Make your own free website on Tripod.com

ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU

Suasana di Lunas menyakinkan pekerja BA

IB menggunakan peluang hari minggu terakhir sebelum tibanya Ramadhan untuk ke
Lunas.  Ketika tiba di sana IB tidak mempunyai sesiapa yang IB kenal mahupun
sesiapa yang kenal IB.

IB bersama rakan sepejabat singgah di beberapa pondok BA untuk mendapat
sebarang berita dan mencari tempat-tempat ceramah pada Sabtu malam itu.  Dari
tinjauan yang ringkas, IB dapati terdapat suatu semangat juang yang kental di
kalangan para pekerja BA.

IB sempat bertemua bual dengan beberapa penduduk Melayu.  Ramai yang sensitif
dengan isu agama walaupun kerajaan berkali-kali menyebut isu-isu sensitif
tidak sepatutnya diguna dalam pilihanraya ini.  Namun, bagi penduduk Melayu
Lunas isu tersebut amat relevan dan mereka perihatin dengan nasib anak-anak
muda mereka di masa akan datang jika salah pilihan.

Isu DSAI tetap berperanan di Lunas.  Ada lagi pendudk yang menyuarakan isu
tersebut akan menentukan pilihan beliau di hari mengundi.  Seorang dari dua
orang India yang IB temui menyuarakan tidak puas hati dengan calon BN.  Beliau
rupa-rupanya adalah di antara penyokong calon bebas.

Keesokan pagi, IB meninjau keseluruh kawasan pilihanraya Lunas serta mengambil
bergulung-gulung gambar suasana di Lunas untuk tatapan pembaca internet yang
tidak dapat ke sana.

Suatu perkara yang dapat IB perhatikan ialah jentera pilihanraya BN ternyata
mewah.  Dengan pelbagai jentera kerajaan dapat digunakan.  Bekalan makanan
begitu mewah sekali berbanding dengan di pondok-pondok BA.  Malah ada pula
lebih yang terpaksa dibuang.  IB sempat meninjau di dua pondok utama BN.
Walaupun banyak mata-mata yang mengesyaki kehadiran IB, IB buat muka tebal je.
 Mujurlah juga IB tidak membawa kereta sendiri.

Namun walaupun dengan kekurangan seperti itu ada di pondok-pondok BA, yang
nyata semangat dan kesungguhan pekerja BA amat dipuji.  Tanpa memerlukan upah
mereka dengan sukarela dan tidak kira penat lelah melaksanakan tugasan
masing-masing dengan semangat padu tidak kira PAS atau KeADILan.

IB lampirkan gambar-gambar beberapa pondok BA di sepanjang jalan antara pekan
Lunas dengan Kulim.

Sekian
Ibrahim Baba
27hb November 2000