudah tidak bodoh dan tidak boleh diperbodohkan lagi!

Kembalilah berpijak di bumi nyata - tolaklah ‘politik perkauman yang jijik’ Binalah Malaysia di alaf baru ini dengan kepimpinan serta pemerintahan yang telus, bersih serta saling hormat-menghormati - masa untuk berubah sudah sampai.