Make your own free website on Tripod.com

 
 

 

Kerajaan peka masalah nelayan 
    

DUNGUN, 29 Feb  - Kerajaan negeri akan memastikan para nelayan mendapat kemudahan yang sewajarnya, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan dan Ternakan negeri, Abu Bakar Chik. 

Sehubungan itu, katanya, segala masalah yang berkaitan dengan nelayan seperti muara cetek, jeti, tambatan akan diatasi dengan seberapa segera. 

Bagaimanapun, tambahnya, masalah muara cetek yang hampir melibatkan semua kuala di negeri ini memerlukan kajian yang mendalam bagi mengatasinya. 

Beliau difahamkan oleh pakar-pakar yang berkaitan dengan masalah itu bahawa perancangan yang dilakukan oleh sebelum ini tidak sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

"Kerajaan kita (PAS) tengok apa yang sebenar yang dikatakan tidak betul itu, kita kaji betul-betul untuk mengatasinya," ujarnya. 

Katanya, kerajaan sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh para nelayan dan akan berusaha mengatasi masalah dengan sebaik mungkin. 

"Kerajaan sedang berunding dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah ini dengan sebaik-baiknya," katanya. 

Katanya, penyelesaian kepada masalah itu bukan hanya melibatkan kerajaan negeri dan agensinya sahaja. 

"Kalau perlu hingga ke peringkat kementerian atau kerajaan Pusat, insya Allah, kita usahakan," ujarnya. 

  
 
  
   

 
 

TERENGGANU DARUL IMAN®