TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

 

Assalamualaikum W.T.B
Senario politik di negara kita tampaknya semakin matang. Kemerosotan undi BN Telok Kemang menunjukkan kenaikan undi
di pihak undi kaum China. Adakah ia disebabkan kelewatan pembayaran pampasan mangsa JE? Atau sememangnya bangsa
Cina telah membuka mata melihat tingkah-tingkah laku kerajaan dan ahli-ahli BN yang melampau membodoh-bodohkan
pemikiran rakyat Malaysia. Terpulang kepada masing-masing untuk mengambil kesimpulan.

Sebagai seorang Islam berbangsa Melayu, langkah-langkah awal yang perlu di tenung dan harus diambil tindakan dengan kadar
segera adalah mengapa bangsa Melayu kita terutamanya yang berada di luar bandar yang masih lagi dibelenggu "pro kerajaan"
walaupun bukti-bukti yang terlalu ketara menunjukkan kezaliman dan pemerintahan kuku besi yang diamalkan oleh kerajaan
sekarang.

Didalam pengamatan dan perbualan saya bersama orang-orang kampung yang masih taksub dengan Dr. Mahathir / UMNO,
terdapat beberapa faktor yang harus dibenteras oleh pakatan BA sekiranya ingin memenangi sokongan-sokong mereka ini.
Diantaranya adalah pandangan orang Melayu kita yang begitu jitu pada perkara berikut :-

1. Politik itu semestinya kotor --- BN telah berjaya meracuni pemikiran rakyat Malaysia terutamanya yang kurang berpelajaran
bahawa tidak ada politik di dunia ini yang bersih. Bagaimana alim atau ulamak seseorang itu, bila ia menjadi ahli politik, adalah
halal baginya untuk 'bermain kotor' contohnya memfitnah, berbohong, menikam kawan dari belakang, rasuah dan merasuah,
penipuan yang berleluasa di dalam pilihanraya tempuhari dan pelbagai lagi walaupun perbuatan-perbuatan tersebut itu begitu
terkeji disisi agama. Tidak mengapa sekiranya Mahathir dan UMNO memfitnah Anwar melakukan liwat walaupun 90% rakyat
malaysia tidak mempercayainya. Oleh itu, masyarakat mengambil sikap tidak mengapa sekiranya Mahathir dan kroninya
menyapu bersih harta khazanah rakyat kerana bagi mereka, kalau BA naikpun, pasti ia pun menjadi sebegitu. Aneh betul ...
begitu dangkal pemikiran kita!

2. Mengenang Budi. Sememangnya kempen yang dijalankan oleh Dr. Mahathir dan kroninya begitu berjaya sekali. Tidak
keterlaluan saya katakan disini ramai rakyat luarbandar merasakan begitu BERUNTUNG sekali kerana keperluan-keperluan
asas seperti paip air, jalanraya dan elektrik yang telah dihulurkan kepada mereka di dalam tempuh pemerintahan Dr. Mahathir.
Mereka tidak sedar pada hakikatnya kekayaan negara yang dihulurkan atau dipulangkan kepada mereka adalah seperti setitik
nila didalam kolah air yang airnya sentiasa melimpah ruah. Mereka masih tidak tahu dan sedar bahawa sekiranya kekayaan itu
dilimpahkan kepada mereka, tidaklah mereka pening untuk menggadai tanah sekankang kera untuk menghantar anak ke
menara gading yang yurannya begitu tinggi sekali, menggoreng ikan menggunakan minyak yang sama beracap-acap kali, tidak
payah memikirkan pembayaran tol yang begitu tinggi sekali dan bermacam-macam keistimewaan lagi.

Walhalnya mereka tidak menyedari bahawa sebenarnya Dr. Mahathir dan kroninya yang seharusnya mengenang budi kepada
rakyat kerana segala kekayaan ini dihentam oleh mereka.

3. Kerajan itu parti dan parti itu kerajaan. Itulah perkara yang teramat ramai rakyat termasuklah menteri-menteri yang
sepatutnya orang yang bijak tapi tak memahami konsep demokrasi yang sebenarnya. Oleh kerana terlalu lama dilaungkan,
orang Melayu sudah terkeliru bahawa sekiranya seseorang itu bekerja di dalam kerajaan, maka seharusnya ia mesti menyokong
parti yang memerintah. Kakitangan kerajaan ini tidak menyedari bahawa gaji-gaji mereka bukannya dibayar oleh poket BN
tapi poket rakyat termasuk orang PAS, PRM, DAP keADILan dan sebagainya. Oleh itu, adalah kurang cerdik kenyataan yang
dikeluarkan oleh MB Melaka dan pengurusan BSN bahawa duit kerajaan tidak boleh disimpan dibank yang pro pembankang
atau pekerjaan tidak akan diberikan kepada graduan yang pro pembankang. Malahan banyak duta-duta kita di luar negara
begitu berkeras supaya segala kakitangannya tidak boleh sama sekali menyokong pembankang. Atau mungkin MB Melaka /
pengurusan BSN dan juga duta-duta ini adalah dikalangan orang yang kononnya berijazah tapi kurang berpelajaran ... Allah
Waalam.

