Assalamualaikum wrm wbt

Tuan Pengarang,

Kezaliman kerajaan BN dalam mencabul dan menafikan hak royalti petroleum kepada
kerajaan Terengganu amatlah dikesali.

Suatu bantahan secara bersepadu dan bijak perlulah dilakukan segera. Saya
mengesyorkan agar dibentuk sebuah jawatankuasa bertindak bagi menangani isu ini
dengan serius. Jawatankuasa ini bolehlah mengedarkan surat2 sokongan bantahan
kepada seluruh rakyat Malaysia. Jawatankuasa ini perlu menyatakan kepada
siapakah bantahn tersebut ditujukan dengan menyediakan alamat, no telefon, e-mel
dan sebagainya. Katakan jika sejuta rakyat Terengganu menelefon dan menyatakan
kekesalan kepada En Idris Jusuh (Timb Pengerusi Perhubungan UMNO Trg) maka
beliau tentu hampir menjadi gila. Tetapi jika hanya tiga empat buah pertubuhan
sahaja berbuat demikian, maka ia dipandang enteng.
Sebenarnya rakyat idak berapa tahu di mana hendak disalurkan bantahan
kemarahan/kekecewaan.
Ayuh mulakan dari sekarang!

Nasih Amin
Anak Jati Terengganu