4. Berikutan dari item 3, ramai orang Melayu merasakan sekiranya kerajaan kita bertukar kepada parti pembankang, Malaysia
akan tidak mempunya wang lagi kerana pada mereka Malaysia ini kaya kerana duit kerajaan itu adalah duit BN. Jadi kalau BN
terkeluar, mana kita ada duit nak majukan Malaysia dan rakyatnya. Hai ... begitu dangkal sekali pemikiran setengah
orang-orang melayu kita tapi sebenarnya itulah hakikatnya.

5. Tiada pemimpin yang boleh mengganti Mahathir. Ini adalah satu lagi pandangan yang teramat tidak sihat dan kurang bijak
dikalangan orang Melayu kita. Kita seharusnya bertanya kenapa tidak ada pemimpin yang boleh menandingi Mahathir.
Takkanlah 20 ++ juta orang di Malaysia ini, tak ada seorang pun yang berkemampuan. Sesungguhnya tidak masuk akal
langsung. Pada pandangan saya, Mahathir dan kabinet ampunya tidak berminat untuk mencari pemimpin pelapis. Beliau tidak
berminat apa akan terjadi kepada Malaysia bila beliau menghembus nafas terakhirnya. Beliau hanya berminat untuk menutup
rapat segala ruang kepada pemimpin muda yang berani dan berkalibar supaya tidak ada yang berani untuk mempertikaikan
kemungkaran yang dilakukan olehnya. Beliau hanya berminat nak tunjuk pada dunia bahawa hanya beliau seorang saja yang
handal. Tengok apa yang berlaku pada Anwar. Bila Anwar lebih popular dari beliau bukan sahaja di Malaysia malah di dunia,
terus beliau memfitnah dan humbankan ia ke dalam penjara. Rakyat Malaysia khususnya melayu seperti tak ada "telo" bila
mellihat seorang pemimpin yang selama ini membela rakyat miskin dibelasah dan dihina seperti rupa. Jadi, kita pun
terus-menerus berbincang sesama kita bahawa sememangnya tidak ada pemimpin lain. Hello ... memanglah Malaysia tak ada
pemimpin lain sebab tidak ada landasan-landasan yang diberikan oleh kerajaan pemerintah kepada mereka yang berkalibar
untuk berkembang.

6. Rezeki itu ditangan Mahathir. Ramai sekali kakitangan kerajaan yang begitu takut sekali nak menyuarakan pendirian mereka
dengan lantang. Malahan mereka sanggup mengundi BN (walaupun mereka menentang BN) kerana takut sekali rezkinya
ditarik balik oleh Mahathir. Orang Melayu kita tidak sedar atau mungkin tidak yakin bahawa rezki itu ditangan ALLAH
TAALA; bukannya Mahathir. Hati-hatilah jangan sampai rosak aqidah kita kerana terlalu nak mengejar pangkat dan harta
dunia.

7. Keengganan untuk mencuba dan menukar. Rata-rata diantara kita masih lagi dengan sifat takut mencuba dan menukar
kepada yang baru atau lain. Sebab itu susah sekali kita nak maju ke depan kerana kita lebih suka berada ditahap sekarang.
Kita hanya mampu bergerak sekiranya ada yang mengikat tali di hidung dan mengheret kita macam lembu nak mati. Kita masih
lagi mengharap subsidi kerajaan dan pertolongan kerajaan.

8. Tidak ada kesedaran bahawa politik itu membentuk masa depan hidup kita. Rakyat Melayu tidak sedar bahawa mereka
mempunyai pilihan untuk menukar cara hidup mereka dengan memilih parti yang boleh membela mereka. Mereka tidak sedar
bahawa mereka ada pilihan untuk tidak payah membayar tol, tidah payah membayar perbelanjaan pendidikan, perbelanjaan
perubatan, kos hidup yang lebih murah dan sebagainya. Sikap acuh tidak acuh pada politik contohnya - "politik ni aku tak
main" - pada setengah orang kita ini perlu dibenteraskan. Orang-orang seperti ini "either will end up not voting in election or will
vote the existing government just because it is the ruling party."

Di dalam keghairan pilihanraya baru-baru ini, jarang sekali rakyat melayu ingin bertanya apakah parti BN dan BA sekiranya
berjaya menjadi pemimpin Malaysia, apakah yang mampu ia dapat memperuntukkan kepada rakyat. Rakyat kita hanya sibuk
menoleh kebelakang mengenang budi - apa yang telah diberi oleh kerajaan bertahun-tahun yang lalu - dari maju kedepan
bertanya apa yang akan ku perolehi dalam lima tahun akan datang ini. Sebab itu kerajaan BN boleh menang dengan hanya
menampal poster-poster Mahathir di merata cerok - sebab Mahathir cukup arif, orang Melayu masih tidak kemampuan untuk
berfikir mengenai politik secara matang.

Dari fakta-fakta diatas, bagi pandangan saya, pendidikan asas mengenai politik dan demokrasi yang sebenarnya - bukan ala
Mahathir - kepada rakyat perlu ditekankan oleh pihak BA. Setakat mencanang kesilapan-kesilapan kerajaan Mahathir sahaja
masih tidak berupaya lagi untuk meruntuhkan sokongan setengah rakyat dan menghentikan "his terrorism".

Sekian sahaja untuk kali ini.